m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label soccer. Show all posts
Showing posts with label soccer. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Harimau menerkam garuda

Semalam semua sedia maklum ada perlawanan bola final Sukan SEA Malaysia lawan Indonesia. Dan semua orang sedia maklum Malaysia telah berjaya mempertahankan pingat emas dengan membenam Indonesia melalui penentuan sepakan penalti. Orang Malaysia bercerita betapa hebatnya pemain-pemain negara berjuang di atas padang Gelora Bung Karno. Orang Indonesia bergebang pasal betapa berat sebelahnya pengadil yang mengadili perlawanan. Itu diorang punya cerita, diorang punya pendapat. Aku ada pandangan aku sendiri.

Fahmi perform memang hebat malam tu. Yang lain pun hebat jugak sebenarnya.
Sejak Malaysia menang Piala AFC Suzuki, semua jiran-jiran kita memang dah start dengki kat kita. Diorang macam tak percaya kita boleh menang. Dan sokongan rakyat Malaysia pun dan semakin hebat, termasuklah aku sendiri. Pasukan Indonesia yang menyedari kehebatan pasukan kita telah cuba bertindak sangat agresif dan sangat garang pada awal permainan.  Mereka terlalu garang sampaikan referee pun kena marah dan terus terkedu. Pemain Malaysia yang semacam terkejut dengan kegarangan sang garuda yang selama ni lembut sopan telah tergamam seketika. Mereka semua terpaku untuk kira-kira hampir setengah jam. Dan waktu pemain Malaysia tengah tergamam inilah, Gunawan (yang memang serba guna) telah menanduk bola hantaran sepakan sudut pada minit ke-5. Gol! Malaysia ketinggalan 0-1.

Sejurus selepas gol ini, pamain Malaysia menjadi terlebih semangat dan bermain agresif dan membuat serangan demi serangan bak harimau luka yang sedang kelaparan daging garuda. Namun serangan itu semua telah berjaya dipatahkan oleh pertahanan Indonesia. Tiba-tiba, Asrarudin Putra Omar mendapat satu ilham. Dia telah pura-pura nak berbaring kat atas padang macam orang nak rehat. Jadi pemain Indonesia pun tak pedulikanlah si Asrarudin ni buat macam tu. Sehinggalah satu sepakan menghala ke arahnya dan Asrarudin menggunakan kelebihan kepalanya yang terlebih panjang sedikit untuk menanduk leret bola masuk ke gawang Indonesia. Gol! Sekarang kedudukan terikat 1-1 hingga wisel separuh masa pertama ditiupkan.

Kat bilik persalinan, Ong Kim Swee berleter panjang sampai semua pemain letih bebenar mendengarkan leteran jurulatih mereka. Jadi, bila masuk padang pada separuh masa kedua, mereka semua memang dah keletihan sangat. Ini semua Ong Kim Swee punya pasal lah. Masa tu pemain Malaysia nak kejar bola pun dah naik malas dan tak larat. Bila bola sampai, Fandi kata kat Mahali, "Ko la kejar. Aku tak laratlah". Mahali pulak kata kat Fadhli, "Ko ajelah yang kejor. Aku nak rehat kejap". Macam tulah mereka saling suruh menyuruh satu sama lain untuk mengejar bola yang bagai tak berhenti dari terus bergolek. Last-last Khairul Fahmi cakap, "Meh la biar aku aje yang tangkap. Aku masih bertenaga lagi!" Ini berlangsung sampailah tamat tempoh permainan, dan tamat masa tambahan sekali.

