m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label gombak. Show all posts
Showing posts with label gombak. Show all posts

Tuesday, May 26, 2020

5 Syawal 2019: Ke rumah Abang Sohaimi pula

9 Jun 2019Rumah Kak Esah dengan rumah Abang Sohaimi tak jauh jaraknya. Bisik "Yusuf Taiyoob" aje pun boleh dengar. Jadi dari rumah Kak Esah, kami semua dah pakat-pakat nak serbu rumah Abang Sohaimi. Aku telefon dulu Abang Sohaimi nak pastikan dia ada di rumah. Bila confirm ada saja, terus aku maklumkan yang lain. Dan terus menyusun strategi cara bagaimana nak serang rumah Abang Sohaimi. Setelah Kak Esah dan keluarga bersiap, kami secara serentak telah menyerbu ke rumah Abang Sohaimi, seperti peminat menyerbu ke arah artis pojaan hatiku. 

"Assalamualaikum! Kami datang nak beraya!!" jerit kami di luar pagar. 

Nasib baik aku dah maklumkan Abang Sohaimi niat kami untuk beraya di rumahnya. Kalau tak, sudah pasti Abang Sohaimi terkejut. Kami disambut dengan baik dan mesra oleh Abang Sohaimi suami isteri. Dijamu dengan juadah raya yang enak. Maka berborak-boraklah kami untuk satu tempoh yang munasabah. Kemudian kami pun minta diri untuk pulang. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin buat sepupu kami, Abang Sohaimi serta keluarga. Terima kasih kerana telah melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana. Ada rezeki, negara aman, covid-19 pupus, insya Allah kita akan bersua dan bersembang lagi.

Bersama Abang Sohaimi.

Bergambar dengan tuan rumah.



5 Syawal 2019: Jom beraya di rumah Kak Esah

9 Jun 2019 - Pada sebelah petang, rumah kami dikunjungi oleh sepupu-sepupuku dari Kajang. Pada sebelah malamnya pula, kami sekeluarga terus berangkat ke Gombak untuk ke rumah kakak iparku - Kak Esah. Macam-macam perkara menarik yang berlaku di rumah Kak Esah ketika kunjungan kami pada hari itu. Ada makanan yang lazat-lazat. Ada permainan game hari raya special. Ada persembahan artis terkenal zaman dulu dan zaman sekarang. Ada roller coaster dan merry-go-round. Lepas tu ada superhero Avengers turut singgah beraya di rumah Kak Esah. Kalau tak silap aku Ironman, Hulk dengan Spiderman yang datang pada malam itu. Thanos pun datang jugak. Sempena bulan raya ni, geng-geng Avengers dah maafkan Thanos dan konco-konconya. Macam mana Ironman dan Thanos boleh hidup balik? Pakai petik jarilah... Hehehe... Cuma sayangnya, masa tu aku terlalu excited sampai terlupa nak ambil gambar semua kejadian yang best tu. Yang ada cuma gambar meow ni ajelah sebagai bukti. Terserahlah kepada kalian. Nak percaya boleh, tak nak percaya pun boleh...


Meow ni duduk kat depan pintu masuk rumah.

Tugas Meow ialah untuk menyambut tetamu yang datang.

Serta mengucapkan selamat jalan kepada tetamu yang balik.

Baju raya Meow ni simple aje - cuma ikat bandana kat leher.


Monday, January 20, 2020

Satu majlis dua pasang pengantin

6 April 2019 - Sepupu isteriku, Abang Sohaimi mengahwinkan anaknya tahun lepas. Dua orang sekali gus. Kami hadir ke majlis itu. Tapi agak lewat. Dewan majlis pun dah lengang. Tapi makanan masih banyak lagi. Sebenarnya kami baru sahaja lepas menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak kawan sekolah aku, Haji Fauzi Ismail. Jadi di majlis ini, kami cuma makan dessert dan minum air sajalah sebab perut kami masih kenyang lagi. Kami juga berkesempatan berjumpa dengan salah seorang anak Abang Sohaimi, Zaid yang juga merupakan senior kepada Syahmie ketika di MRSM Gemencheh dulu. Sempatlah berbual-bual dengan Zaid. Juga dapat berjumpa dengan Safiyah yang juga satu sekolah dengan Syahmie. Lepas makan dan minum, berborak dan bersembang, bergaya dan bergambar, kami pun pulang. 

