Siapalah agaknya jejaka tampan berbusana lengkap bak hero Melayu terakhir yang bertanggungjawab membawa pengantin dari tempat penginapan ke dewan persandingan? Beliaulah orangnya yang sanggup meredah lampu isyarat dan jalan raya. Yang tak kisah kalau disaman kerana memandu laju. Yang boleh memecut bak jagoan-jagoan F1 di litar Sepang. Yang rela berkorban tenaga menentang pembulli jalanan. Yang sering menghias wajah dengan senyuman manis walau jasad dirundung kelesuan. Yang tutur dengan berhemah walau caci maki dilemparkan. Siapakah dia? Siapakah dia? Siapakah dia?
Itulah KOIS: Kerabat Orang Intelek Sejagat. Pemandu hebat, cekap, cermat, taat dan setia, Kois namanya.
No comments:
Post a Comment