m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pkns. Show all posts
Showing posts with label pkns. Show all posts

Saturday, October 10, 2015

Berkahwin sambil bersukan?

11 April 2015 - Kawan sekolah aku dah ramai jugak yang mengahwinkan anak masing-masing. Ada yang dah jadi datuk. Yang dah jadi Dato' pun ada jugak. Tapi bukan Dato' tu yang aku maksudkan. Yang aku maksudkan ialah datuk yang ada cucu tu. Maka pada suatu hari yang damai, aku telah menghadiri jemputan seorang lagi kawan sekolah aku yang satu batch ketika di MRSM KB dulu, yang mengahwinkan anak lelakinya. Nama kawan aku tu Elias. Majlis diadakan di Kompleks PKNS Kelana Jaya. Tapi kami ke sana bukan untuk bersukan, walaupun kat situ memang cukup banyak fasiliti sukan. Malah aku pun pernah beberapa kali main tenis kat kompleks tu.

Bergambar bersama sebelum memulakan bersembang pasal bola.
Bergambar lagi, sebelum menukar topik perbincangan kepada hal-hal politik.
Hal-hal politik membuatkan ahli meja bulat menjadi agak emosional.
Keluargaku meneruskan agenda makan sampai kenyang.
Bergambar dengan bapak pengantin. Kali ini kami akan berbual pasal menimang cucu pulak.
Topik ini menjadi kegemaran kawanku Boboq.
Haz dan Azmil mendengar dengan penuh perhatian.
Pengantin dua mempelai.
Kalau muka bosan ni mestilah topiknya pasal collection duit kutu.
Tiba-tiba Mus Boboq menjadi emo. Bukan emu. Emu tu burung.
Siapa kat luar tu? Masing-masing menjenguk.
Masih berborak lagi. Entah apa pulak tajuknya.
Mus Boboq terkedu bila Haz menyatakan hasratnya untuk membuka bisnes import eksport international.
Kapok dan Oth bagai tak percaya apa yang didengari mereka.
Kami sekeluarga sampai agak lewat jugak sebenarnya. Tapi masih belum pukul 4 petang lagi. Kami masih berkesempatan untuk makan. Selepas makan, aku terus duduk dengan geng-geng sekolah aku. Semua duduk mengelilingi meja bulat. Dan kami pun berbuallah pasal entah apa kebendanya. Kawan-kawan aku ni, walaupun kerap berjumpa, masih tak kering modal untuk berbual sesama sendiri. Cuma aku aje yang dah ketandusan idea untuk berkata-kata. So, aku lebih banyak mendengar, sambil berkata, "Aku sokong seratus peratus cadangan kau tu!" (Walaupun masa tu kawan aku tengah cakap pasal game bola Tottenham Hotspurs lawan Liverpool).

Aku dan Rafi dah berpakat nak pakai baju corak kain pelekat Gajah Duduk.
Kami berjenaka pasal kisah-kisah lama ketika di zaman tadika dulu.
Elias si bapa pengantin menjelir lidah kepada kami kerana kami hulur tangan kosong aje.
"Makan nak, hulur tak nak. Ini yang aku hangin ni," bisik Elias.
Akhirnya Kapok dan Mus Boboq telah bersetuju memeterai satu perjanjian sebagai BFF.
Mus Boboq happy sebab dapat makan free. Free flow pulak tu!
Bergambar dengan Mus Boboq, Haz dan Azmil sebelum berangkat pulang.
Ini shot yang ke-203. Mus Boboq dah naik bosan.
Setelah duduk agak lama dengan kengkawan aku tu, aku pun mintak diri untuk pulang. Tetapi... mereka bagaikan tak bagi aku pulang. Pintu dewan telah ditutup dan dikunci. Lampu digelapkan. Kaki dan tanganku diikat dan digari. Dan aku telah ditambat di tepi tiang. Arrrrghhh!!! Aku mengerang, mengupang, mengepah, meniram, melokan, melala dan menyiput sedut. Akhirnya aku berjaya jugak melepaskan diri dan terus membawa familiku menghala ke kereta yang kuparkir di luar. Sebelum masuk ke dalam kereta, aku terserempak dengan seorang lagi kawan baik aku, yang jugak pernah menjadi dorm mate aku. Khairul Anuar Yahya namanya. Sempat aku bergambar sejenak. Kami berposing bagai Hindustan dekat 1200 shot jugaklah gamaknya. Lepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, barulah aku menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Tahniah buat keluarga Elias dan menantunya.

Bergambar dengan wife kepada Mus Boboq.
Banner perkahwinan putera Elias.
Inilah dewan majlis perkahwinan - Dewan Seri Delima.
Bergambar dengan bapa pengantin.
Tak lama lagi kau jadi datuk lah, Elias.
Amier nak tumpang bergambar jugak.
Sabriena pun tumpang sekaki jugak.
Kami sempat membeli aiskerim yang dijual di luar dewan majlis.
Terserempak dengan Khairul KAY kat luar dewan.
Khairul KAY datang lewat sebab telah ditugaskan untuk membasuh pinggan mangkuk di dapur.

Friday, July 4, 2014

Penyokong Chelsea berkahwin di PKNS

4 Mei 2014 - Aku mendapat jemputan dari salah sorang kawan tenis aku, Abang Hairuddin untuk ke majlis resepsi perkahwinan anaknya, Umair yang juga merupakan kawan tenis aku. Kebetulan pulak Abang Hairuddin tu pakcik Hafez dan Umair tu sepupu Hafez. Jadi kami pun pergilah memenuhi jemputan mereka demi meraikan hari besar dan bersejarah buat mereka, terutamanya Umair.

