m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label wangsa maju. Show all posts
Showing posts with label wangsa maju. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Hari jadi Cucunda Hani 2015

28 Mac 2015 - Seorang lagi cucu saudara kami, Hani menyambut hari jadinya. Hani ialah anak kepada Hafez dan Huda. Huda ialah anak kepada Abang Ngah dan Kak Enon. Dan seterusnya. Kami dijemput dan kami pun datanglah untuk meraikan cucu saudara kami itu. Kalau majlis birthday sudah pastilah ada makanan yang hebat-hebat, ada kek berhias, dan ada lagu Happy Birthday. Tapi oleh kerana kami sampai tak terlalu awal, maka lagu Happy Birthday dah dinyanyikan sebelum ketibaan kami. Untuk mendapatkan 'feel' majlis hari jadi, maka kami nyanyikanlah lagu Malaikat versi Bangla dan versi Nepal.

Isteriku bersama Sabriena sedang menjamu selera.
Saleh turut menjamu selera dengan memakan nugget ayam serama.
Qalif, adik kepada Hani sedang menembakku dengan senjata buatan sendiri. Aduh!!
Saleh dan Amier masih makan makanan.
Bersama Safiah.
Hafez sedang melayan peminatnya yang berjuta-juta menerusi laman Facebook dan Twitter.
Hafez telah kembali dari alam maya.
Huda sedang menyediakan pelbagai jenis masakan dan minuman untuk para tetamu kehormat.
Birthday girl, Hani dan adiknya, Qalif.
Hani sedang makan aiskerim Malaya.
Kami pun makan-makanlah sampai kenyang. (Sebenarnya itu aje yang aku ingat. Yang lain aku dah lupa. So, tak dapatlah nak kisahkan segala benda dalam blog entry kali ni. Sorry ya?) Anak-anak pulak sibuk berkumpul dan bermain di dalam bilik anak-anak merangkap play room. Apa yang mereka main dan bualkan aku pun tak tahu. Tapi aku rasa budak-budak tu mungkin membincangkan pasal GST dan pasal 1MDB kot. 

Anak-anak sedang berdiskusi pasal hal-hal politik negara.
Selanjutnya mereka membincangkan pasal kekalahan pasukan bolasepak negara kepada lawannya dalam Sukan SEA.
Amier sedang menggoreng guitar elektrik. Saleh sedang menghayatinya.
Hani bersama Granny.
Cucu saudara bersama nenek saudara.
Lama kami duduk lepak kat rumah Hafez-Huda. Dekat tiga minggu lamanya. Bila malam semakin lewat, teman baik Hafez, Zahid AF datang ke rumah bersama keluarganya. Jadi kami pun pergilah berjumpa dengan Zahid kat ruang tamu. Bergambar dengan Zahid. (Untuk peringatan sekali lagi, bukan Zahid Pak Uda, ya? Tapi Zahid artis dan pengacara radio ERA). Kami tak bersembang sangat, pasal Zahid pun nak balik cepat. Dia cuma singgah nak bagi hadiah kat Hani. Dan untuk meraikan birthday anak kepada rakan karibnya sejak sekolah tadika. Uuuuu... Lamanya. Maksud aku kawan sejak sekolah menengah.

Bergambar beramai-ramai dengan keluarga Zahid AF.
Keluarga Zahid AF bergambar bersama kami pulak.
Adik ipar Adha (adik Hafez) bergambar dengan Zahid AF.
Bersama Kak Timah dan Huda.
Bersama Kak Timah, Huda dan Hani.
Sama seperti di atas.
Sama seperti di atas, campur seorang Hafez.
Sama seperti di atas sekali lagi.
Selepas Zahid balik, adik beradik Hafez serta Abang Wahab dan Kak Sapiah Saeren datang ke rumah untuk upacara membuka hadiah Hani. Adha, Anuar, Amir serta Mukri sama-sama memberi sokongan, sorakan dan tepukan gemuruh ketika Hani membuka hadiahnya satu per satu. Benda kecil tapi dibuat bagi nampak cukup happening. Bagi aku suasana ini sangat hebat dan wajar dicontohi oleh keluarga lain pun. 

Setelah Hani membuka kesemua hadiahnya, Hafez (yang juga birthday boy) turut membuka sebuah hadiah yang diperolehinya dari mak saudaranya. Hadiah berupa sehelai t-shirt dengan design fancy, yang memang menjadi kegemaran Hafez. Kepada Hani dan Hafez, kami ucapkan selamat hari jadi dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Dan terima kasih kepada seluruh keluarga kerana telah menjemput dan melayan kami sebagai tetamu yang istimewa.

