m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, February 28, 2014

Wanie masuk sekolah Maahad Hamidiah

1 Januari 2014 - Bila masuk tahun baru sudah pastinya anak-anak kena pergi ke sekolah untuk belajar ilmu-ilmu yang patut dipelajari. Anakku Wanie jugak tak terkecuali. Memang betul, Wanie pernah pergi interview di MRSM Gemencheh. Tetapi kami masih tak tau lagi sama ada dia dapat tempat kat situ atau tidak. Jadi kami bagilah Wanie belajar di sekolah yang sama dengan sekolah sepupunya, Yana belajar dulu - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang. So far aku nengok Yana okay aje kat situ. Lagi pun Faizal Tahir pernah belajar kat sekolah tu jugak masa dulu-dulu. Kira okay-lah tu kannn...?

Wanie sedang nervous ketika mula-mula menjejakkan kaki di sekolah baru.
Wanie masih nervous.
Nak menguntum senyuman kecil pun sangat susah bagi Wanie pada saat ni.
Sebelum hari pendaftaran, kami telah menyiapkan Wanie dengan pakaian sekolah serta peralatan pembelajaran supaya Wanie selesa semasa duduk berasrama kat sana. Pakaian Yana yang Wanie muat turut diberikan kepada Wanie. Jadi kami tak perlulah beli semua barang baru. Mana yang masih boleh pakai, pakailah dulu. Selain dari menjimatkan kos, ia jugak bagi mendapatkan feel sebenar dari bekas senior sekolah Maahad Hamidiah Kajang ni.

Mendaftar kelas dan asrama.
Semua borang telah lengkap diisi.
Ramai jugak pelajar baru yang datang mendaftar pada hari ni.
Kami sengaja bawak Yana bersama pasal Yana memang dah mahir soal selok belok kat sekolah ni. Yana sendiri memang dah kata awal-awal yang dia sendiri pun memang nak ikut hantarkan Wanie. Nanti bolehlah jumpa kengkawan junior dia. Boleh jumpa dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajarnya dulu jugak. Memang Yana banyak membantu, especially masa beli barang kat kedai kooperasi, masa kemas barang kat asrama, dan masa pendaftaran sendiri.

Yana membeli barang keperluan di kedai kooperasi.
Semua orang kat kedai kooperasi dah kenal Yana. Termasuklah kucing, cicak dan lipas yang berkeliaran.
Mendengar taklimat panjang lebar dari Pengetua sekolah.
Lama jugak kami kena memanaskan kerusi kat dewan tu.
Yana dengan adik-adik junior-nya.
Tak sangka aku. Popular sungguh Yana kat sekolah ni - macam Faizal Tahir jugak.
Kami dengar maklumat panjang lebar kat dewan. Memang sekolah ni pun ada reputasi dia sendiri. Dan memang bukan calang-calang sekolah jugak sebenarnya. Setelah hampir jam 12 tengah hari, taklimat pun habis. Dan kami semua terus angkut barang ke asrama. 

Perabot kat asrama memang dah agak lama dan ada kunci penyelak yang dah rosak dan tak berfungsi. Kebetulan Wanie dapat almari yang rosak. Jadi aku kenalah pergi cari peralatan untuk memasang kunci penyelak yang baru. Siap kena beli mangga, skru driver, spanar, drill, gergaji, penukul, alatan welding dan chainsaw. Jari aku siap terluka sampai kena panggil ambulan dan bomba. Semua ini sebab nak pastikan almari Wanie dapat dikunci dengan baik.

Masih di dewan.
Serius aje semua orang.
Berkemas di asrama.
Kebetulan kunci pintu almari Wanie rosaklah pulak.
Tempat menyimpan barang tak berapa besar sangat.
Belajar bersusah-susah untuk bersenang-senang kemudian.
Kena isi borang jugak masa kat asrama.
Semua orang penat lepas berkemas di asrama.
Lepas dah siap berkemas di asrama, kami pun pergi ke kantin untuk makan tengah hari. Masa tu dah agak lewat jugak sebenarnya. Perut masing-masing dah agak kelaparan. Makanan yang tinggal kat kantin pun dah tak banyak. Kami makan apa yang ada ajelah. Kami tak makan kat luar sebab nak cepat. Lepas ni kena hantar Syahmie kat Gemencheh pulak. 

Makan apa yang ada untuk mengalas perut.
Walaupun makanannya tak berapa ohsem, tapi habis licin jugak.
Wanie tak berapa berselera nak makan. Nasi dalam pinggannya tak banyak macam selalu.
Masa tinggalkan Wanie kat asrama aku tak berasa sedih sangat. Tak macam masa hantar Syahmie dulu-dulu untuk belajar di Gemencheh. Tapi setelah beberapa hari berlalu, terbit jugak rasa rindu kat puteri sulung kami tu. Wanie pulak nampak gayanya macam bercampur baur perasaannya di antara sedih, bosan, dan nervous. Tapi kami nak dia belajar sendiri menyesuaikan diri dengan sekeliling, buat kawan baru, hidup berdikari, fokus dalam pelajaran. Aku dulu pun masa mula-mula masuk asrama kelam kabut jugak. Sama-samalah kita belajar untuk mendewasa. Sebelum beredar, aku sempat peluk cium Wanie sambil memberi kata-kata peransang kepadanya. Semoga Wanie cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.

Peluk cium sebelum meninggalkan Wanie.
Wanie tengah kontrol perasaanya. Sebab tu dia susah nak senyum.
Tak apa, Wanie. Wanie boleh balik rumah setiap dua minggu sekali.
Bergambar kenangan.
Selamat belajar jadi matang, Wanie.

