m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label tree. Show all posts
Showing posts with label tree. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Pokok membuahkan roti?

Korang pasti tau dan biasa kenal dengan jenama roti Gardenia. Malah mungkin setiap hari tanpa miss korang akan makan roti Gardenia. Ada kalanya sapu dengan majerin. Ada kalanya sapu dengan jem. Ada kalanya sapu dengan kaya. Dan sesekali pulak sapu dengan miskin. Tapi korang tau tak macam mana roti Gardenia ini dihasilkan? Mesti korang ingat sama macam roti-roti dari jenama lain kan? Sebenarnya tidak. Meh aku kisahkan sedikit sebanyak proses pengeluaran roti Gardenia ini.

Makanan yang korang kenali sebagai roti Gardenia itu sebenarnya adalah sejenis buah-buahan tempatan. Benih roti Gardenia ditanam di dalam kebun dengan tanah yang subur. Dan dibaja dan disiram setiap hari. Bila pokok cukup tua dan matang, maka berputiklah bunga dan kemudian menjadi buah Gardenia. Masa kecil lagi buah Gardenia ni perlu dibungkus supaya tak diserang serangga perosak. Bila dah besar dan masak, bolehlah dipetik dan dimakan. Rasa buah Gardenia sebijik macam rasa roti. Sebab itulah buah ini dipanggil roti Gardenia. Bagi pengeluar Gardenia yang komersil pulak, pokok ini ditanam di dalam ladang yang sangat luas. Beribu hektar luasnya. Setiap buah gardenia akan dibungkus dengan plastik yang telah dilabel. Bila berbuah dan masak aje, ia akan terus di-packing dan diedarkan di pasaraya-pasaraya terkemuka seluruh dunia. Dan kita pun dapatlah menjamah buah yang rasanya macam roti ini.

Di bawah ini aku perlihatkan pokok Gardenia yang telah berbuah yang ditanam di rumah Allahyarhamah nenek saudaraku di Rawang. Gambar ini aku ambil kira-kira sebulan yang lalu. (Eh! Korang betul-betul percaya ke? Jangannnnn!!!)

Pokok Gardenia lebat berbuah.
Buah Gardenia yang masih kecil siap dibungkus rapi dengan plastik berlabel.

Monday, December 5, 2011

Pokok

Kat radio lagu "Pokok" dendangan group Meet Uncle Hussin sedang ligat dikumandangkan. Oleh kerana sekarang ni pokok-pokok seantero dunia tengah perasan glamer, jadi aku pun nak cerita pasal pokok jugaklah. 

Tadi pagi lepas hantar wife aku pergi kerja, aku menyimpang ke Tasik Titiwangsa nak buat booking court tenis. Sepanjang jalan kat Jalan Tun Razak aku nengok banyak jugak pokok-pokok yang tumbang. Pihak DBKL dah pun mengerat-ngerat batang pokok tu supaya tak mengganggu lalu lintas. Sesampai di Titiwangsa, aku nampak ada satu pokok besar, yang batangnya sebesar pemeluk King Kong, telah tumbang menghempap bumbung bangunan. Ranap sebahagian bumbung bangunan tu. Sibuk pekerja DBKL nak membersihkan kawasan tu. Siap bawak lori kren, jentolak, lori sampah, bomba, ambulan, kereta kebal dan kapal selam, semata-mata nak meng-clear-kan kawasan tu supaya tak lagi berbahaya kepada orang awam.

Pokok tumbang dan jatuh menghempap bumbung bangunan. Bumbung bangunan pun rosak.
Batang pokok tu punyalah besar dan berat. Tranformers seperti Autobot dan Decepticon pun belum tentu larat nak angkat pokok yang dah tumbang tu. Aku tanya salah sorang pekerja yang kebetulan memang aku kenal, "Bila dia tumbang ni?" "Hari Ahad hari tu. Ribut sabung menyabung bak tsunami yang menghentam pantai Acheh. Puting beliung dan halilintar mengaum bak dinosaur t-rex yang kelaparan. Panahan kilat petir yang membahang bak Ultraman sedang fire raksasa dari planet Utarid. Akhirnya pokok yang telah berusia beribu tahun ni pun tumbang menyembah bumi", jawabnya penuh semangat dan emosi. Wow! Memang dahsyat! Boleh buat filem nih. 

Dalam perjalanan meninggalkan tempat itu pun aku nengok masih banyak lagi pokok-pokok yang tumbang dan sedang dibersihkan oleh pekerja DBKL. Nasihat aku kat kengkawan yang nak parking kereta pada musim hujan ni, janganlah parking bawah pokok. Bukan saja dahan pokok boleh patah, tapi akar pokok tu boleh terus tercabut bila dipukul angin dengan sebegitu kuat sekali. Dan jangan parking kat tanah rendah, takut tersangkut dek banjir kilat. Okay! Kembali kita menyanyikan lagu Pokok. "Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Jawab angin yang goncang......."

Seorang pekerja DBKL sedang memotong batang pokok untuk dibuat kayu api buat masak lemang raya nanti.