Akhirnya pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti. Masa tu Datuk Saberi Chik dah tepuk tangan kegembiraan. Bagaikan sudah terhidu kemenangan akan berpihak kepada Malaysia. Indonesia score gol pertama walaupun Fahmi dah terkam ke arah yang betul. Mahali score gol pertama Malaysia pulak. Ong Kim Swee sengaja hantar Mahali pasal muka dia yang selamba. Jadi goal keeper Indonesia tak konfiden dia boleh score gol. Percaturan Ong Kim Swee berhasil. Menyedari Fahmi pandai menerkam bak harimau, maka dua gol Indonesia selanjutnya disepak betul-betul kat tengah gol. Jadi bila Fahmi menerkam ke kanan atau ke kiri, tak menjadi soal. Bola tetap masuk gawang melalui jalan tengah. Sewaktu Fakri nak ambil sepakan, sebenarnya penjaga gol Indonesia telah sangat gabra dan hilang konfiden. Tapi waktu tu pulaklah tiba-tiba Fakri terfikir nak makan nasi lemak lauk sambal sotong campur paru goreng. Konsentrasinya telah hilang seketika dan apabila dia menyepak, sepakannya bagaikan tiada fokus. Penjaga gol Indonesia yang masih gabra telah pejam mata dan main hentam aje terkam kat satu arah. Tak sengaja tepat pulak terkamannya dan berjaya menyelamatkan bola.

Sewaktu team Malaysia tinggal satu sepakan yang membolehkan mereka menang, datanglah kapten pasukan Baddrol ke petak penalti untuk membuat sepakan. Baddrol memang berkeyakinan tinggi dan sangat konfiden dia boleh menjaringkan gol dengan sangat mudah. Tapi itu belum cukup bagi Baddrol. Dia nak buat penjaga gol Indonesia lebih merana dengan seolah-olah dapat menyelamatkan gol, tapi sebenarnya bola tetap menerjah gawang. Lalu Baddrol pun membuatlah satu sepakan yang macam senang, tapi sebenarnya susah untuk ditangkap. Dan akhirnya Malaysia menang 4-3. Pingat emas milik Malaysia. Datuk Saberi Chik meloncat kegembiraan dengan harapan pingat emas Malaysia akan melonjak dari 58 biji menjadi 75 biji. Jumlah pingat emas yang diagihkan memang banyak. Pemain campur simpanan, campur coach dan krew yang lain ada dekat 17 orang kot yang dapat pingat emas. Tapi bila keluar carta pingat, cuma satu pingat aje yang dicampurkan kepada jumlah pungutan pingat. Datuk Saberi Chik tak puas hati. Beliau plan nak buat bantahan, tapi takut dapat kad merah dan dibuang padang (macam Ong Kim Swee kena hari tu). Jadi niat tu dibatalkan saja. Janji menang emas. Horrreeyyy!!! Harimau juara!!

Friday, July 22, 2011

Singa Biru tak dapat membelasah Harimau

Tak seperti yang aku harapkan. Itulah yang dapat aku cakap pasal perlawanan bola sepak semalam di Stadium Bukit Jalil antara Chelsea dan skuad Olimpik Malaysia. Wife aku dah beli tiket awal-awal lagi sejak ianya mula dijual. Peluang menengok artis bolasepak beraksi di depan mata memang jarang-jarang diperolehi. Jadi kami tak lepaskan peluang ini. Dan ini merupakan kali kedua aku ke stadium menengok lawan bola. First time dulu masa aku tengah belajar kat UTM nengok Johor lawan Sarawak dengan kawan-kawan.

Tiket bola yang diidam-idamkan oleh peminat bola sepak sedunia.
Kali kedua nak masuk stadium Bukit Jalil.
Wajah depan stadium. Ada keris nak bagi warning jangan buat hal dalam stadium.
Khamis semalam kami teruja nak nengok bintang-bintang tu beraksi. Bintang favourite aku buat masa ni Messi (bukan team Chelsea). Nanti kalau Messi dah tua dan tak terer aku pilih bintang lain pulaklah. Team Chelsea ni aku look forward nak nengok kehebatan Drogba dan Terry.

Penyokong Malaysia dan Chelsea.

Hang Tuah, Adi, Hang Tuah, Adi...
Wife aku dah sampai lebih awal pasal dia naik LRT. Aku naik kereta sampai lambat sikit pasal tersangkut dalam jam. Sesampai di gate, pengawal keselamatan siap check sorang-sorang kot-kot ada yang bawak benda-benda berbahaya seperti pedang samurai, bom buatan sendiri, bom buatan US, kereta kebal Rusia dan bom atom Iran. Wife aku dah siap-siap pilih tempat terhebat supaya nampak jelas muka-muka soccer star, sampai lubang hidung dia pun kami boleh nampak. Dalam stadium agak panas dan belengas. Tapi orang tak ramai lagi waktu petang. Ada beberapa penyokong MU dan Liverpool disuruh bukak baju oleh penyokong Chelsea. Aku rasa diorang nak glamor je, boleh masuk YouTube dan dipuji oleh Rooney dan Gerrard.

