m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Friday, August 13, 2021

Sayur-sayuran musim PKP

11 November 2020 - Wabak covid-19 telah melanda negara sejak awal tahun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula sejak Mac 2020. Sejak musim PKP ni, kami memang jarang-jarang keluar rumah, melainkan ada urusan penting. Antara inisiatif kami untuk mengurangkan masa berada di luar rumah ialah melakukan aktiviti menanam sayur-sayuran di belakang rumah. Kalau ada pokok sayur sendiri, tak payahlah nak sibuk-sibuk nak ke pasar mencari sayur. Kalau dapat ternak ikan, ayam, lembu, kambing sendiri pun lagi power. Tapi ruang belakang rumah kami tanahnya banyak batu konkrit. Nak bercucuk tanam agak sukar sedikit. Jadi kami bercucuk tanam dalam pasu, dan membuat batas tanaman di ruang yang sesuai. 

Kebun sayuran kami tak tersusun rapi. Agak bersepah juga. Yang mengusahakan kebun sayur itu ialah isteriku dan pembantu rumah kami. Antara yang ada ditanam di belakang rumah kami ialah:

Kangkung, kailan, kacang tanah, kucai, kemangi, bayam brazil, serai, pandan, nanas, papaya lalat, pisang hutan, kunyit, bayam, ulam raja, cili akar, kacang panjang, kacang botor, dan macam-macam lagi tumbuhan pelbagai jenis. 

Yang paling seronok ialah apabila menuai hasilnya. Pokok-pokok yang kami tanam tu taklah segar-bugar. Tapi janji ada hasil yang boleh dimakan, kami dah rasa cukup heppi. Cuma sekarang ni, kebanyakan pokok tu dah mula layu dan kurang mengeluarkan hasil. Mungkin sebab tak dibela dengan sempurna. Apa-apa pun kami dah puas merasa keenakan hasil tanaman sendiri. Jom kita bertani!!!

Baru tuai baby kangkung dan baby kailan.

Pokok nanas ni sampai sekarang tak berbuah lagi.

Rasanya ini pokok selasih kot?

Ini ulam raja - antara favourite aku.

Bayam brazil dan bayam biasa.

Kat sini ada daun kesum yang pedas.

Kat sebelah kiri tu ada pokok papaya lalat. Sedap daunnya.


Friday, May 29, 2020

20 Syawal 2019: Di rumah menerima tetamu lagi

16 Jun 2019 - Pada hari yang ke-20 Syawal tahun lalu, kami duduk di rumah lagi. Menanti tetamu untuk hadir beraya di rumah kami. Kami tak buat open house besar-besaran. Sekadar masak sedikit juadah dan menjemput teman-teman rapat dan beberapa saudara-mara unuk dijamu. Ada sebahagian kawan dan saudara telah datang lebih awal. Yang berkesempatan, telah singgah di rumah kami pada hari itu.

Antara yang hadir pada hari itu ialah teman-teman teater kami - Along Yusry, Kak Yatie, Sadiq, Een dan Mummy. Sepupuku, Abang Wira juga datang dengan isterinya. Dan teman sepejabat isteriku, Rahma datang dengan keluarganya. Dalam kelompok kecil lebih mudah kami berinteraksi dan berbual santai. Para tetamu nampaknya mula bergerak pulang apabila waktu maghrib menjelang. Kepada semua tetamu kami pada hari itu, kami mengucapkan terima kasih kerana sudi datang beraya di rumah kami. Kami ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Mummy dan Een sedang menjamu selera.

Makan-makan di tepi dapur.

Ada sesuatu yang menggeletek hati Kak Yatie.

Bercerita tentang bahaya virus corona.

Vaccine nya masih belum ditemui.

Along Yusry memakai baju yang matching dengan warna rumah kami.

Sebahagian dari teman-teman teater kami.

Abang sepupuku, Abang Wira dan isteri.

Anak kepada teman isteriku.

Mereka ini sangat peramah dan happening.

Suka buat facial expression yang lucu.

Rahma bersama dua orang puterinya.

Bergambar bersama Rahma.

Bergambar bersama geng-geng teater.

Bergambar puas-puas sebelum berangkat pulang.



