m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label sarah. Show all posts
Showing posts with label sarah. Show all posts

Saturday, March 28, 2020

Cikgu sekolah rendah kahwinkan anak

11 Januari 2020 - Makluman kepada tuan puan yang budiman. Majlis perkahwinan ini berlaku pada awal tahun. Waktu ini belum terdengar lagi soal wabak Covid-19. Masing-masing masih menjalani kehidupan seperti biasa. Harap maklum.

Cikgu Noriah ialah cikgu yang pernah mengajar isteriku sewaktu di sekolah rendah dulu. Hari tu dia ajak kami untuk ke majlis perkahwinan anak beliau di Hulu Langat. Kami pun pergilah. Ramai sungguh tetamu yang hadir. Tapi dapat juga kami tempat duduk untuk menjamu selera. Kami di sana sekejap saja. Selepas bersalam dan bertanya khabar, kami pun pulang.

Terima kasih kepada Cikgu Noriah sekeluarga kerana telah menjemput kami. Tahniah juga kepada pasangan pengantin. Selamat menjalani alam berumah tangga dengan penuh kesejahteraan dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Bersama Cikgu Noriah dan suami.

Dan dua orang lagi tetamu turut bergambar bersama kami.

Tahniah Azam dan Natasya.

Meninggalkan pekarangan rumah.

Lain waktu kita jumpa lagi.


Sunday, December 16, 2018

Selamat hari jadi Sayangku

16 Disember 2018 - Semalam adalah hari jadi isteriku. Kami sambut di Hotel Holiday Inn di Glenmarie. Malamnya kami makan beramai-ramai di restoran Dr Hairi, yang diusahakan oleh anak saudaranya. Nama restoran tu ialah Aneh-aneh Cafe yang terletak di Selayang. Cerita terperinci akan aku kisahkan nanti.

Isteriku mendapat hadiah istimewa dari anak kami Syahmie yang sedang menuntut ilmu di Mesir. Sebuah lagu khas dari kejauhan:


Untuk isteriku, aku mendoakan agar kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Diampuni segala dosa kini dan yang telah silam, mahu pun yang akan datang. Diberkati hidup ini dengan segala macam kebaikan. Turut diberkati dalam kehidupan yang akan datang dengan magfirah dan ketenangan yang berpanjangan. Semoga kita disatukan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, orang-orang mukhlisin dan para ambia, di syurga tertinggi bersama sekeluarga. Ameen.



Monday, January 11, 2016

Selamat hari jadi isteriku: Sambutan bersama Syakirah & Abang Zai

Bahagian 2

Kalau pada siang harinya kami meraikan hari jadi isteriku di Restoran Makan Kitchen, pada sebelah malamnya pula kami menyambut lagi birthday isteriku di rumah Kak Timah. Sebelum tu aku dah mintak kebenaran untuk menjadikan rumah Kak Timah sebagai tempat berkumpul adik-beradik. Sambutan pada kali ini merangkumi birthday anak buah kami, Syakirah dan abang birasku, Abang Zai.

Kek aiskerim Baskin Robbins yang sangat hebat.
Isteriku dan Syakirah mempunyai tarikh hari jadi yang sama.
Kembar 16 Disember. Tahun lain-lain.
Kami memang suka betul dengan kek aiskerim ni.
Kek dari Secret Recipe yang Kak Long bawak sempena hari jadi Abang Zai.
Semua December babies berkumpul di hadapan kek.
Sabriena bukan December baby. Tak kisahlah.
Teruja dengan kek hari jadi yang kelihatan sangat menarik.
Sabriena nak jugak meniup lilin yang dipasang.
Abang Zai memotong kek yang dibeli Kak Long - produk Secret Recipe.
Abang Zai happy dapat potong kek, walaupun birthday Abang Zai tercepat satu hari.
Kembar tak seiras - isteriku dengan anak buahnya, Syakirah,.
Menu pada malam ini agak pelbagai. Antaranya termasuklah nasi lemak bungkus, sate, ayam goreng, nugget ayam, kentang goreng dan dessert. Selain host Kak Timah dan Kak Piah, yang ada pada malam tu termasuklah keluarga Kak Esah, keluarga Kak Uda, keluarga Ardi dan keluarga Kak Long. Tak ketinggalan, pasangan pengantin baru, Ika dan Rusydi. Walaupun tak berapa ramai, tetapi cukuplah nak buat riuh dan memeriahkan majlis yang sederhana ini.

Tiga orang yang meraikan birthday - isteriku, Syakirah dan Abang Zai.
Dua kek bagi meraikan hari lahir tiga individu.
Sabriena capai biskut bintang yang terpacak pada kek aiskerim.
Antara juadah yang disajikan.
Kak Long menyuapkan secebis kek ke mulut Abang Zai dengan penuh kasih sayang.
Sama-sama menikmati kelazatan kuih Secret Recipe.
Abang Zai nak kek lagi sampai ternganga mulutnya.
Kak Uda dan Abang Zahid jugak makan kek sama-sama.
Gaya dua orang pemakan kek yang profesional.
Intan dan Wanie sedang beratur untuk mendapatkan kek masing-masing.
Yaya dan Intan bertungkus lumus memotong kek aiskerim yang keras beku ini.
Tak sabar-sabar nak menjamah kek aiskerim.
Selepas makan, aku, Abang Zai dan Abang Zahid serta Ardi, terus ke Dewan Ampang Jaya untuk bermain badminton yang memang dah menjadi kebiasaan kami bermain pada malam hari Rabu setiap minggu. Bersukan tatkala perut tengah terlalu kenyang, dan badan tengah berat memang sangat menyukarkan. Bayangkanlah, perut tengah berat macam badak air, terpaksa terkinja-kinja menghambat tangkis. Sangat menyeksakan. Cepat letih kami semua, dan aku sendiri sampai nak muntah bila dipaksa bekerja keras untuk mengejar bulu tangkis yang dihantar ke segenap pelusuk gelanggang oleh pihak lawan. Selepas habis game, kami kembali ke rumah Kak Timah. Makan dan minum lagi biar perut semakin memberat macam perut gajah Afrika!

