m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 1, 2011

Ardy+Zila: Jejaka bunga - ehem!

Orang tua-tua selalu berkata, kalau ada gadis bunga, adalah juga jejaka bunga. Jejaka bunga mengikut tafsiran aku bukanlah golongan jejaka jenis lembut @ auw-auw. Mereka adalah jejaka macho, tampan, segak dan bergaya. Cuma mereka terlebih taman dalam hati. Very sensitif, mudah merajuk dan terasa hati. Kalau girlfriend tak belikan kuih karipap pun dia akan menarik muka panjang dan merajuk 3 hari 3 malam. Kalau nak memikat hati girlfriend, mereka akan guna ayat-ayat berbunga habis. Contohnya kalau nak ajak makan, jejaka biasa akan cakap, "Jom makan". Tetapi jejaka bunga pulak akan berkata, "Mari kupegang tanganmu. Bersama kita berjalan menuju laman indah dengan haruman juadah pembuka selera. Aku ingin melihat kau sejahtera dan aku akan merintih bila melihat kau kesakitan (kerana gastrik)". 

Di sini sempat aku menemu ramah 3 orang jejaka bunga yang hadir pada hari persandingan Ardy & Zila hari Ahad lalu 27 Mac 2011:

Jejaka 1 - Arman Shah Bin Huzairey  (bukan nama sebenar):
"Saya jadi mat bunga sejak saya masih bersekolah lagi pasal tolong mak ayah jual bunga. Hari-hari tengok bunga, bau bunga, pegang bunga. Tapi jiwa saya ganas, suka trash rock. Orang selalu salah tafsir saya. Saya bukan mat jiwang. Saya brutal".


Jejaka 2 - Bageo (bukan nama sebenar):
"Ya. Di gelanggang badminton, saya terpaksa mempamerkan kehebatan saya. Saya smash habis-habisan tanpa belas kepada pihak lawan. Tapi sebenarnya, saya adalah insan sensitif. Setiap kali saya menang dalam sesuatu pertandingan, saya akan bersendiri seketika. Mengambil masa untuk menangis dalam kegembiraan. Melayan emosi agar kekuatan semakin bertambah untuk pertandingan yang seterusnya. Gadis-gadis di luar sana, fahamilah saya. Saya adalah insan yang biasa seperti anda. Merintih bila terjatuh, ceria bila bahagia".


Jejaka 3 - Syafiq (nama sebenar):
"Saya memang suka bergambar macam ni. Ada bunga, nampak comel kan? Yang lain-lain no komen ya, please..."




No comments:

Post a Comment