"You bukak semua, Saya mau check you punya kencing manis".
Menunggu 2 jam dalam stadium adalah satu jangka masa yang agak lama. Kami sempat nengok penonton dan penjaga seat bertegang urat pasal tempat duduk. Sesekali ada pulak orang buat flag waves. Tapi aku masih duduk diam, tak sorak, tak melambai. Macam takda emosi je. Tapi sebenarnya aku tengah fokus dan nak ambil mood bila perlawanan start nanti. Ramai sungguh orang kat stadium, sampai panjat-panjat bumbung stadium dan ada pulak yang bertenggek kat atas tiang gol pasal tak dapat tempat duduk.

Maskot ni lagi popular dari artis.

Fuuuuhhhh..... ramainya umat...

Flag waves.

Penonton teruja bila nengok aku sepak bola takraw pakai tangan. Itu baru sepak bola takraw, belum lagi sepak bola sepak.
Bila waktu maghrib tiba, kami gilir-gilir pergi bersolat. Sedih jugak bila ramai umat Islam dalam stadium yang tak bersolat. Bila turn aku, aku cariklah surau. Tak tau nak pergi arah mana. Akhirnya aku hentam sajalah. Lalu aku ternampak orang berbaris di tandas nak ambil wudhu', dan ada sekelompok manusia sedang solat atas laluan tepi stadium. Aku pun join mereka. Bila aku habis je solat, ada sorang mamat buat pengumuman. Katamya, "Kiblat ni salah! Ikut arah sana! Ikut Surau!" Baru aku sedar yang surau tu sebenarnya terletak tak jauh dari tempat aku solat. Jadi aku pun masuk surau dan solat maghrib second round. Tengah solat rakaat ketiga tiba-tiba ada satu mamat yang lain pulak berteriak, "Arah kiblat ni salah! Kiblat arah situ. Tadi saya dah check dengan pekerja stadium ni. Dia lebih tau. Check kompas pun sama macam yang pekerja tu cakap." Aku terus berhenti solat. Maknanya solat aku yang mula-mula tulah arah kiblatnya betul. Mamat tu kata dalam surau tak tunjuk arah kiblat (itu yang tak sepatutnya berlaku). Jadi orang main ikut-ikut sejadah aje. Entah-entah sejadah tu orang main letak-letak aje. Last-last semua orang ikut arah yang salah.

Solat tak wajar ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun. Kiblat ini yang dikatakan betul oleh pekerja stadium.

Tepat jam 8.45 malam, pemain-pemain masuk padang dan game pun bermula. Overall memanglah Chelsea yang control bola, tapi payah benar rasanya nak score gol. Memang pertahanan Malaysia sangat kental. Players Chelsea pun tak main sungguh-sungguh, takut kaki patah kena bentes. Dari tempat aku duduk yang nampak kemas permainannya masa first half ialah Salomon Kalou. Yang lain agak huru hara, termasuklah Lampard. Kecewa sungguh bila masa pertama cuma seri tanpa sebarang gol. Second half pulak yang outstanding sikit mungkin John Terry kot.

Barisan pemain skuad Olimpik Malaysia. Amri Yahyah pemain senior.

Nombor 10 tu pemain Israel. Kena booo habis-habisan.

Masa main tu, aku dan isteri perasan satu benda. Bila bola sampai ke pemain Chelsea jersey nombor 10 semua ornag boooo kat dia. Kesian jugak kami nengok pasal mamat tu dahlah kecik, main sungguh-sungguh, tapi kena booo habis habisan. Lalu wife aku tanya orang sebelah. Kami diberitahu dia tu orang Israel. Ohhh... patutlah. Lalu aku pun start booo jugaklah macam orang lain. Aku check balik nama dia ialah Yossi Benayoun.

