m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label tabung haji. Show all posts
Showing posts with label tabung haji. Show all posts

Saturday, March 28, 2020

CEO Lembaga Tabung Haji mengahwinkan anak

29 Disember 2019 - Untuk makluman semua, ini kisah yang berlaku tahun lepas. Sebelum menularnya wabak Covid-19. Sebelum semua orang kenal dan dengar perihal penyakit yang mudah berjangkit ini. Tengoklah tarikh yang tertera pada awal perenggan. Okay. Itu aje yang aku nak bagi tahu dulu.

Pada tarikh ini, kami bertiga - aku, isteri dan Amier menghadiri majlis perkahwinan anak kepada salah seorang kawan sekolah menengah aku sewaktu di MRSM Pengkalan Chepa dulu. Sekarang kawan aku tu dah jadi CEO Lembaga Tabung Haji. Beliau yang aku maksudkan ialah Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff. Kami panggil Datuk Chud saja. 

Majlis diadakan di sebuah dewan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Kami sampai agak terlewat sikit. Sewaktu kami sampai, ada sebahagian teman-teman sudah mula meninggalkan dewan majlis. Namun aku masih beruntung kerana dapat bertemu dengan ramai lagi teman-teman yang duduk bersantai di situ. 

Kelihatan Roy, Pok Hair, JJ dan Izam. Fuad pun ada di belakang.

Lecek dan Botok sedang consult kepada Datuk Dr Kahar mengenai virus Corona.

Ini meja sidang untuk subjek Kimia. Mantan guruku - Cikgu Shaari menjadi penasihatnya.

Teman-teman menghampiri  meja bulat. Jeli terasa terganggu seketika.

Semakin ramai yang berkumpul. Aznir ingin take five sebentar.

Tangan siapa yang melambai di sebelah Datuk Kuchai tu?.

Meja bulat subjek Kimia telah dikepung oleh kami.

Bapa pengantin - Datuk Chud juga ada bersama kami.

Dan akhir sekali, aku juga turut berkumpul untuk menyerikan gambar

Dalam dewan taklah begitu padat dengan tetamu. Mungkin ramai yang dah pulang. Namun makanan tersaji masih banyak lagi. Tak susah untuk kami mandapatkan tempat duduk untuk menjamu selera. Setelah mengambil makanan, aku cepat-cepat menghabiskan juadah yang ada di dalam pingganku. Lalu mencapai kamera dan mengambil gambar teman-teman sebelum mereka pula pulang.

Sesudah bergambar, aku duduk semeja dengan mantan guru kimiaku - Cikgu Shaari Husain sambil menghirup teh tarik panas. Mendengar cikgu dan teman-temanku berbual mengenai macam-macam hal. Perbualan yang paling hangat ialah bagaimana hendak mencipta formula terbaik bagi mengubati dan mencegah penyakit Covid-19. Mengikut rumusan yang telah kami buat ketika di meja bulat pada petang itu, formula terbaik mengikut undang-undang kimia antarabangsa ialah seperti berikut:

(NH4)2 Fe(SO4)2.6H2O + CuSO4 XH2O x CaSO4.1/2H2O

Kini ketika menjalani perintah bertapa di rumah, aku telah mula mengadunkan formula ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah seperti bawang, tepung, gula, garam, kopi, kunyit, dan lain-lain lagi. Dari pemerhatianku, produk yang bakal terhasil nanti akan menjadi kegilaan ramai seantero dunia. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Perbincangan ilmiah mengenai virus Corona masih belum tamat lagi.

Isteri dan anak kami juga puas makan-makan di sini.

Perut kenyang, hati senang.

Datuk Kuchai dan Jai.

Datuk Kuchai, Jai dan Jeli Hashim.

Persidangan subjek Kimia perlu diteruskan lagi.

Lani dan Rushdan memberikan fokus yang mendalam.

Formula yang dikemukakan membuat Elias berfikir panjang.

Jai juga agak meragukan formula yang sama.

Akhirnya Cikgu Shaari perlu menjernihkan suasana.

Penerangan oleh Cikgu Shaari membuat semua ahli sidang berpuas hati.
Lama juga aku melepak bersama teman-teman sekolahku. Walaupun aku lebih banyak mendengar dari bersuara, namun kehadiran aku dan kawan-kawanku sudah pasti dapat menyerikan lagi majlis perkahwinan ini. Antara teman yang telah sangat lama aku tak jumpa ialah Rozman Saad atau nama glamour-nya, Lecek. Turut hadir ialah junior kami ketika di MRSM - Muzammil dan Fuad.