Amier sangat berselera makan nasi minyak petrol ni. Itu belum try nasi minyak diesel lagi.
Sabriena makan nasi sendiri. Habis bersepah nasi kat atas meja, kerusi dan lantai.
Aku pun makan nasi minyak bersungguh-sungguh jugak. Aku pilih nasi minyak tanah aje.
Dah sudah makan. Nampak tak muka aku berseri-seri pasal dah kenyang?
Kami dapat satu pas atau tiket masuk ke dewan majlis. Tiket tu ialah tiket Chelsea. Oh! Rupanya Umair ni penyokong Chelsea. Memang seseuai sangatlah. Kebetulan kami juga peminat team Chelsea. Jadi kami dah plan nak pakai jersey Chelsea masa pergi ke majlis wedding Umair nanti. Siap nak bawak boot bola lagi. Majlis kat Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya pulak tu. Memang ada padang bola taraf international. Bolehlah singgah main bola kejap lepas makan nasi minyak. Tapi bila fikir balik, kalau dah telan nasi minyak empat lima pinggan, mana nak larat berlari-lari kat tengah padang. Lalu plan kami nak pakai jersey Chelsea pun kami kensel terus. Pakai baju batik ajelah.

Cekodok spesel diadun dengan menggunakn kodok asli dari sawah.
Keledek goreng nipis. Ini pun power jugak.
Kuih talam berlauk. Macam-macam lauk ada. Ada lauk ayam, daging, kambing, ketam, sotong dan ikan tongkol.
Kat sana, kami disambut oleh Huda. Terus kami cari meja dan ambil makanan. Banyak betul makanan yang disajikan, terutamanya kuih-muih yang pelbagai jenis. Semua kami try. Murah aje kuih-muih tu. Tiga seringgit. Boleh campur pulak tu. Aku kenyang makan dessert aje.

Hiasan dalaman.
Pohon bunga telur ni sangat spesel. Asalnya setinggi dua tingkat bangunan. Tapi dah kena tebang, dah jadi rendah sikit.
Pengantin dan kengkawan rapat mereka.
Umair dan isteri. Sama cantik, sama padan.
Pengantin bergaya santun. Background bergaya humor.
Wat lek, wat pis. No war!
Sabriena tengah makan dengan sangat bersungguh-sungguh.
Habis makanan kat pinggan Sabriena.
Puas hati Sabriena dapat makan sendiri.
Chef sedang menyediakan mi kari.
Chef yang ini buat goreng-gorengan.
Lokasi ambil gambar sendiri - terpampang nama Umair & Asma.
Abang Hairuddin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu.
Abang Hairuddin agak kepenatan membuat kerja kahwin anaknya.
Setelah habis makan, aku jumpa pengantin kejap. Umair nampak segak pakai busana tradisional Melayu. Bagaikan panglima Melaka di zaman dinosaur dulu-dulu. Di pinggangnya siap terselit sebilah.... reket tenis? Ish ish ish... Kot ya pun minat main tenis, takkanlah sampai selitkan reket tenis kat sampin. Aku suruh dia tukar dengan keris, biar nampak keasliannya. Cari punya cari tak jumpa sebilah keris pun kat dewan tu. Yang ada cuma pisau potong sayur. Aaahhh... Kira boleh jugaklah. Maka diselitkanlah pisau potong sayur kat celah sampin. 

Bergambar dengan lambang Chelsea.
Go Blues!
Semua para tetamu kena paksa jadi penyokong Chelsea sebelum boleh makan nasi minyak.
Setelah jumpa pengantin, kami ke sudut fotografi. Para tetamu boleh mengambil gambar dengan alatan yang disediakan seperti lambang Chelsea, bibir palsu, misai palsu, bow-tie palsu, dan topi serbaneka. Lama jugak kami ber-posing kat situ. Orang lain yang nak bergambar kena tunggu kami selesai dulu. Bila dah puas bergambar, aku catitkan sedikit kata-kata ucapan tahniah dalam sebuah buku yang telah disediakan oleh pihak pengantin. Panjang aku tulis dalam buku tu. Macam novel. Malah dengar ceritanya, ada produser drama dah plan nak ambil tulisan aku dan buat drama bersiri untuk dihantar ke TV3 slot Akasia.

Aku pakai topi wizard.
Wanie pakai baju uniform sekolah pasal kejap lagi kena balik asrama.
Amier pulak pakai topi wizard. Aku pakai topi... tak taulah topi apa tu.
Sabriena pun nak try jugak pakai topi wizard.
Sabriena dengan topi hikmatnya.
Amier dan Sabriena.
Dengan wajah baru.
Amier pun nak try jugak pakai wajah baru.
Setelah puas bergambar, kami bergambar dengan pengantin pulak. Turut mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Sewaktu kami nak balik, ada satu kumpulan nasyid kontemporari sedang menghiburkan para tetamu dengan dendangan lagu nasyidnya. Salah satu ialah lagu "Ya Hanana". Best jugak nyanyian mereka. Tapi kami masih kena pergi. Maka kami pun pulanglah dengan perasaan sedih kerana tak dapat main bola sambil pakai jersey Chelsea kat padang PKNS.

Namun demikian, buat pengantin baru Umair dan Asma, kami mendoakan keberkatan dalam perkahwinan. Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Dan terus bersama hingga ke Jannah.

Bergambar bersama pengantin.
Semua orang happy, terutamanya Umair.
Kumpulan nasyid yang menghiburkan kami.