Beraya di rumah Pakcik Rizali

1 September 2013 - Tiap-tiap tahun kalau beraya, kami mesti ke rumah pakcik bongsu kami - Pakcik Rizali. Cuma bezanya kali ni, mak aku tak dapat ikut pasal dia tak sihat. Mak aku baru balik dari hospital sebab penyakit DVT yang dialaminya. Mak aku cuma kirim salam ajelah kat semua saudara mara yang hadir.

Bergambar beramai-ramai sebelum bersurai. Masa ni kami baru jer sampai.
Shimi dan Pakcik Tahar pun ada jugak.
Pakcik Rizali sedang berbicara isu hangat dengan Izuddin. Isu pemanasan global.
Tasha dan Hani.
Sepupuku Zura.
Masa kami sampai, ramai jugak saudara mara dari jauh dan dekat yang ada kat rumah Pakcik Rizali. Kami biarkan tetamu yang datang awal habiskan makan dulu. Sambil tu aku sempat jugak menjenguk-jenguk kat dapur. Bukannya apa, just nak make sure masih banyak lagi makanan dalam simpanan. Al-maklumlah, perut pulak tengah lapar sangat ni.

Duduk-duduk dengan Sabriena sebelum sampai giliran aku untuk makan.
Dua orang sepupu dan sahabat karib - Saleh dan Amier.
Saleh duduk di atas monyet kutub terlalu lama, sampai penyek leper monyet kutub tu.
Amier pun join duduk atas monyet kutub. Kesian monyet kutub tu.
Sabriena selesa didukung Taufiq.
Bila line dah clear, barulah aku menerpa ke meja makan lantas mendapatkan makanan yang terhidang sekian lama, bagaikan memanggil-manggil namaku. Kebiasaannya Makcik Noorizan akan menghidangkan nasi dagang style Terengganu dan ketupat daun palas. Kalau sesiapa bernasib baik, mungkin jugak dapat merasa makan ketupat daun kelapa, ketupat daun sirih, ketupat daun ketapang, dan ketupat daun terup.

Sambil menikmati makanan yang terhidang, kami berborak-borak dan beramah mesra. Walau bagaimanapun, kami tak dapat duduk lebih lama kat rumah Pakcik Rizali pasal lepas ni kami nak ke Kalumpang pulak, kat tempat kakak iparku. Jadi kami pun mengucapkan terima kasih kepada Pakcik Rizali, Makcik Noorizan serta seluruh ahli keluarga, kerana layanan baik yang telah diberikan kepada kami sepanjang kami berada di sana, walaupun singkat.

Isteriku terpaksa memberi penjelasan panjang lebar kepada Pakcik Rizali, kenapa dia pakai baju warna oren pada hari tu.
Wanie menghadap kuih-muih raya.
Menghadap kuih sampai habis kuih dalam balang.
Shimi gembira sebab dapat jumpa ramai saudara mara.
Pakcik Rizali melambai kami semua. Bye-bye!

Thursday, February 27, 2014

Rumah Maulana cantik berhias

23 Ogos 2013 - Dari rumah Kak Yati, kami terus bergerak ke Hulu Langat untuk ke rumah sorang lagi teman lama - Maulana. Masa tu memang dah larut malam. Hampir mencecah jam 12 malam. Tapi pasal kami dah janji dengan Maulana akan ke rumahnya, maka usaha nak ke sana kami teruskan jugak. Wife aku yang dah pernah ke sana ingat-ingat lupa arah ke rumah Maulana. Tapi akhirnya kami temui juga apabila Maulana memberikan arahan melalui telefon untuk ke rumahnya.

Walaupun letih, Sabriena tetap nak menikmati malam Syawal yang hebat ini.
Mendengar cerita ibu kepada Maulana.
Wanie dah mula letih dan bosan.
Dari luar, kami nampak bendera Malaysia sedang berkibar dihembus angin malam. Lampu kebiruan turut memberi seri malam kepada laman rumah yang memang telahpun tersergam cantik. Kedatangan kami disambut baik oleh Maulana dan ibunya yang memang mengenali isteriku. Kami masuk ke dalam rumah dalam keadaan mata dan jasad yang agak keletihan. 

Ibu Maulana yang peramah.
Berbual sambil mengunyah kuih raya.
Makan kuih raya di malam raya yang larut.
Isteriku berbual dengan ibu Maulana mengenai kisah lama ketika mereka masih berjiran. Aku sekadar menjadi pendengar sambil mengunyah kerepek-kerepek yang disajikan. Sesekali kugigit kerepek pisang. Ada kalanya kuganyang pulak kerepek ubi. Sesudah itu, aku meratah kerepek bawang. Dan bila aku dah semakin kebosanan, akan kulahap kerepek kerbau dan seladang, sambil menguak panjang... Tetapi yang terlebih hebat adalah air kopi-o nya. Bergelen-gelen aku teguk air kopi. Tetapi mataku masih lesu.

Maulana the man!
Rumah Maulana sangat cantik berhias. Baik di dalam, mahupun di luar. Maulana yang memang suka berkemas telah memastikan setiap inci rumahnya tersusun dengan rapi agar tenteram hati, dan sejuk mata yang memandang. Memang hebat. Ada kolam renang kecil kat depan rumah. Seni landskapnya juga sangat hebat. Bunyi air terjun jatuh ke kolam renang tu yang membuat seleraku untuk tidur semakin membuak-buak. Setelah jam menunjukkan waktu melewati tengah malam, kami minta diri untuk pulang. Anak-anak pun dah bermata merah menahan ngantuk. Okay! Ada kesempatan, kita bertamu lagi, Maulana!

Swimming pool rumah Maulana yang sangat cantik.
Wanie dan swimming pool.
Mama, Sabriena dan swimming pool.
Blue house dan bendera Malaysia.