Setelah perut kami sangat kenyang , kami pun mula melangkah kaki untuk beredar dari situ. Terima kasih kepada Datuk Chud kerana telah menjemput dan melayan kami dengan baik. Tahniah kepada kedua mempelai. Semoga kalian menjalani bahtera perkahwinan ini dengan penuh harmoni, penuh barokah dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Pok Khor tak pernah mengecewakan teman-teman untuk hadir ke majlis-majlis seumpama ini.

JJ, Datuk Kuchai dan Jai.

Pok Khor mendapat panggilan dari jauh. Nasir pula kelihatan sangat ceria.

Rushdan juga berasa sangat teruja.

Junior kami - Muzammil.

"Inilah doktor yang menjadi pujaan ramai sejak kebelakangan ini", kata Muzammil sambil menuding ke arah Datuk Dr Kahar.

Bapa pengantin dah kepenatan.

Aku bersama Datuk Chud.

Ambil gambar lebih sikit, kot-kot dapat tempias kehebatan beliau.

Tahniah Hazim dan Farah.


Tuesday, November 20, 2012

Mengejar waktu, memburu pesawat haji

Kenduri doa selamat untuk mengerjakan haji telah diadakan pada sebelah malam di Kalumpang Resort. Pada esok harinya, pada sebelah siang, Abang Hasni dan Kak Ogie telah berangkat ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berangkat ke tanah suci. Mereka perlu mendaftar masuk pada sekitar jam 12 tengah hari. Kami serta Kak Timah pun bergegaslah dari rumah untuk turut menghantar mereka di Kelana Jaya. Kami bertolak dari rumah agak lewat. Memang kalau ikut tempoh perjalanan normal, kami macam tak sempat nak berjumpa dengan Kak Ogie sebelum mereka masuk ke dalam dewan pendaftaran. Kalau dah masuk ke dalam dewan, maknanya mereka dah tak boleh keluar lagi. Untuk memastikan isteriku dan Kak Timah dapat berjumpa dengan Kak Ogie, aku telah memecut kereta yang kupandu selaju kira-kira 455 km/j. Mencelah-celah di tengah kesibukan Bandaraya Kuala Lumpur bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi, dengan semangat cekal dan berjiwa kental, aku redah jugak jalan-jalan sempit seperti Jalan Chow Kit, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lorong Haji Taib, dan Lebuhraya Persekutuan sebelum kami meluru laju ke Kelana Jaya.

Koas dan Intan.
Inilah pintu dewan pendaftaran. Kalau dah masuk, pegawai Tabung Haji tak bagi para jemaah keluar balik.
Sesekali Kak Ogie akan menelefon dan bertanya, "Jauh lagi ke?" Kami lantas menjawab, "Masih on the way. Dah nak sampai, dah". Dan aku terus menekan pedal minyak sampai maksimum. Dengar ceritanya kapalterbang dah pun berlepas. Kami tak putus asa. Kami terus aje mengejar. Dan dalam proses nak sampai ke destinasi, kami telah ditahan oleh tak kurang daripada sepuluh peronda polis. Tapi dengan kepakaranku memandu kereta selama dekat 50 tahun, aku telah berjaya meloloskan diri sehinggakan pihak polis kebingungan, macam mana kami boleh hilang lesap lenyap di celah-celah kesesakan lalu-lintas.

Bergambar sebelum pulang.
Walau pun kapalterbang dah berlepas, aku masih nekad untuk mengejar kapalterbang itu. Lalu kutekan enjin turbo menggunakan kuasa plutonium, dan kereta yang kupandu pun meloncat tinggi mencapai awan. Dan adegan kejar-mengejar kapalterbang pun berlaku. Aku sempat potong kapalterbang itu dan berhenti betul-betul di depannya. Pilot kapalterbang terpaksa menekan brake emergency bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran. Pilot pun keluar dari kapalterbang dan bertanya, "Ada apa korang blok kapalterbang aku, ha?!" Nadanya cukup marah. "Kami nak jumpa Puan Salamah dan suaminya," jawab kami. "Dia belum terbang lagi. Dia masih kat Tabung Haji!" jawab pilot tadi. "Sorry-lah bro. Salah information-lah". Kami angkat tangan kat pilot tadi, dan terus ke Tabung Haji Kelana Jaya.

Koas, Ika, Kak Esah dan Kak Timah.
Amier macam tak puas hati aje.
Apabila sampai di destinasi, aku pun menurunkan isteri serta Kak Timah. Dan aku terpaksa cari parking kereta kat lokasi yang agak berjauhan. Setelah parking kereta, aku pun bergegas masuk kat halaman Tabung Haji. Bila aku jumpa wife aku, dia kata Kak Ogie dah masuk dalam dewan. Isteriku dan Kak Timah sempat jugak berjumpa, bersalaman dan peluk cium sesama adik beradik. Aku bersyukur, mereka sempat mengucapkan selamat jalan. Apa lagi yang perlu ditunggu, kami pun terus beredar dari situ. Aku ada satu jemputan di rumah kawan sekolah ku di Sungai Buloh.