Terima kasih kepada Abang Sohaimi sekeluarga kerana telah menjemput kami. Tahniah kerana menerima menantu. Semoga pasangan-pasangan pengantin yang diraikan hidup dalam barokah dan dalam rahmat dan redha Allah. Barakallah!

Bersama ayah dan ibu pengantin.
Warna baju kami memang kena dengan tema pakaian majlis ini.
Bergambar dengan salah satu pasangan pengantin.
Bersama Safiyah dan Zaid. Zaid pun minat main kamera juga macam aku.
Sabriena kebosanan.
Mata dah mula mengantuk.
Wanie dan Mama.


Saturday, June 24, 2017

11 Syawal 2016: Beraya di rumah Nadia-Hairi

16 Julai 2016 - Okay. Let me keep it short. Kami pergi beraya di rumah anak saudara kami Nadia di Gombak. Sampai sana dekat nak maghrib. Lepas makan-makan dan lepas solat maghrib baru kami balik. Terima kasih Nadia dan Hairi.

The end.

Errrr.... Pendek tak???

Hana naik kuda atas belakang pakciknya, Amier.
Sabriena pun nak try naik jugak. Tapi Amier tak bagi pasal Sabriena berat. Hu hu hu...

Thursday, September 22, 2016

3 Syawal 2016: Menjamu selera dan bersurai

Bahagian 3 (Akhir)

Setelah menjamu selera dengan pokok jarum 7 bilah, kami kembali berkumpul di dalam rumah. Dalam rumah, kami menjamu selera dengan menu utamanya nasi lemak Mak Anjang. Semua yang hadir kelihatan sangat berselera menikmati juadah istimewa pada malam itu.

Aktiviti selanjutnya adalah mengagih-agihkan duit raya kepada yang masih belum menerimanya. Khusus buat anak-anak Abang Karim. Satu orang dapat satu bungkus angpow. Isinya hanya masing-masing yang tahu. Tidak banyak. Tetapi cukuplah untuk semua anak saudara berasa heppi.

Faiisal dan Kak Piah sedang menjamu selera.
Masih menjamu selera.
Anak-anak saudara mula beratur. Dan ada errr...... sorang yang tak berapa anak saudara turut nak tumpang sekaki.
Setelah itu, kami menunggu seketika untuk mengagih-agihkan duit raya kepada yang masih belum menerimanya. Khususnya buat anak-anak Abang Karim. Semua beratur panjang menanti habuan. Begitu teruja anak-anak saudara menerima pemberian Mak Usu mereka. Selanjutnya, saksikanlah sendiri gambar-gambar ini.

Kami di rumah Kak Esah sehingga lewat malam jugak. Dan anak-anak dah sangat keletihan. Kami perlu pulang. Mata dah mengantuk. Tubuh dah letih. Jom pulang. Jom tidur.

TAMAT.

Menghulur duit raya pada yang kecil dahulu.
Sabriena jadi orang kanan Mama.
Mencium tangan tanda terima kasih.
Adam turut beratur bersama yang lain.
Anak saudara yang lebih tua beratur di belakang.
Sabriena menjadi tukang bagi duit.
Cium tangan lama-lama sikit. Berharap agak duit raya diberi lebih banyak.
Anak-anak Abang Karim masih lagi beratur panjang.
Sabriena masih menghulur wang raya.
Giliran Saiful pulak.
Adik-beradik mendukung baby.
Safiyah turut menerima wang raya.
Syed Saleh Al Yahya.
Syed Ali sedang menikmati keenakan mendapat duit raya.
Syakirah gembira bersama Mak Usunya.
Sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Final - Harimau Malaya lawan Brazil.
Neymar dari Brazil berjaya menjaringkan gol pertama. Penonton semakin resah.
Game tamat. Malaysia kalah final 0-1 kepada Brazil. Penonton hampa.
Ali terus tak berselera nak makan.
Faiisal terus main telefon. Lagi best.