Thursday, May 28, 2020

13 Syawal 2019: Meraikan teman-teman akrab

17 Jun 2019 - Pada hari ke-13 Syawal, rumah kami dikunjungi oleh teman-teman akrab adikku. Mereka semua datang untuk beraya. Dan kami pula telah memaklumkan kepada mereka juadah yang bakal dihidangkan kepada mereka. Juadah istimewa yang tak mudah dijumpa di mana-mana. Terutama di bandar-bandar. Juadah yang tersohor di kalangan orang-orang Jawa. Itu pun di kampung-kampung sahaja. Dan bukan semua kampung masih menyajikan juadah seumpama ini. Itulah dia "nasi ambeng". Nasi putih berlapik daun pisang, dengan lauk-pauk istimewa. Ada ayam goreng berempah. Ada sambal goreng Jawa. Ada daging masak kicap. Ada ulam timun. Kadang kala ada juga kami iringkan bergedil. Dan yang paling istimewa ialah serunding kelapa spesel. Cara kami tak letak mi goreng. Tetapi rasanya tetap nombor satu! Dan sebahagian teman-teman adikku memang pernah merasa masakan ini. Dan itu adalah salah satu sebab mengapa mereka datang lagi ke rumah kami - untuk menikmati kelazatan nasi ambeng terbaik di Ampang Jaya.

Adikku bersama teman-temannya.

Ini baru sebahagian yang hadir.

Sebahagian yang lain masih lagi duduk-duduk di ruang tamu.

Ardi baru nak menikmati nasi ambeng.

Kebanyakan yang lain telah pun selesai makan.

Tetamu-tetamu kami itu kelihatannya sangat teruja dan berselera menikmati masakan nasi ambeng yang kami hidangkan. Alhamdulillah! Seronok kami bila melihat mereka makan bertambah-tambah. Ada yang kami bekalkan nasi ambeng bungkus untuk dibawa pulang. Orang Jawa panggil 'nasi berkat'. Sepatutnya makan dalam talam ramai-ramai. Barulah 'feel' dia lebih sikit. Mungkin bukan kali ini. Lain kali kita boleh cuba, ya? Terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang beraya ke rumah kami. Jika ada kesempatan yang lain, sudi-sudikanlah singgah di rumah kami lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

'Nasi berkat' untuk dibawa pulang.

Ada yang sudah hendak beredar.

Ardi dan Jali masih di sini.

Kalau tak ada urusan lain, duduklah lama sikit di sini.

Ibu, Yana dan isteriku duduk di suatu sudut yang lain.

Membiarkan para tetamu menikmati keceriaan malam raya hari yang ke-13.



Monday, May 25, 2020

5 Syawal 2019: Sepupuku beraya di rumah

9 Jun 2019 - Balik dari rumah Adib di Senawang, kami dapati sepupu-sepupuku, Abang Abu, Abang Azmi dan Suraya serta keluarga mereka sedang beraya di rumah. Meriah rumah kami pada waktu itu. Ramai yang datang bertandang memenuhi ruang tamu. Sayangnya aku tak dapat berborak lama dengan mereka kerana mereka rupanya telah lama berada di rumah sewaktu ketiadaan kami. Mereka datang untuk beraya dan bertanya khabar dengan ibuku. Keluarga ini sudah semakin besar sehinggakan aku pun dah tak berapa kenal dengan anak-anak sepupu-sepupuku itu. Tapi sangat bersyukur masih diberi peluang bertemu mereka sesekali, khususnya pada perayaan Aidilfitri ini.

Sudah mahu bergerak pulang.

Bersalaman dengan ibuku yang sedang berbaring di atas katil.

Abang Azmi datang bersama keluarganya.

Anak saudaraku - Shahir.

Isteriku sempat kempen membeli barangan Inas Global.

Produk yang baik memang senang dijual.

Sebelum beredar, kami sempat bergambar di tengah-tengah jalan secara beramai-ramai. Tak pernah kami buat sebelum ini. Kebetulan memang tak ada kereta pula yang lalu-lalang di sini. Jalan bebas dari kenderaan yang bergerak. Tetapi penuh dengan kereta yang parkir di tepi jalan. Terima kasih kerana sudi datang. Kalau rantaian covid-19 ini sudah terputus, dan negara kembali aman, bolehlah kita berjumpa dan bertanya khabar lagi. Insya Allah.