Ramai sungguh orang yang hantar para jemaah haji.
Koas dan Ika bersama mama mereka - Kak Esah.

Monday, October 15, 2012

Hantar Atuk Atan buat haji

Pada malam hari Ahad, 16 September 2012, kami beramai-ramai menghantar Ayah Atan dan Abang Khalid ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya. Kami berkonvoi dan tiba di destinasi sebelum jam 11 malam. Ramai bukan kepalang orang kat situ. Ada jemaah haji, dan yang lebih ramai ialah ahli keluarga yang nak menghantar orang pergi haji. Penerbangan yang membawa Ayah Atan dan Abang Khalid dijangka berlepas kira-kira jam 1 pagi kalau tak silap aku. Jadi sementara menanti waktu para jemaah masuk ke dalam dewan, kami duduk beramai-ramai di luar menemani Ayah Atan dan Abang Khalid.

Ayah Atan bersama Kak Esah.
Syakira dan Syura, turut menghantar Atuk Atan.
Siti urut badan abahnya.
Di luar dewan, kami tak buat apa-apa, sekadar borak-borak kosong, dan ambil gambar bersama-sama Ayah Atan. Banyak betul shot yang kami ambil. Taufik jugak tak henti-henti memetik kamera canggih yang dibawanya ke hulu hilir. Kawasan menunggu tu memang agak panas, walaupun kipas siling ada terpasang. Anak-anak kecil sibuk bermain buih sabun.

Ramai sungguh para jemaah dan ahli keluarga yang menghantar.
Taufiq tak henti-henti mengambil gambar.
Zila dan Ardi, duduk rehat kejap.
Atuk Atan dengan cucu-cucunya - Nadia, Syura, Syakira, Nicha, Suraya dan Faiisal.
Cucu-cucu Atuk Atan.
Tunggu punya tunggu, tak pulak pihak Tabung Haji panggil para jemaah masuk ke dalam dewan. Kami ada jugak dengar yang penerbangan telah ditangguh. Tapi tak pulak dia buat announcement kat public. Bila malam dah semakin lewat, dan Sabriena pun dah merengek kepanasan dan mengantuk, kami mintak dirilah dulu. Masa kami nak pulang, masih ramai lagi ahli keluarga yang tunggu. Semoga Ayah Atan dan Abang Khalid dipermudahkanlah segala urusan, ketika mereka mengerjakan haji. Dan pulang dengan mendapat haji yang mabrur.

Abang Khalid sempat berbual-bual dengan Upin.
Nicha, Syura dan Syakira.
Penat menanti panggilan untuk masuk ke dalam dewan.
Anak-anak main buih sabun. Cantik dan meriah.
Bergambar dengan Ayah Atan dan Abang Khalid.
Menemani Atuk Atan sebelum berlepas.
Amier dah bosan. Pinjam i-phone mamanya untuk main game.
Berbalik kepada cerita penangguhan penerbangan, rupa-rupanya kapalterbang rosak. Jadi para jemaah yang terkandas diberi tempat tinggal sementara di hotel 5 bintang di J.W. Marriot di Putrajaya. Kami juga sempat menjengah Ayah Atan dan Abang Khalid di hotel, sebelum mereka berlepas ke Arab Saudi. Hotel dia memang hebat. Walaupun tertangguh beberapa hari, akhirnya mereka tiba jugak di tanah haram dengan selamat.

Bergambar ramai-ramai.
Wawan mendukung Adrian.
Haikal ditemani ibunya dan dua orang makcik saudaranya.
Suraya mendukung Haikal.
Syura mendapat berita gembira - menang tempat pertama pertandingan meneka bilangan bola ping-pong dalam balang.
Upin terbang tinggi.
Dua orang bakal haji.
Fokus: membincangkan masalah pelapis pemain badminton negara.
Ramai sunggu ahli keluarga yang datang.
Panas, penat, tapi meriah.
Jarang-jarang dapat bergambar ramai-ramai macam ni.
"Okay! Free style! Free style-lah, bukan Gangnam Style!"
Ayah Atan bersama anak, menantu, cucu dan cicit.
Meriah!
Anak dan abah.
Ambil kesempatan menemani ayahanda tersayang.
Masih menanti panggilan untuk masuk ke dalam dewan.
Nadia, Sri, Haikal, Aeda, Syakira, Yaya, Syura dan Suraya.

Sebahagian kecil cucu-cucu perempuan Atuk Atan.