m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Wednesday, April 20, 2011

Jerlus di Kampung Baru telah ditimbus

Ingat lagi tak pasal kejadian tanah jerlus kat Kampung Pindah, Kampung Baru, KL baru-baru ni? Lokasi kejadian tu terletak kira-kira 300 meter dari rumah makcik aku. Ahad lepas sempat menziarahi makcik aku dan sempat jugaklah aku melihat lokasi kejadian tanah jerlus tu.

Kalau tak silap aku asalnya ada hujan yang agak berpanjangan dari pagi sampai petang. Kawasan ni banjir. Nasib baiklah rumah makcik aku dibuat tinggi sikit dari aras jalan. Masa air naik takdalah sampai masuk rumah. Sepupu aku cakap masa tu banyak ikan keli berenang-renang kat kawasan laman rumah. Itu tak masuk ikan kelah, patin, arowana, dan arapaima gigas. Siap melompat-lompat buat akrobatik lagi kat depan rumah tanpa rasa malu dan segan pada manusia. Dan tiba-tiba ada pulak ikan lumba-lumba sesat siap  buat terjunan bebas dari bumbung rumah dan terus masuk ke longkang depan rumah. 

Berbalik ke kisah tanah jerlus tadi, masa kami melawat tapak, kami dapati sebuah jentolak sedang menolak pasir, mengambus lubang tersebut biar tak berbahaya pada orang awam. Mengikut laporan orang-orang setempat, ada palong bawah tanah yang pecah dan menyebabkan tanah mendap. Orang yang tinggal bersebelahan dengan lubang tu ada yang kena pindah. Dah nama kampung pun Kampung Pindah. Memang kena pindahlah gamaknya. Kawasan tu dikawal rapi oleh polis. Yalah, mana tau ada orang nak cari bijih emas dalam lubang tu. Kami meninggalkan kawasan kejadian dengan perasaan terharu tetapi gembira. Terharu kerana kebetulan ada orang bukak cerita sinetron Indon kat tv. Dan gembira kerana pasukan Malaysia telah menjuarai pertandingan bolasepak AFC Suzuki bau-baru ni. Sekian saya melaporkan dari Kampung Baru.





No comments:

Post a Comment