Bergambar beramai-ramai di tengah-tengah jalan.

Tak ada pula kereta yang membunyikan hon, atau yang lalu-lalang.



Friday, May 22, 2020

4 Syawal 2019: Bakso tersohor di Ampang

Bahagian 2 (Akhir)

Tetamu semakin ramai yang bertandang ke rumah kami. Majoriti di kalangan ahli keluarga. Selalunya kami menghidangkan menu soto, atau lontong kepada tetamu. Malah kadang-kadang menu yang lebih complicated seperti nasi tomato dan nasi ambeng Jawa. Tetapi kali ini kami sajikan satu menu yang sangat simple - Bakso Indonesia! Kami menyaksikan sendiri para tetamu sangat teruja, berselera dan gembira menikmati masakan bakso ini. Lebih-lebih lagi cucu saudara kami - Zarith dan Fateh. Untuk itu, aku akan memberi tahu resipi menyediakan bakso Indonesia ala Ampang Jaya.

Apa yang paling penting dalam penyediaan bakso ialah kuah supnya. Kalau kuahnya power, maka powerlah seluruh juadah itu. Kalau kuahnya tak power, maka kecewalah para pemakan bakso pada waktu itu. Untuk menyediakan kuah, perlu ada bahan-bahan berikut:

Tulang lembu secukup rasa. Sumsum tulang itulah yang akan menambahkan lagi kelemakan kolesterol dan kenikmatan ketika menghirup kuah sup itu. Tetapi kalau nak power lagi, cuba dapatkan tulang kerbau balau. Atau nak power lagi, boleh juga mencuba tulang seladang jantan. Masa zaman batu dulu, tulang dinosour T-Rex memang menjadi pilihan utama para chef zaman itu. Sejak kepupusan T-Rex, ada beberapa percubaan menggunakan tulang beruang, tulang badak air dan tulang gajah. Tetapi kurang menyengat rasanya. Sehinggalah penemuan tulang seladang rimba Khatulistiwa. Tetapi memandangkan tulang seladang sangat susah untuk ditemui, para chef Nusantara telah sepakat mecadangkan penggunaan tulang lembu sebagai rencah sup yang utama untuk membuat bakso. Itu sajalah rahsia resipi bakso yang dapat aku sampaikan. Yang lain simple aje. Buatlah sesuka hati kalian, pasti menjadi juga.

T A M A T

Dua orang hulubalang turut hadir mengawal keselamatan di sempadan rumah kami.

Jurus pendekar alam buana dibuka bagi menzahirkan aura jagat Nusantara.

Percikan auranya bisa memukau pihak lawan lantas melumpuhkan raga mereka.

"Jangan nak aura sangat. Meh dekat dengan Mama sini!" kata Eida kepada puteranya.

Seorang lagi Laksamana dan seorang Srikandi turut hadir.

Tiga orang hulubalang cilik ini mempunyai ilmu persilatan yang bukan kaleng-kaleng.

Nana sedang memangku seorang Srikandi in the making.

Tetamu berbual dengan ibu dan adikku.

Bergambar bersama Intan, Baby Zairaini dan Aliaa.

Masih bergambar dengan group yang sama.

Syafiq telah ditugaskan menjadi referee pada perjumpaan kali ini.

Syafiq menberi idea cara-cara pengendalian referee yang berkesan.

Amier duduk bersendirian tamanung manoman tanggo.

Sabriena terkhayal bila mendapat biskut cokelat kegemarannya.

Makan sampai habis satu bungkus.

Bergambar keluarga beramai-ramai.

Sebahagian daripada keluarga Kak Uda dan keluarga Kak Esah.

Amin sambung makan.

Pastikan kenyang.

Yana mengambil kesempatan untuk bergambar bersama model tudung Ariani.

Yana dan Aliaa.

Abang Hasni juga datang beraya di rumah kami.

Datang bersama Kak Ogie.

Ardy melayan Fateh dan Zarith.

Peminat bakso tegar.

Kak Piah baru selesai makan bakso.

Bergambar bersama Zila, Kak Ogie dan Kak Piah.

Satu lagi gambar sebelum bersurai.