m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label aunty. Show all posts
Showing posts with label aunty. Show all posts

Thursday, May 21, 2020

3 Syawal 2019: Batu Belah Batu Bertangkup

7 Jun 2019 - Pada hari ketiga Syawal tahun lepas, kami beraya di rumah makcik kami di Batu Belah, Kelang. Kami ke rumah Bibik Saodah. Ini satu lagi rumah yang kami suka pergi. Bibik telah menjaga kami masa kami kecil-kecil dahulu. Jadi sampai sekarang kami sangat rapat dengan Bibik. Bibik ialah sepupu kepada Allahyarham ayahku. Sejak suaminya Allahyarham Paman Ja'i meninggal, Bibik tinggal bersama anak-anaknya di sebuah rumah yang memang dah tersangat lama didirikan.


Kami makan kuih dulu di meja hidang.

Apa saja yang dihidang, semua kami bedal tanpa banyak soal.

Dah kenyang makan appetiser.

Mendengar Bibik bersembang.

Bibik memulakan ceritanya.

Mengimbau kisah lama.

Meneruskan cerita.

Sambil memberi nasihat.

Supaya kami tidak lupa.

Amier dan Sabriena di ruang tamu.

Duduk berehat setelah perut kenyang.

Masing-masing tengok telefon.

Macam ada kisah menarik.

Bibik suka bercerita. Bibik suka memberi nasihat. Panjang nasihat Bibik. Antara yang biasa dinasihati Bibik ialah supaya kami menjaga Ibu dengan sebaik-sebaiknya. Juga supaya kami menjaga amalan dengan sempurna. Lepas tu kami pun makanlah. Kalau makan kat rumah Bibik, tak pernah kami makan sedikit-sedikit. Mesti bertambah. Mesti berselera. Walaupun menu masakannya yang simple-simple sahaja. 

Lepas makan, kami suka duduk di buaian yang telah usang. Tapi masih boleh berbuai lagi. Lepas tu mintak izin dari Bibik untuk mencari hasil tani kat kebun. Antara tanaman kampung yang kami selalu tuai termasuklah daun pucuk ubi, dan bunga kantan. Kalau ada musim, buah sukun pun kami sebat jugak. Dulu macam-macam pokok ada ditanam di rumah Bibik. Allahyarham Paman Ja'i suka berkebun. Segala tanaman semuanya menjadi. Ada jambu batu besar, ada jambu madu, ada buah nam-nam, ada ciku, ada pucuk gajus, ada belimbing buluh, ada pisang, dan ada cili padi. Malah pokok cempedak dan durian juga ada. Memang seronoklah kalau kami ke situ. Kami mohon maaf, tahun 2020 ni kami tak dapat berkunjung ke sana. Insya Allah bila rantaian covid-19 ini sudah terputus, kita sambung balik sembang kita kat Batu Belah, ya? Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


Sabriena dah mula melangkah ke luar rumah.

Sambil membaca ikrar Rukun Negara.

Sekarang kami makan menu utama pula.

Mi kari yang hebat.

Kerja kami mengunyah aje.

Masih menjamu selera.

Sabriena hirup kuah sampai licin.

Hirup lagi dan lagi.

Amier makan mi kari pun nak bergaya.

Inilah buaian usang yang masih banyak berjasa.

Merenung jauh di atas buaian.

Bergambar dengan backdrop rumah Bibik.

Kawasan rumah Bibik agak luas juga.

Isteri aku pun join bergambar sekali. Amier tumpang sekaki kat back ground.

Bergambar lagi sebelum berangkat pulang.



Tuesday, May 19, 2020

2 Syawal 2019: Di rumah Makcik Mini 1

Bahagian 1

6 Jun 2019 - Jom kita imbau kembali peristiwa beraya di kampung pada tahun lepas. Tahun 2020 ini perayaan aidilfitri sudah berubah normal. Tiada lagi ziarah-menziarahi. Tiada kunjung-mengunjungi. Tiada berkumpul beramai-ramai menzahirkan keceriaan dan kesyukuran. Itu semua tiada untuk tahun ini.

Kami mulakan raya pada hari kedua dengan bertolak ke Kuala Selangor. Kami dah berpakat dengan pakcik-makcik yang lain untuk ke Assam Jawa, ke rumah Makcik Mini yang baru! Dari Ampang Jaya, kami membawa dua buah kereta. Rombongan kami agak ramai jugaklah. Kami berasa sangat teruja untuk ke sana. Entah kenapa, tak taulah. Mungkin sebab selalunya Makcik Mini akan menyambut kami dengan senyuman mesranya. Dan kemudian menjamu kami dengan masakan istimewanya - daging salai masak lemak cili api. Dan disudahi dengan air teh tarik super kawww! Mungkinkah itu sebabnya? Mungkin juga.

Ibu dan adik sedang menjamu selera di ruang makan.

Memang sangat puas hati dengan masakan daging salai masak lemak kuning cili api.

Semua orang dah kenyang.

Giliran Pakcik Rizal dan Makcik Noorizan pula untuk makan.

Azlimi juga teruja dengan menu ini.

Hana dengan dua orang puteranya.

Masakan daging salai lemak cili api ini membuatkan Azlimi berasa ceria.

Azfar dah selesai makan. Sekarang mencuci tangan.

Wati dan Naemah meneruskan operasi makan sampai kenyang.

Dah kenyang, duduk berehat di ruang tamu.

Anak-anak bujang duduk bersedia di dapur.

Wani dan dua orang anak dara juga duduk di dapur.

Berehat di dapur juga ke?

Hisham sedang bersiap-siap untuk membuat teh tarik terbaik dalam planet ini.

Menanti dengan sabar ketibaan teh tarik terbaik.

Wanie juga sedang berehat di ruang tamu.

Yana dan Sabriena melayan telefon sebentar.

Main game gamaknya.

Siapa yang memanggil tadi?

Suasana rumah Makcik Mini juga sangat santai. Masih ada ciri-ciri kampung yang memang dirindui oleh orang-orang bandar. Kalau parit dekat depan rumah Makcik Mini tu ada air dan ikan haruan atau puyu, lagilah aku teruja tahap gaban. Benda-benda macam tulah yang aku maksudkan. Rumah Makcik Mini juga ada pokok rambutan. Walaupun cuma sebatang, tetapi kalau musim buah, lebat hasilnya. Tapi aku pun dah tak ingat sama ada pokok tu masih ada lagi ataupun telah ditebang. Dulu, aku juga kadang-kadang memetik buah terung pipit untuk dibuat ulam. Sekarang Makcik Mini ada rumah baru. Tak sabar kami nak beraya di rumah baru Makcik Mini. Tentu hebat!

Berambung...


Dua orang anak dara bersama Mama.

Berehat di atas sofa ruang tamu.

Tiba-tiba datang seorang panglima menempel. Keh keh keh...

Tema hari ini - purple muda.

Cik Lis menunjukkan sesuatu kepada Sabriena.

Bergaya di hadapan rumah pula.

Di background boleh nampak rumah baru Makcik Mini yang tersergam indah.

Laksamana Amier menemani Mamanya.

Berbual dengan Kak Mira.

Bergambar dengan Kak Mira seketika.

Aku pula bergambar di depan rumah dengan isteri.

Luas laman depan rumah.

Boleh main bola sepak.

Azfar dengan anak bujang.

Duduk di serambi rumah.

Father and son.