Lepas isyak semalam, aku dan isteri menghala ke Sri Sabah melawat ayah & mak mentuaku yang agak kurang sihat. Sesampai di sana, 3 orang kakak iparku telahpun berkumpul di ruang tamu - Kak Uda, Kak Esah & Kak Timah. Ayah mentuaku memang kelihatan letih dan lesu. Kami di sana sampai lewat malam. Kehadiran anak-anak setidak-tidaknya dapat mengubat emosi walaupun fizikalnya masih tetap lemah.
Aku dan isteri meninggalkan rumah ayah & mak kira-kira jam 12.30 malam. Sewaktu hendak pulang kami nengok kereta kami telah dihimpit oleh himpunan kereta yang menyebabkan hampir mustahil untuk kami bergerak keluar. Aku parking kereta nun di sebelah belakang. Di depannya, kereta bersusun sampai ke jalan besar. Memang dah menjadi cara penduduk di situ, kalau malam mereka akan parking kereta berlapis-lapis kerana tempat letak kereta yang sangat terhad. Tapi brake tidak ditarik agar kereta boleh ditolak ke depan atau belakang sekiranya tuan kereta hendak mengeluarkan kereta dari tempat parking. Malangnya kenderaan yang block kereta aku terlalu banyak. Ia merangkumi kereta biasa, van, kereta mewah, mpv dan sebuah kereta kebal buatan Perancis. Jenuh jugak nak kena tolak sampai 13 buah kenderaan. Nasib baik aku dah cukup makan kat rumah ayah tadi. Aku pulang dengan keringan jantan bersepah-sepah membasahi baju.
No comments:
Post a Comment