m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label surau. Show all posts
Showing posts with label surau. Show all posts

Sunday, August 11, 2019

Salam Aidiladha 2019

11 Ogos 2019 - Salam Aidiladha buat semua umat Islam. Pagi-pagi lagi kami sudah ke surau untuk menunaikan solat sunat aidiladha. Semua melainkan Sabriena menaiki kereta dan bergegas berada di dalam saf untuk memulakan solat. Jemaah tak seramai sewaktu solat sunat aidilfitri dulu. Solat dimulakan pada jam 8.15 pagi. Aku perasan ada juga jemaah yang tiba lewat. Mungkin sangka mereka solat hanya akan bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah selesai solat dan khutbah, kami terus pulang. Jam 9.30 pagi nanti, acara qurban haiwan pula akan dijalankan. Kami perlu menyediakan diri dengan segala peralatan yang ada untuk melaksanakan tugas-tugas yang sedang menanti.

Baru selesai solat di surau.
Amier dalam perjalanan ke kereta.
Kami bertiga pakai jubah pada hari ini. 
Dalam perjalanan pulang ke rumah.
Nak bersiap-siap dengan senjata bekerja pulak.
Pukul 9.30 nanti acara sembelihan qurban akan dimulakan.


Monday, December 24, 2018

Sekolah agama bagi hadiah 2018: Bergambar berkumpulan

Bahagian 4 (Akhir)

Segala urusan memberi dan menerima hadiah akhirnya telah berjaya diselesaikan. Majlis pun diisytiharkan ditutup dengan rasminya. Tetapi ibu bapa dan murid-murid yang hadir diminta tunggu sebentar kerana pihak sekolah ingin menjamu kesemua para tetamu dengan hidangan makanan tengah hari. Maka kami pun tunggulah dengan sabarnya. Semenetara itu, para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk bergambar bersama teman-teman, dan yang lebih penting bergambar bersama para guru. Pelajar tahun 6 lah yang paling teruja untuk bergambar, kerana selepas ini mereka semua akan meninggalkan sekolah kecil ini yang penuh dengan kenangan.

Kepada semua Ustaz dan Ustazah, diucapkan jutaan terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik anak-anak kami dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Segala kebaikan kalian hanya Allah saja dapat membalasnya. Hingga kita bertemu lagi pada tahun hadapan dengan membawa anak-anak kecil kami untuk berguru dengan kalian. Tahun depan Sabriena telah kami daftarkan ke sekolah yang sama. Lepas ni kita layan pulaklah kerenah Sabriena yang saya jangka lebih "fun" dan menyeronokkan.

Kepada pelajar-pelajar yang telah menamatkan darjah 6, semoga kalian terus maju di sekolah menengah bagi mencapai cita-cita masing-masing.

T A M A T

Ustazah Hasliza bersama Zharfan dan Adam.
Masih bersama Zharfan dan Adam.
Ismahani turut bergambar bersama Ustazah Hasliza.
Ismahani bersama ibunya.
Giliran Ameerah pula bergambar bersama Ustazah Hasliza.
Sabrina bersama Ustazah Hasliza.
Bergambar beramai-ramai - geng UPKK 8A.
Tak silap aku ada lagi pelajar UPKK 8A yang tak hadir.
Itu dia Adam dan Ameerah berbaju biru gelap seperti polis.
Ustazah Ainun dan Ustazah Hasliza dijemput untuk bergambar bersama anak-anak murid.
Semua kelihatan seronok.
Back-drop kat belakang pun telah dihias cantik.
Rugi kalau tak bergambar banyak-banyak.
Amier bersama Mama dan guru kelasnya.
Besar betul badan Amier.
Zharfan bersama guru dan ibunya.
Tahniah Zharfan.
Zharfan dan ibu.
Syazwan bersama Ustazah Hasliza.
Ibu kepada Syazwan turut hadir.
Free style dari murid-murid.
Semua pelajar Tahun 6 yang hadir pada hari itu.
Para ibu mengambil gambar anak-anak.
Anak-anak hebat ini berkumpul sebelum bersurai.
Para ibu turut teruja.
Say peace!!
"Keamanan untuk dunia!"
Jom kita bersurai. Oh sekejap! Jangan lupa bawak balik bekal makan tengah hari!


Sekolah agama bagi hadiah 2018: Ustaz dan Ustazah pun dapat hadiah

Bahagian 3

Semua pelajar yang mendapat 8A dalam peperiksaan UPKK telah pun diberi hadiah oleh Guru Besar Ustazah Ainun. Amier tidak terkecuali. Seterusnya acara memberi hadiah kepada pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz keseluruhan dalam peperiksaan PSRA bagi tahun 2018. Cuma ada seorang pelajar saja yang berjaya mencapai tahap itu - Zharfan Bin Azahari, anak kawanku jugak. Tahniah kepada Zharfan dan kepada kedua ibu bapanya. Memang nyata sukar untuk mendapat Mumtaz dalam PSRA. Pelajar-pelajar lain yang tak mencapai Mumtaz janganlah berasa rendah diri dan kecewa. Peluang kecemerlangan masih terbentang luas di hadapan. Sekali lagi syabas kepada Zharfan.

Zharfan dipanggil untuk mengambil hadiah PSRA Mumtaz.
Satu-satunya pelajar yang berjaya mencapai tahap ini.
Tahniah buat Zharfan.
Setelah kesemua pelajar yang cemerlang mendapat habuan masing-masing, maka para ustaz dan ustazah pun pastinya tertanya-tanya, "Tak adakah apa-apa hadiah untuk kami?" Jawapannya, sudah tentulah ada! Maka Guru Besar Ustazah Ainun pun mulalah mengeluarkan segala macam hadiah dan cenderahati hebat untuk diberikan kepada para pendidik pula. Tanda penghargaan yang sangat tinggi dari pihak sekolah kerana telah mendidik anak bangsa dengan penuh kegigihan. Okay! Siapa nak hadiah sila beratur!

Bersambung...

Pendidik yang pertama mendapat cenderahati adalah Ustaz Zakaria.
Diikuti oleh Ustaz Ismail.
Hadiah penghargaan - Ustaz Aimran.
Hadiah penghargaan - Ustazah Siti Meryam.
Hadiah penghargaan - Ustazah Suhaila.
Hadiah penghargaan - Ustazah Asna.
Hadiah penghargaan - Ustazah Hasliza.
Hadiah penghargaan - Ustazah Khadijah.
Hadiah penghargaan - Ustazah Khalilah.
Hadiah penghargaan - Ustaz Luqman.
Hadiah penghargaan - Ustazah Ainun.
Anak-anak menanti di luar sehingga upacara tamat.
Amier bersama temannya Syazwan. Paling besar bertemu yang paling kecil.