m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 29, 2011

Nak berkawan dengan negro Nigeria?

Kali pertama aku mengenali warga Nigeria ialah masa aku belajar kat Amerika dulu. Sorang tu classmate aku. Kitorang ada buat satu assignment pasal traffic planning. Cakap dia memang sebijik macam Negro Amerika. Dia kerja part time sebagai security officer. Karaktor dia okay-lah jugak. Agak humble. Cuma masa group discussion dia selalu tak datang. Sorang lagi aku kenal masa kat court tenis. Masa tu aku takda partner nak main tenis. Lalu aku nampak sorang mamat ni jalan ke hulu ke hilir bawak reket, lalu aku ajak dia main tenis. Dia memang handal. Setakat tu jelah aku kenal dia.

Kali ni saja aku nak bukak cerita pasal orang Nigeria. Kat KL pun dah kebanjiran warga kulit hitam ni. Ada yang datang sebagai student. Yang lain sebagai apa? Aku pun tak tau. Yang aku tau diorang ni memang kaki kelentong. Warga Nigeria ni memang suka merantau. Bukan saja kat Malaysia, kat negara-negara Eropah dan Amerika pun dia pergi demi mencari sesuap nasi. Tak kiralah cara yang halal atau sebaliknya.

Pada Februari 2008, boss tiba-tiba panggil aku dan cakap suruh siapkan pasport pasal nak pergi overseas. Wah, seronok jugak aku time tu. Nak ke mana? Ke Australia, New Zealand, Switzerland, Los Angeles, Korea, Jepun? Rupanya dugaanku meleset. Aku kena teman boss aku pergi Nigeria! Adus! Ada apa kat Nigeria? Mau tak mau kena pergilah jugak pasal dah takda orang lain. 


Bagi yang tak tau Nigeria tu kat mana, biar aku kisahkan sikit lokasinya. Ia terletak di sebelah barat benua Afrika. Dikelilingi negara Niger, Chad, Cameroon dan Benin. Tu jelah yang aku tau pun. Lagi satu pemain bola sepak dia ramai jugak yang beraksi di liga-liga Eropah, termasuklah liga Inggeris.


Bertolak dari KLIA kira-kira jam 11 malam dan tiba di Lagos, Nigeria kira-kira jam 2 petang waktu tempatan. Sesampainya di airport, aku dapat menyaksikan suasana "kegelapan". Bersendirian di bumi Nigeria, aku melangkah kaki dengan penuh suspen. By the way, boss aku naik kapalterbang lain - first class pulak tu. Perkara pelik pertama yang aku saksikan adalah ketika turun menggunakan escalator. Hujung escalator tu terletak dekat sungguh dengan sebuah pintu transit. Kat situlah jugak tempat orang beratur. Bila sampai bawah memang berlaga & accident-lah antara orang yang sedang beratur dengan orang yang tengah berdiri di escalator. Dari segi design layout memang fail!



Kat luar airport aku disambut oleh seorang drebar yang memegang kertas bertulis nama aku. Drebar tu suruh aku tunggu kat satu sudut sementara dia pergi ambil kereta. Jauh parking-nya. Sementara tunggu tu ada pulak satu mamat yang sangat fasih cakap Inggeris tegur aku. Aku dah mulai agak, ini mesti bala nak sampai ni. Dalam keadaan berhati-hati aku layan cakap dia. Tak lama lepas tu kereta yang jemput aku pun datang. Mamat yang cakap dengan aku tadi cepat-cepat tolong angkatkan beg aku masuk dalam bonet belakang. Aku ingatkan dia saja nak membantulah. Tapi lepas tu dia mintak duit kat aku. Bersungguh-sungguh pulak tu. Dalam keadaan terdesak dan suspen, aku bagilah nilai yang terkecil yang aku ada iaitu USD10!



Aku dibawak ke sebuah tempat penginapan yang sangat besar dan santai. Ruang dalaman yang luas dan selesa. Aku kira-kira pertukaran mata wang Malaysia, kalau tinggal kat situ satu malam bernilai RM300-RM400. Inilah satu-satunya yang best mengenai kunjungan ke Nigeria bagi aku.

Keesokan harinya, aku dan boss aku bermesyuarat dengan ahli korporat Nigeria. Lepas tu kami pun buatlah site visit. Ronda-ronda di tengah kota. Adalah suatu pantang untuk mengambil gambar atau ber-posing sesuka hati kat situ. Nanti kita akan dikerumuni kutu jalanan yang jumlahnya boleh mencapai puluhan orang. Badan sorang-sorang memang tough. Puak-puak ni akan bagi kita suspen dengan gertakan mereka. Lepas tu apa lagi, dia orang paulah minyak duit. Nasib baik mereka tak sempat pau kami waktu tu. Kami cepat-cepat masuk kereta dan beredar.