Hani happy dapat membuka hadiah misteri yang hebat.
Pakcik-pakcik kepada Hani datang untuk menambah kemeriahan sambutan hari jadi.
Hadiah selanjutnya berupa beg tangan jenama Gucci.
Masih membuka hadiah yang masih banyak.
Ini hadiah dari isteriku.
Hafez sangat-sangat-sangat tak menduga dia mendapat sebungkus hadiah.
Hafez sangat teruja, kagum, gembira, terperanjat, terkejut beruk dan terkejut gorila ketika melihat hadiahnya.
Inilah baju corak idaman Hafez sejak di bangku sekolah lagi. Akhirnya hajatnya kesampaian.
Hafez terus pakai baju ini pada malam ini jugak.

Monday, March 23, 2015

Qalif sambut hari jadi 2015

3 Februari 2015 -Pada tarikh ini, cucu saudara kami, Qalif menyambut hari lahirnya yang ke-........... enam kot? Menurut ibunya, Huda, majlis sambutan ini dibuat secara sepontan aje. Sebab tulah skalanya agak kecil. Hadirannya pun tak ramai, walaupun ramai yang dijemput. Spontan punya pasal, ramai jugak yang tak dapat hadir pasal ada urusan lain. Tak apalah. Mana yang sempat ajelah.

Berbual dengan Kak Esah. Sementara Yaya pulak berbual dengan makanan.
Cucu saudara kami - Qalif.
Koas sedang makan kentang goreng dengan perasaan terharu mengenangkan mangsa MH 17 dan MH 370.
Huda sedang berbual dengan tetamu.
Amier cuba memainkan lagu Awak Kat Mana dengan menggunakan marakas.
Sebenarnya kami tengah bersiar-siar dalam kereta kat sekitar Wangsamaju. Tetiba ternampak rumah Hafez-Huda. Terus kami singgah dan tetiba ada majlis birthday pulak. Semua tu sepontan aje. Huda pulak masa tu tengah lapar. Dia pun pergilah masak spaghetti. Tetiba bila ada orang datang rumah, teruslah dibuatnya birthday party. Ini pun sepontan jugak. Bapa kepada Qalif, Hafez pulak tengah buat air dalam gelas pasal haus. Bila kami datang, terus dia bancuh lebih sikit dan terus pukul canang sambil declare, "Hari ni adalah hari birthday Qalif!" Maka terjadilah suatu hari jadi yang sangat sepontan. He he he...

Hafez, Yaya dan Kak Esah. Hafez baru aje selesai makan.
Isteriku bersama anak saudaranya, Huda.
Bersama Huda.
Selepas dah makan macam-macam makanan yang enak-enak (walaupun spontan, tapi menunya boleh tahan jugak), kami layan tengok tv cerita Hunger Game 2. Bila nengok cerita Hunger Game ni lama-lama, makin hungry-lah pulak perut aku ni. Lalu aku makan lagi. Dari spaghetti ke pulut kuning. Dari pulut kuning ke nasi goreng. Dari nasi goreng ke french fries. Dari frenceh fries ke kuih-muih. Terus menerus aku makan. Dan sambung tengok cerita Hunger Game. Lapar pulak lagi. Makan lagi. Dan lagi dan lagi. Sampailah tiba masa untuk balik pasal masa tu tuan rumah dah nak tidur. Burung hantu pun dah berbunyi, "Hooooo... hoooo... hooooo!!!" Kat tv dah menyanyikan lagu Negaraku. Kalau setakat lagu Negaraku aje kira tak apalah jugak. Tapi ni siap ada lagu negara orang lain jugak, termasuklah lagu negara Nepal, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar. Setelah isyarat lagu-lagu negara tu berkumandang, barulah kami pulang ke rumah  dengan hati yang lapang. Terima kasih kepada Hafez dan Huda. Dan selamat hari jadi kepada Qalif.

Hafez dah lama habis makan. Tapi pinggan dan tangannya masih belum dicuci lagi bagi mengekalkan bau kari yang menusuk kalbu.
Antara kaum keluarga yang hadir pada petang itu.
Aku pun tak perasan masa bila Hafez memenuhkan pinggannya dengan makanan tambahan.
Hari jadi yang meriah, walaupun yang hadir tak ramai.