m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label grading. Show all posts
Showing posts with label grading. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Taekwondo: Cabaran hijau!

4 Disember 2016 - Setelah berjaya melepasi cabaran tali pinggang kuning dua, Amier terus melangkah ke cabaran  yang selanjutnya - tali pinggang Hijau! Cabaran kali ini sangatlah luar biasa. Dan aku tahu, Amier sendiri sangat kurang berlatih untuk ujian kali ini. Malah masa yang diluangkan untuk membuat latih tubi juga sangat terbatas. Tiada pertapaan di gua atau gunung. Tiada latihan di gymnasium. Tiada sparring dengan teman-teman seperjuangan. Tiada makanan tonik kuat badan. Tiada ini. Tiada itu. Tiada segalanya. Tetapi Amier cekal. Terus cekal bergerak maju ke medan laga.

Para pelatih beratur untuk mendapatkan subsidi minuman susu segar dari pihak sekolah.
Duduk menanti giliran untuk beraksi.
Amier dengan wajah ganasnya telah bersiap siaga.
Nama Amier masiih belum dipanggil lagi.
Pelatih tali pinggang merah sedang cuba mematahkan kayu jati dengan menggunakan gigi.
Seorang master sedang memerhatikan para murid-murid pelatih.
Operasi mematahkan kayu jati masih lagi diteruskan.
Amier masih menanti.
Dan terus menanti.
Acara grading taekwondo diadakan di Sekolah Jalan Gurney. Memang di sinilah tempat kerabat taekwondo bersidang dan beradu kuat. Berduyun-duyun pelatih taekwondo dan para ahli keluarga hadir. Bahang acara sangat dirasakan oleh setiap yang hadir. Suasana tegang sentiasa menyelubungi gelanggang. Para jurulatih berteriak bertempek. Anak-anak berlari memekik. Ibu bapa penuh gusar dilingkungi udara yang tepu dengan keresahan. Dan acara akan dimulakan seketika saja lagi.

Ibu bapa datang memberikan sokongan kepada anak-anak.
Giliran Amier semakin hampir.
Tetapi masih belum dipanggil nama Amier.
Teacher Alice (guru taekwondo Amier) sedang memeriksa nama murid-murid.
Sebahagian dari instructor yang pernah mengajar Amier.
Para murid-murid pelatih dipanggil nama mereka. Satu per satu.
Amier menanti dengan sabar. Akhirnya namanya dipanggil juga. Amier bingkas bangun. Tiada sebarang ragu atau gentar. Gagah kaki menampungi tubuh gempal sasa Amier. Dan jurulatih memberi arahan. Tegas.

"Front upper punch!"
"Lower section block!"
"Double side kick!"
"Triple flying kick!"
"Turning kick!"

Tang turning kick tu Amier macam tak berapa konfiden pulak. Amier punya turning kick macam orang tendang bola aje. Tak macam taekwondo langsung. Tapi juri yang melihat tetap memberi markah kepada Amier. Tinggi pulak markah yang diberi oleh Master. Kaji punya kaji, rupanya tendangan side kick Amier tu sebijik macam tendangan lencong Mohd Faiz Subri yang baru dapat award Puskas Fifa baru-baru ni. Okay-lah. Tak kisahlah tu. Yang penting Amier dapat markah yang memuaskan. 

Dan setelah beberapa minggu sesudah grading, akhirnya Amier dianugerahi tali pingggang hijau kerana lulus dalam sessi grading-nya. Aku sangat berbangga dengan pencapaian Amier. Kini level Amier dah sama dengan kakaknya, Wanie. Aku terus memberi galakan agar Amier terus mendapat tali pinggang merah pada hujung tahun berada di SK Ampang. Amin.

Amier sedang beraksi.
Seluruh warga pelatih sedang mempersembahkan aksi hebat mereka.
Left hand punch. Tapi ada jugak  yang buat right hand punch.
Master sedang memberi markah kepada para pelatih.
Amier dan rakan-rakan masih lagi beraksi.
Master masih lagi memberi tumpuan kepada pemarkahan.
Ibu bapa semakin cemas.
Memberi sokongan moral kepada anak-anak.
Setelah habis grading.
Amier berasa lega.
Sangat lega. Walaupun botak.
Tiga minggu kemudian.
Amier memperolehi tali pinggang hijau. Syabas anakku!

Tuesday, December 27, 2016

Taekwondo kuning dua

10 September 2016 - Setelah melepasi tahap tali pinggang kuning pertama, kini Amier berdepan pulak dengan satu lagi ujian getir - grading untuk tahap tali pinggang kuning kedua. Lokasi yang sama di sekolah Gurney. Amier nampak tenang dan cukup bersedia. Latihan bertali arus dan latih tubi yang bertubi-tubi serta pertapaan di Gua Niah selama satu purnama tempoh hari bakal membuahkan hasil. Aku dan Syahmie yang menemani Amier turut berasa yakin dengan kemampuan Amier.

Menanti nama dipanggil untuk grading.
Ramai jugak pelajar-pelajar yang bakal diuji tahap kemahiran mereka dalam seni taekwondo.
Mengambil tempat masing-masing.
Amier sedang beraksi.
Apabila nama Amier dipanggil untuk memperagakan aksi jurus taekwondo-nya, maka Amier pun maralah ke hadapan. Tiada rasa gentar. Tiada ragu. Penuh yakin diri. Antara ujian yang perlu dilepasi Amier termasuklah mematahkan balak kayu cengal dengan diameter 1 meter. Kemudian memecahkan dinding batu konkrit setebal satu kaki. Dan akhir sekali ialah membuat turning dan flying kick berserta dengan somersault sambil menjawab soalan matematik tahap PT3. Sekali pandang nampak macam okay aje performance Amier. Dan setelah seminggu kemudian, memang jelas Amier telah berjaya melepasi halangan ini. Tahniah Amier!

Grading selanjutnya ialah tahap tali pinggang hijau. Dan kali ini ujiannya lebih mencabar fizikal dan minda.

Setelah selesai menjalani ujian yang getir.