Trafik kat bandar Lagos memang teruk gila dia punya jem. Sana sini orang tekan hon. Ada sekali tu drebar kami telah buat hentian tepi jalan kat tempat-tempat yang tak berapa sesuai. (Dia berhenti pun sebab boss aku yang suruh). Lepas tu bila polis trafik nampak, apa lagi, dia tahanlah suruh berhenti. Tapi drebar kami tak nak berhentikan kereta walaupun polis tu dah berdiri kat depan kereta. Drebar kami tekan je minyak macam nak langgar polis tu sampaikan polis terpaksa beredar dalam kemarahan. Dia hentak kereta kami dan patahkan side mirror. Polis trafik kat sini tak ditakuti oleh orang awam. Badan kecik-kecik, takda senjata, belantan pun tak ada. Yang ada cuma kayu buat rumah yang dijadikan belantan. Memang tak mengerikan langsung. Drebar kami siap mencarut lagi dalam bahasa Nigeria. Drebar kami kata, kalau dia berhenti, teruk kami akan di-pau oleh polis-polis tu. Kami berterima kasih kepada drebar kami.




Aku balik ke KL setelah kira-kira 4 hari berada di Lagos. Ketika nak check-in (sorang-sorang, pasal boss aku naik kapal terbang lain), aku telah didatangi oleh beberapa orang. Dia kata kat aku kalau beratur untuk check-in mau makan berjam-jam. Lalu dia desak aku serahkan pasport aku dan dia uruskan dengan mengambil borang departure, isikan borang dan lepas tu dia mintak kat aku suruh bayar USD100. Aku terkejut hippopotamus! Dia kata lepas bayar banyak tu kastam-kastam kat sebelah dalam takkan kacau aku lagi pasal duit tu akan diagih-agihkan kepada mereka semua. Aduh! Korupsi betullah diorang ni. Oleh kerana aku dah terkena jerat, maka aku bagilah dia USD80 (setelah tawar-menawar). Itu pun mamat tu macam marah je kat aku.

Bila masuk dalam, ya, memang betul kastam pertama tak check beg aku. Tapi lepas tu ada pulak kastam kedua, seorang wanita berbadan besar. Dia periksa beg aku sambil berkata, "Do you bring anything for your friend?" Nak mintak duitlah tu. Aku siap merayu-rayu suruh dia jangan mintak apa-apa kat aku pasal kocek aku dah kering. Kastam tu akhirnya lepaskan jugak aku. Ada pulak kastam ketiga. Perempuan jugak. Dia pun pakai dialog yang sama, "Do you have anything for your friend?" Bila aku cakap tak ada, dia siap boleh jawab pulak tu, "You don't want to make friend?" Ada jugak yang nak kena penampar dengan aku nih! Setelah membuat satu lagi rayuan, akhirnya aku dilepaskan. Fuh! Lepas tu baru boleh tunggu kapalterbang. Masa tunggu kapalterbang tu, aku terjumpa seorang rakyat Malaysia yang dah lama kerja kat Nigeria. Dia kata lain kali kalau diorang mintak apa-apa, buat dirt aje sambil senyum. Aduh! Mana aku tau. Jumlah aku kena pau pada waktu tu adalah USD90. Kalau tukar duit Malaysia adalah dalam RM300. Banyak tu! 




Tapi aku bersyukur jugak dapat pergi ke Nigeria tempoh hari. Walaupun pengalamannya tak berapa indah, tapi pengajarannya sangat bermakna bagi aku. So korang kalau jumpa warga Nigeria kat KL, janganlah malu-malu. Tegurlah mereka dengan perkataan, "Do you want to make friend? Do you bring anything for your friend?" Kerana itulah budaya mereka kat negara sendiri - pau orang dan korupsi yang dahsyat!






5 comments:

  1. 999 semalam - warga Afrika kantoi tipu internet kat Kepong & Damansara.. haha :)

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang aku kalau nengok orang negro Afrika memang panas aje hati...

    ReplyDelete
  3. Negro gatal nak kerjakan perempuan Melayu. Kalo pompuan tu tanak dia akan merayu juga. Celaka punya Negro.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. lawak cerita ni , haha kawan kita ada kawin dengan orang kenya , tapi suami dia mix blood denmark X kenya, so memang scary sama je kat kenya pun mcm tu suka pau duit hahaha

    ReplyDelete