m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label daughter. Show all posts
Showing posts with label daughter. Show all posts

Monday, February 10, 2020

Hari Terbuka SK Ampang 2019

15 September 2019 - Tahun lepas, sekolah Sabriena ada membuat Karnival Hari Terbuka dengan kolaborasi beberapa badan dalam kerajaan. Sudah tentulah Sabriena berasa teruja untuk ke sana. Jumpa kawan-kawan. Main bermacam-macam game. Makan bermacam-macam makanan. Lalu aku ajak Sabriena, serta Syahmie, dan Amier untuk ke sekolah Sabriena. Kami pergi dah agak lewat juga. Tapi aktiviti masih lagi rancak berlangsung. Aku terus mendaftarkan nama kami. Setelah berdaftar, kami berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Tunggu dan lihatlah saja nanti.

Pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia.
Ada kolam renang bersaiz Olimpik. Tetapi Sabriena tak bawa baju renang.
Try jadi Tiger Woods sekejap. Jom main golf.
Sesampainya di sini, aku nampak pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia sedang berlangsung. Ramai anak-anak comel mengambil bahagian. Sabriena pun sebenarnya ada juga pakaian benderanya. Tapi pada petang itu Sabriena tidak mengenakan pakaian itu. Kami tak tahu pun ada pertandingan pakaian beragam sebenarnya.

Aku tanya Sabriena, "Nak main game apa?" Sabriena masih keliru dan rambang mata. Semua permainan kelihatannya seperti sangat menarik. Aku ajak Sabriena main mini golf dulu. Aku jadi coach sebelum membenarkan Sabriena membuat pukulan sendiri. Malangnya, kesemua pukulan yang dibuat Sabriena tidak menepati sasaran lubang. Kami tidak layak menerima apa-apa hadiah, melainkan gula-gula dari dalam balang sahaja.

Sabriena geram nak mencuba mesingan dari jenis M-16.
Pertama kali Sabriena mencuba menggunakan senjata api.
Permainan yang selanjutnya ialah menembak sasaran menggunakan mesingan, dengan peluru plastik. Aku ajar Sabriena cara-cara nak menembak. Akhirnya kesemua tin yang disusun di atas meja telah berjaya dijatuhkan oleh Sabriena. Sabriena bagai tak puas main. Sabriena main satu round lagi. Dapat hadiah belon.

Dari sini, kami beralih pula ke permainan lain - main tiup buih sabun. Sabirena main sorang-sorang sampai bosan. Macam-macam bentuk bubbles yang Sabriena buat. Ada yang kecil, dan ada juga yang besar. Sabriena berhenti bermain sebelum habis pun air sabun di dalam besen.

Memberikan fokus yang tinggi.
Sasaran dikenal pasti. Dan kaboom! Tembakan tepat ke sasaran.
Bermain dengan buih sabun pula.
Celup dalam air sabun dalam besen.
Kemudian angkat...
Dan gerakkan ke udara.
Terhasillah buih-buih sabun dari pelbagai saiz dan rupa.
Dibuat berulang-ulang kali.
Mencuba beberapa gerakan baru.
Buih terhasil dengan banyaknya.
Ada buih kecil.
Dan ada buih yang sangat besaaarrr...
Tak lama setelah itu, aku mendengar pengacara majlis memanggil pemilik beberapa nombor bertuah untuk mengambil hadiah. Aku tunggu seketika, mengharapkan nombor aku dipanggil. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, tak juga nombor kami dipanggil. Macam tak ada harapan nak kena aje. Lalu aku mencari makanan dan minuman untuk santapan kami. Oh ya! Sebelum aku dan Sabriena pergi main game, aku telah terlebih dahulu memberi sedikit duit buat Syahmie dan Amier untuk mereka gunakan bagi membeli makanan dan minuman kegemaran yang banyak terjual di situ. Setelah membeli-belah, aku ajak anak-anak balik. Aku turut membeli beberapa jenis juadah untuk dimakan di rumah nanti.

Sebeluim pulang, sempat juga kami bergambar di pagar masuk sekolah, dengan latar belakang sepanduk karnival hari terbuka SK Ampang. Lepas tu kami pun beredarlah dengan bangganya.

Pengacara memanggil pemilik nombor bertuah.
WWW 8040! Sila alihkan kenderaan anda dari bilik darjah di tingkat 2.
Nampak gayanya tak ada yang nak mengaku kenderaan itu miliknya.
Di pagar sekolah sebelum pulang.
Tiga beradik. Wanie duduk di rumah dengan Mama.
Sepanduk karnival digantung.


Friday, June 16, 2017

Birthday Sabriena di hospital

26 April 2016 - Masa ni birthday Sabriena yang ke-4 tahun. Pada waktu tu wife aku kena admit dalam wad Hospital Ampang Puteri pasal kena demam virus yang agak lama. Kalau tak silap aku lebih seminggu. Demam masih tak kebah-kebah jugak. Doktor pun pening tak sure nak rawat macam mana.

Sabriena memerhatikan kek birthday-nya.
Happy bila lilin dinyalakan.
Bergaya dengan kek.
Tiup api kat lilin.
Tapi pada hari birthday dia, aku bawaklah Sabriena melawat Mama dia kat hospital. Sempena birthday Sabriena, aku pergi sekejap ke kedai Secret Recipe kat sekitar Ampang Point untuk membeli sebiji kek. Nak beli kek kecil. Tapi macam tak ada. Jadi aku belilah separuh kek besar. Nak beli kek yang terlalu besar, nanti tak ada orang nak makan. Lagi pun aku tak cukup budget nak beli yang lebih mahal. Jadilah...

