m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Friday, February 18, 2022

Malam Gala INAS Global: Sarapan dan bersiar-siar

Bahagian 8

31 Disember 2021 - Majlis makan malam semalam memang cukup happening. Banyak hadiah yang telah diagih-agihkan kepada para tetamu yang hadir. Dan semalam juga Kak Ogie mendapat hadiah wang tunai kerana kerusi yang diduduki Kak Ogie terselit angpau berisi wang. Semua Team Adisarah Solution telah memenangi sesuatu malam semalam.

Pagi ini kami bangun awal untuk bersarapan. Perutku memang dah lapar sejak malam semalam. Sejak selesai majlis ketika lepak-lepak dalam bilik. Pagi ini aku nak makan banyak-banyak fikirku. Kalau boleh aku nak habiskan semua makanan di kaunter dan di dapur. Biar licin tanpa ada sisa. Teruja sungguh bila aku tiba di kafeteria. Juadah yang terhidang sangatlah banyak dan pelbagai menunya. Macam-macam aku makan. Roti, telur, kuih-muih, buah-buahan, western food, dan macam-macam lagi. Walaupun nafsu aku macam nak makan semua yang dihidangkan di situ, tapi perut aku bagai sudah tak larat nak menerima lagi makanan. Kopi pun aku minum dua cawan. Itu tak termasuk air buah lagi. Pergh! Cukup  kenyang aku pada pagi itu.

Isteriku dan kakak-kakaknya juga tak makan banyak. begitu juga dengan Amier. Kami lepak seketika di kafeteria untuk borak-borak kosong sebelum beredar dari situ.

Makan breakfast dengan sangat berselera sekali.

Sambil makan, sambil berborak adik-beradik.

Aku rasa Amier makan paling sedikit. Katanya perutnya sakit.

Kami duduk sangat hampir dengan kaunter makanan dan minuman.

Ada roti canai.

Nampak macam sedap. Tapi aku tak makan roti canai pagi tu.

Semua melainkan Kak Timah dah selesai makan.

Amier dah balik bilik lebih awal.

Kami pergi ke lobi seketika. Di situ kami bergambar. Ada beberapa sudut di ruang lobi yang agak menarik dan fotogenik. Di situlah kami ber-posing dan mengambil gambar. Puas bergambar di lobi, kami bergambar pula di buggy. Nasib baik tak ada kunci, kalau tidak mungkin kami dah bawa buggy tu pergi untuk bersiar-siar di kawasan sekeliling resort yang cantik ini.

Bergambar di lobi, berdiri di samping satu arca.

Arca ini melambangkan air (agaknya lah).

Kaunter resepsi berada di belakang kami.

Lobi ini sangat terbuka sekitarannya.

Di satu sudut yang lain terdapat satu ruang tamu.

Bersantai di sini memang sangat menyamankan.

Tak ada orang lain yang melepak di sini melainkan kami.

Ada lukisan yang besar di belakang kami.

Masih dekat dengan kerusi sofa.

Duduk dulu, nak hilangkan penat.

Bergambar dekat buggy.

Tak ada driver. Kalau tak boleh jugak pergi ronda-ronda.

Kak Ogie nak drive bawak balik ke rumah. Tapi buggy ni minyak dah habis. (???)

Bergambar di tiang bangunan.

Bergambar di tiang bangunan kali kedua.

Dalam perjalanan pulang ke bilik, kami bergambar lagi. Banyak sebenarnya sudut-sudut ruang yang menarik yang wajar diambil gambarnya. Tapi sekarang aku dah tak sekreatif macam dulu. Aku dah tak ambil gambar dari sudut pelik-pelik, sebab lutut aku dah ketat dan sakit. Ambil gambar sambil berdiri dan sambil duduk ajelah. Santai-santai. Kami terus bergambar sehinggalah kami sampai ke bilik masing-masing.

Bersambung...

Bergambar di deck bersebelahan dengan air pancut.

Masa ni matahari dah mula menyilaukan.

Laluan menghala ke bilik.

Banyak pokok-pokok yang cantik dan teduh.

Gambar candid satu.

Okay. Gambar tak candid.

Lepas ni ke mana kita nak pergi?

Duduk dululah sebab dah penat.

Duduk lama sikitlah, sebab dah penat sangat ni.

Ah, terus duduk ajelah. Malas pulak nak berjalan-jalan.

Apa kata kita berkhemah aje kat sini.

Tak pun kita terus beli tapak ni buat rumah persinggahan.


Friday, July 16, 2021

Cameron Highlands: Bersiar-siar di laman

Bahagian 11

26 Disember 2015 - Pagi ini kami bersarapan lagi seperti pagi-pagi sebelumnya. Kami makan makanan Malaya. Kami makan makanan timur. Kami makan makanan barat. Kami makan makanan kutub utara dan selatan. Kami makan makanan dari planet-planet lain yang mengorbit sang suria. Makan sampai kenyang, Makan sampai tersandar. Makan sampai gendut. Makan sampai muntah. Banyak tenaga yang perlu dikumpul untuk digunakan ketika mengembara pada siang hari nanti. Jom makan terussss!!!

Wanie dah selesai makan.
 
Ayam di atas kepala pun dah selesai makan.

Allahyarham Ayah pun senang hati setelah selesai bersarapan.

Ok. Makan lagi sebab dah lapar balik...

Dah selesai bersarapan, kami bersiar-siar di pekarangan hotel. Maklumlah, hari ini merupakan hari terakhir kami di sini. Siang nanti kami sudah nak check-out. Petang nanti kami dah nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Kami mengitari laman dan taman yang ada di sekeliling bangunan hotel. Melihat bangunan-bangunannya. Meninjau pohon-pohon hijaunya. Mengagumi kecantikan bunga-bunga yang tumbuh di sekitarnya. Ambil gambar banyak-banyak. Pakai kamera. Pakai handphone. Pakai mental. Pakai apa saja asal dapat dirakam dan disimpan buat kenangan yang berpanjangan.

Bersambung...

Bersiar-siar di luar dewan makan.

Matahari memancar silau, namun masih terasa kedinginannya.

Sabriena tak dapat melihat pemandangan luas kerana terhalang dengan tembok.

Banyak pokok pain tumbuh di tanah tinggi ini.

Lantai agak basah. Akibat hujan malam semalam.

Pokok ru kah ini?

Berlatar belakangkan bangunan hotel.

Tapi kami tidak menginap di sini.

Gunung-ganang terlihat di kejauhan.

Amier dan Sabriena nak melawat Hansel dan Gretel lagi.

Sambil memakan cebisan rumah ini yang sangat enak.

Kami melawat taman ros pula.

Tumbuh melata di sekitar pekarangan hotel.

Hati-hati dengan duri.

Sekuntum mawar merah.

Sekuntum mawar pink.

Bersama mawar pink.

Pokok bunga mawar sedang berbunga.

Di sekitar taman di tepi bangunan hotel.

Tumbuh-tumbuhan lain yang ada di sini.

Aku sedang mengambil gambar ulat yang paling kecil di dunia.

Kini juru gambar diambil gambarnya.