Sunday, September 18, 2016

3 Syawal 2016: Pokok ubat dan imam muda

Bahagian 2

Kami masih beraya di rumah Kak Esah. Birthday Yaya telah selamat kami sambut secara meriah. Perut dan usus telah kami penuhi dengan makanan dan minuman yang lazat. Kini kami bersiar-siar di kebun dan ladang Kak Esah yang terletak di hadapan rumah. Kak Esah ada ladang anggur yang membekalkan anggur untuk air Ribena. Dan Kak Esah jugak ada ladang herba yang membekalkan segala macam herba untuk produk kesihatan seperti Jus Nusantara International, Jus Planet dan Jus Galaksi Angkasawan. 

Di kebun anggur Kak Esah.
Di kebun herba pulak.
Sekuntum mawar merah.
Pokok jarum tujuh bilah.
Bunganya pun cantik.
Daunnya boleh dibuat ubat.
Kami diperkenalkan dengan sejenis tumbuhan klasik untuk perubatan - pokok jarum tujuh bilah. Ia jugak dikenali dengan beberapa nama lain seperti pokok kanser dan pokok jarum tujuh. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Tapi rupa dia tak macam pokok kaktus langsung. Tak kisahlah tu. Untuk memastikan kemujarabannya, aku telah memetik beberapa helai daun pokok jarum tujuh bilah ni dan memasukkannya ke dalam mulutku. Tanpa rasa ragu dan was-was. Sedap jugak rasanya kalau dibuat ulam, makan dengan nasi. Dan ketika aku makan, memang terasa macam kambing meragut daun, seperti lembu meragut rumput, seperti kerbau meragut padi. Memang terbaik!!!

Kak Esah turut menunjukkan tanaman bunga dalam botolnya yang aku anggap sangat kreatif dan menarik. Dan Sabriena sempat jugak memetik sekuntum bunga ros merah jambu dan bergaya dengannya.

Aku memetik tiga helai daun pokok jarum tujuh bilah.
Memasukkannya ke dalam mulut.
Mengunyahnya bak kambing gurun.
Terasa keenakan dan khasiatnya.
Sabriena dan bunga mawar pink.
Bunga mawar dan Sabriena.
Masih bergaya dengan bunga mawar.
Kak Esah menunjukkan tanaman pokok durian Musang King di dalam botol.
Kami kembali ke dalam rumah. Kak Esah memberikan tiga pasang jubah kepada Syahmie dan Amier. Memang padan dengan mereka. Bila dipakai, Syahmie dan Amier kelihatan tak ubah seperti imam muda. Terima kasih kerana menghadiahkan kami dengan jubah itu.

Amier berjubah putih.
Imam muda Amier.
Adik beradik berjubah labuh.
Syahmie dan Amier.
Wanie sedang buat demo melukis gambar potret.
Kali ni Wanie nak lukis gambar Nobita dari siri Doraemon.
Dua beradik - Intan dan Permata Suraya.
Di ruang tamu.
Faridz dan Taufiq sedang menjamu selera.
Tak lama selepas itu, keluarga Kak Long pula tiba. Mereka terus dijamu dengan makanan istimewa pada malam itu - nasi lemak buah bidara. Bertambah-tambahlah mereka makan. Dan aku sendiri menanti waktu untuk makan nasi lemak untuk second round.

Bersambung...

Tak terkata keenakannya.
Inilah juadah hebat pada malam itu.