Itulah serba sedikit kisah hari jadi isteriku. Sekian, terima kasih.

TAMAT.

Wajah-wajah happy ketika menjamah kek.
Amier, isteriku dan Kak Esah.
Zila dan Ardi sedang menjamu selera.
Sate dan kek asikerim menjadi pilihan.
Bermain-main dengan baby kepada Ardi dan Zila.

Sunday, December 28, 2014

Menyambut birthday di Istana Bambu

16 Disember 2014 - Tarikh ini merupakan hari lahir isteriku. Di pejabat, isteriku menjamu kengkawan ofisnya makan nasi minyak. Bila balik rumah, kami pergi raikan pulak kat restoran. Setelah berbincang, kami putuskan untuk pergi ke Restoran Istana Bambu. Sebabnya, ia terletak tak berapa jauh dari rumah kami. Jadi kami bolehlah sumbat penumpang macam sardin kat dalam Exora untuk satu jarak yang tak begitu jauh. 10 orang semuanya masuk dalam sebuah Proton Exora. Memang sebijik macam sardin. Tayar kereta Exora tu sampai kempis pasal terpaksa menampung berat penumpang yang dah melebihi muatan. Tapi apa nak buat, yang boleh bawak kereta cuma aku sorang aje. Kalau nak pergi dua trip macam buang masa lah pulak. Yana, wlaupun dah ada lesen, masih belum betul-betul berani nak meredah jalan utama.

Menanti pesanan sampai.
Sabriena bukan main happy lagi dapat makan kat sini.
Sabriena memang suka kat tempat ni pasal ada ikan berenang kat kolam. Dan kekadang ada katak melompat bawah meja.
Syahmie pun menanti makanan tiba.
Ayahku membelek buku menu macam membaca novel.
Sabriena suka buat kelakar sementara menanti makanan tiba.
Menunjukkan kepada Sabriena pokok padi.
Sabriena ajak mama tengok ikan pulak.
Makanan masih belum sampai.
Ini merupakan kali kedua kami makan kat sini. First time, adik aku belanja. Ada sekali tu aku order makanan, tapi tapau bawak balik dan makan kat rumah. Tapi aku lebih suka makan kat sini pasal environment-nya sangat berbeza. Ada sawah bendang. Ada buluh cantik jadi bahan binaan. Dan kalau bernasib baik, ada orang band main muzik kat sini dengan nyanyian mereka yang sangat lunak pada telinga.

Wanie dah mula berasa sangat lapar. Lantas dia termenung.
Sabriena minum susu dululah.
Orang lain nengok ajelah Sabriena minum susu.
Bergambar dengan birthday girl.
Time untuk menung.
Sabriena merenung botol susunya.
Kami order pelbagai jenis makanan. Ada sotong, ada udang, ada ayam, ada ikan dan ada lala. Kami makan pun agak terlewat sikit. Makanya perut masing-masing memang tengah lapar. Bila pesanan kami sampai aje, kami terus menerpa ke arah makanan tadi bagaikan singa lapar menerpa kuda belang. Nyomp nyomp nyomp. Begitulah bunyi kami makan.

Makanan dah sampai, dan masing-masing telahpun makan.
Amier pun dah makan jugak.
Dah kenyang. Sangat kenyang.
Walaupun makanan agak banyak kat atas meja, tapi semua habis licin licap. Pinggan jadi licin macam cermin. Kuah semua habis dihirup. Makan berebut macam ni memang lain feel dia. Memang lebih menyelerakan. Dulu masa aku tapau makanan bawak balik ke rumah, rasa macam tak berapa sedap pulak. Tapi bila makan panas-panas kat restoran, tahap kesedapannya akan meningkat berlipat kali ganda. Aku punya personal favourite adalah seperti berikut:

a)   sotong masak dengan telur masin
b)   lala masak sup
c)   ayam gajus
d)   siakap masak sweet sour
e)   kailan ikan masin

Tomyam dia agak manis. So, bukan taste akulah. Tapi aku bedal satu macam jugak. Maklumlah, kalau dah kuat makan tu, bagi apa pun aku akan makan. Asalkan halalan toyyiban. Setelah habis semua makanan, kami pun beredarlah. Kami tak order dessert kali ni. Lagi pun dah agak lewat. Dan kami pun macam dah ter-over kenyang pulak. Okay. Kami akan repeat makan kat sini lagi kalau ada occasion  yang tertentu. Try-lah kalau ada kesempatan!

Semua makanan habis dimakan. Licin.
Ayahku nampak sangat enjoy menghabiskan lauk-pauk yang terbaki.
Bergambar sebelum berangkat pulang.
Bye-bye Istana Bambu. Lain hari jumpa lagi!