Dahan-dahan pokok yang telah dicantas-cantas.

Thursday, October 27, 2011

Pokok pisang yang tumbang

Sekali imbas nengok gambar ni macam takda apa-apa kan? Cuba korang nengok lagi betul-betul. Tenung kat bahagian tengah gambar tu lama-lama. Tenung sampai kurang -kurang 10 minit. Cuba jangan berkelip mata. Lepas tu cuba julingkan mata. Dah nampak? Kalau masih tak nampak cuba sekali lagi. Kalau tak nampak lagi apa-apa benda yang mencurigakan, kira korang masih waraslah. Memang takda apa-apa yang mencurigakan kat gambar ni pun... He he he...

Sekadar tinggal sisa. Pokok-pokok pisang semua telah rebah tersembam ke bumi Malaya.
Aku sebenarnya nak ceritakan pasal kebun kat belakang rumah aku tu. Dulu dipenuhi dengan pokok pisang dari pelbagai spesis, termasuklah pisang abu, pisang awak, dan pisang lemak manis. Lama kelamaan yang dapat bertahan lama cuma pokok pisang abu aje. Keturunan pokok tu dah hidup sejak lewat tahun 60an lagi. Cukup lama tu. Satu pokok kena cantas, dua tiga lagi pokok baru bertunas dan membesar. Puas kami makan pisang goreng dan kerepek pisang. Beberapa kali juga jiran aku kat belakang rumah berjaya mencuri pisang yang kami tanam tu. Kami bising jugak, tapi dia macam tak serik-serik dan terus mencuba mencuri.

Baru-baru ni bila aku jengah belakang rumah, aku nampak semua pokok pisang tu dah kena cantas. Dipercayai tukang cantasnya ialah orang MPAJ. Itu barangkali aje. Bukan Batangkali. Sebatang pokok pisang pun tak tinggal. Aku terpaksa meneka dalam kesamaran (eh eh, macam tajuk lagulah pulak). Aku rasa diorang tebang pasal nak elakkan pembiakan nyamuk. Kebun belakang rumah aku tu memanglah semak. Maklumlah, tempat bermain kera dan lutong, tupai dan ular, biawak dan burung, tenuk dan badak. Aku rasa itulah sebabnya. Tapi aku percaya, tak lama lagi akan tumbuh balik tunas-tunas pokok pisang yang baru. Dan dapatlah kami makan buah pisang atau menggunakan daun pisang untuk buat lapik nasi dan kuih seperti selalu. Dan kepada nyamuk-nyamuk derhaka, janganlah kau menghinggapi pokok-pokok pisang kami lagi. Pergilah cari pokok-pokok lain seperti pokok strawberi, pokok kaktus atau pokok epal.

Monday, July 11, 2011

Sehari di Cyberview Lodge: Pohon duwed

Di hadapan tempat kediaman kami di Cyberview Lodge, tumbuh sepohon pokok besar yang rendang dan tegap. Lebat daunnya yang hijau, dan di celah-celah daunan ada pulak buah-buahnya yang kecil berwarna hijau yang masih muda dan ungu yang telah ranum. Banyak jugak burung-burung pelbagai spesis menumpang teduh sambil memakan buah-buahnya yang banyak itu. Antara burung-burung yang singgah hinggap termasuklah burung pipit, burung tiong, burung bayan, burung ostrich, burung helang dan tak ketinggalan burung garuda.

Di atas tanah memang banyak buah-buahnya yang gugur. Aku kutip satu-satu dan aku hidu. Memang harum baunya dan menyelerakan. Tapi aku tak berani nak makan takut mabuk, pasal aku memang tak pernah jumpa pokok buah sebesar buah anggur ni. Lalu kutunjukkan kepada ibuku, kot-kot dia tau. Ibuku pun tak tau. Last-last orang gaji aku warga Indon yang tau. Katanya buah tu sedap dimakan. Kekadang direndam dengan air garam. Kat kampung buah tu dinamakan "duwed" (e tanda). Lalu aku paksa maid aku makan. Dia basuh buah tu dan dia makan dengan selamba dirt-nya. Esok pagi aku nengok maid aku masih hidup dan masih waras. Maknanya buah tu tak beracun dan tak memabukkan. Lalu aku pun kutip dua biji dari atas tanah, basuh dan makan. Rasanya kelat-kelat masam. Tapi agak sedap jugak. Kalau ada galah memang aku nak kait buahnya yang banyak bergayut kat tangkai pokok. Yang jatuh kat tanah banyak yang dah pecah dan rosak. Kalau sesiapa yang pernah tengok buah ni dan tau namanya dalam bahasa BM, silalah kongsi dengan semua orang. (P/s: aku rasa buah ni buat halwa pun sodap, tapi kalau goreng mesti tak sodap).


Buahnya macam gugusan anggur ungu.

Amier menjerit dengan harapan buah akan gugur. Tapi usahanya sia-sia.

Buah "duwed" yang berguguran atas tanah.