m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 2, 2011

Mengubat kerinduan main tenis

Pagi Sabtu semalam sempat lagi main tenis setelah 2 minggu aku tak sentuh reket tenis kerana ada komitmen keluarga. Yang datang pagi tu cukup ramai. Senarai pemain adalah seperti berikut: 1. Aku 2. Abang Hj Nordin 3. Abang Aziz 4. Bob 5. Abang Halim 6. Abang Md Nor 7. Samsuri 8. Danny 9. Safer 10. Syed Hakim

2 weeks memang makes a difference. Momentum permainan jadi off sikit. Confidence level pun jadi berkurang. Inilah first time aku dapat bermain dengan Danny. Danny akan mengambil masa yang sangat lama untuk buat satu serve. Namun selalu jugak service dia fault. Tapi dia punya hayun bila buat forehand top spin memang sangat hebat. Tak begitu mudah untuk return balik pukulannya. Syed Hakim walaupun cuma dapat main tenis sebulan sekali aje pun (kerana bekerja di Johor) masih konsisten dalam permainannya. Syed jugak mempunyai forehand top spin yang hebat. Kena belajar dari semua kawan-kawan tenis aku yang hebat ini.



No comments:

Post a Comment