Masa ni game belum start. Masih fresh lagi.
Perlawanan berakhir jam 10.30 malam. Dan Chelsea cuma menang 1-0 je. Itu pun gol yang entah masuk entah tidak hasil sepakan percuma yang diambil Drogba. Memang aku jeles dengan orang-orang yang nengok Malaysia lawan Liverpool. 9 gol tuuuuuhhh. Mahal betul gol malam semalam. Ingatkan harga makanan je naik harga, rupanya harga gol pun dah semakin meningkat. Aduuuh!

Perlawanan sengit macam kucing lawan anjing.

Masa balik seperti yang kami jangka memang jam teruk. Tersangkut kat stadium aje dah berjam-jam. Kira sempat jugaklah aku tidur untuk beberapa malam baru boleh keluar stadium. Sampai rumah pukul 12.30. Memang cukup penat walaupun aku tak join main bola kat padang. Walaupun aku kecewa, aku tetap seronok dapat bertandang ke stadium yang gah bersama bintang-bintang bola antarabangsa.

Stadium tengah gawat.
Senyum paksa pasal dah terlalu penat ya amat.

Wednesday, July 20, 2011

Chelsea datang Kuala Lumpur

"Team Chelsea datang Kuala Lumpur!" Itulah sorakan peminat-peminat Chelsea dalam semangat keterujaan apabila terdengar berita akan kunjungan gergasi bolasepak di liga Inggeris ke KL. Wah nampaknya bertali arus bulan ni geng-geng EPL datang Malaysia. Tentu rakyat Malaysia happy dapat menyaksikan pemain pujaan mereka beraksi di padang secara live.

Aku pun tak tau sejak bila aku jadi peminat Chelsea. Tapi wife aku yang memang fan kepada team ni telah membeli 2 tiket perlawanan pada hari Khamis nanti. Aku pada dasarnya suka nengok persembahan pemain pro yang hebat. Tak kiralah team mana, di England, Spain atau Italy. Oleh kerana nak pergi nengok orang Chelsea main bola, kenalah aku menghafal sedikit sebanyak nama-nama pemain yang bakal beraksi nanti. Akhirnya berjaya jugak aku mengingati beberapa nama besar dan menjadi tunggak utama dalam pasukan Chelsea. Antaranya: kapten John Terry, Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres, Frank Lepat (tapi aku tak sure samada lepat pisang atau lepat ubi, mungkin kena tanya balik kat dia kot) dan penjaga gol Petr Czechoslovakia. Sempat jugak aku nanya kat goal keeper tu, apasal dia main bola pakai helmet. Jawabnya, helmet dan kepala dia tu dah macam sebati. Dia bukan aje pakai helmet masa main bola, tapi jugak masa mandi, tidur, masa sikat rambut, bahkan masa ber-dating pun dia pakai jugak helmet tu. Itu yang menjadi kegilaan gadis-gadis rupawan tu.

Jalan masuk ke Staduim Bukit Jalil sangat sesak. Dahlah sebelum tu aku sesat barat. Kami ingatkan ada peluang nak jumpa players, rupanya takda chance langsung. Kami pun tak tau diorang jumpa time mana dan kat mana, tau-tau sessi tu dah berlalu. Hampeh. Aku paling kesian si Drogba dan Lepat beria-ia nak jumpa aku kat KL. Kata mereka nak minta autograf aku. Tapi tak kesampaian. Lalu sebelum mereka naik bas sempat jugak aku jeritkan pada mereka, "If you guys want my autograph, tweet me in the internet!" Masa aku nak masuk stadium ada pulak satu mamat Negro ni pakai baju Arsenal. Ish ish ish... nak kena bukak baju kot mamat ni macam mamat yang pakai baju MU masa nengok Liverpool berlatih (tapi Rooney kata budak tu legenda). Kami balik lepas habis training kira-kira jam 9 malam. Balik tak berapa sesak pasal ada fans yang dah berlepas awal. Nasib baiklah kami.

Pass nengok latihan.

First time aku nak masuk dalam Stadium Bukit Jalil.

Ramai jugak fans yang hadir.

Players tengah buat stretching.

Aku jadi fan Chelsea untuk hari ini.

Mascot Chelsea pun jadi popular dan disorak oleh penonton.

Tak sabar nak tunggu the real challenge!

Wife aku sangat teruja dengan kehadiran Chelsea. Dan aku happy nengok wife aku happy.