Kalau tak silap aku jugak, kawan sepejabat wife aku, Rahma ada kat Hospital Ampang Puteri jugak pasal anak dia pun warded. Jadi kami jemputlah dia anak beranak datang ke majlis birthday Sabriena yang sangat ringkas ini. Walaupun simple, Sabriena nampaknya happy. Ada nyanyi lagu birthday, dan ada tiup lilin. Happy birthday Sabriena!

Potong kek dengan Mama.
Satu kiss dari Mama.
Amier pun ada meraikan birthday adiknya.
"Semua oang tunjuk gigi!!!"

Sunday, November 2, 2014

Sesat di Putrajaya, berakhir dengan mi rebus kambing

24 Oktober 2014 - Petang itu aku ada meeting dengan pihak Bomba di pejabat Bomba-Putrajaya. Kami bincanglah pasal cara-cara nak memadamkan api kat hutan-hutan di seluruh Malaysia, dan cara-cara nak menangkap ular sawa yang kian berleluasa di bandar-bandar. Serta adakah perlu pihak Bomba menangkap ular tedung, ular kapak dan ular katam tebu selain dari ular sawa. Perbincangan pasal ular tu aje makan masa berjam-jam lamanya. Itu belum bincang pasal tangkap biawak, buaya, dan tenuk.

Sebenarnya petang tu jugak aku kena ambil Wanie pulang dari asrama. Sekolah dia kat Sg. Ramal, Kajang. Lokasi tu dengan Putrajaya taklah jauh sangat. Cuma kira-kira sepelaung Tarzan aje. Sepatutnya boleh sampai dalam masa yang singkat. Setelah habis meeting dan solat asar, aku bertolaklah ke sekolah anak aku. Masa tu dah pukul 6.20 petang. Dan masa tu jugak hujan dah mula turun. Semakin lama semakin lebat. Dan langit semakin menggelap, walaupun belum tiba waktu maghrib.

Entah kenapa, dengan suasana hujan dan gelap yang sedemikian, aku punya fikiran jadi buntu. Jalan ke Sg Ramal yang tak seberapa jauh tu aku jadi tak nampak. Yang aku nampak ialah highway ke MEX Kuala Lumpur, jalan ke Puchong, ke KLIA, ke Banting, ke Dengkil, dan ke pekan Kajang. Sebelum aku tersasar lebih jauh, aku cepat-cepat patah balik menghala ke Putrajaya. Dari Putrajaya, aku mula mencari arah. Aku cuma nak ke highway PLUS aje. Pun begitu sukar nak jumpa. Dan dalam perjalanan di tengah-tengah hujan lebat tu, kilat yang sabung-menyabung turut mengganggu konsentrasiku dalam mencari arah. Setelah hujan agak reda sikit, barulah fikiranku lebih terbuka dan tenang. Akhirnya aku jumpa jugak jalan ke sekolah Wanie. Dan aku hanya tiba di destinasi kira-kira hampir jam 8 malam. Dan kelam-kabut aku pergi solat maghrib.

Setelah solat maghrib, aku tanya Wanie, "Wanie lapar tak?" Wanie menganggukkan kepalanya. Aku ajak Wanie ke Medan Selera Sg Ramal untuk beli burger bakar. Boleh makan kat kereta nanti. Maka aku pun pergilah ke kaunter burger bakar. Ingatkan nak order sorang satu, termasuk yang lain-lain kat rumah. Tapi satu burger tu harganya lebih RM10. Jadi aku order lima biji ajelah. Sementara menunggu tu, kami orderlah minuman sikit. Dua teh tarik untuk aku dan Wanie.

Kami duduk betul-betul depan gerai yang jual mi rebus kambing. Semakin lama kami kat situ, semakin aku terasa macam nak order sepinggan mi rebus kambing. Maka aku pun order-lah mi rebus kambing. Satu makan, dan satu bungkus, untuk dibawak balik ke rumah. Bila sampai aje mi rebus kambing tu kat meja kami, aku terus bahagi dua. Separuh untuk aku, dan separuh lagi untuk Wanie. Ketika makan tu, terasa macam sedap yang teramat sangat. Memang mi rebus tu mempunyai bau kambing yang sangat kuat bagaikan Badang. Sehinggakan orang-oang yang duduk di meja bersebelahan tertoleh-toleh ke arah kami, menyangkakan ada kambing tersesat di medan selera.

Ketika nak pulang setelah selesai makan, kami dikerumuni sekawan kambing yang menyangkakan kami ini adalah sebahagian dari mereka. Mungkin bau kambing yang super power tu telah menyebabkan kambing-kambing jalanan itu berfikir bahawa aku ini adalah ketua mereka yang selama ini telah menghilang. Puas jugak aku meng-explain bahawa aku adalah seorang insan biasa, bukannya kambing seperti mereka. Barulah kambing-kambing tu beredar dari kami. Dan ketika kakiku melangkah untuk masuk ke dalam kereta, kawanan kambing itu siap melambai-lambai kepada kami dengan harapan akan bertemu lagi dengan kami satu hari nanti.

Inilah hidangan super power mi rebus kambing.