m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, December 30, 2012

Berunding dengan Din Sakun

Pada hari yang sama aku bermain tenis dengan Eke, si warga Nigeria, kawan lama aku, yang jugak room mate aku masa kat MRSM, Din Sakun namanya, telah datang ke court bersama anaknya, untuk berjumpa denga aku dan Syahmie. Anak Din Sakun dapat tawaran interview kat MRSM Ulul Albab Gemencheh. Jadi mereka nak jumpa Syahmie untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat dan berkongsi pengalaman tentang kaedah temuduga yang dilangsungkan di MRSM Gemencheh. Sementara aku dan Din Sakun bercerita pasal hal-hal kebapaan, Syahmie dan Afiq (kalau tak salah aku nama anak Din Sakun) pula berbincang soal cara-cara nak menempuh saat-saat ditemuduga.

Syahmie duduk di tepi gelanggang menengok orang main tenis.
Afiq: Macam mana nak bersiap sedia untuk pergi interview ni, bang?
Syahmie: Errr... Kita perlu mempunyai fokus yang mendalam. Jati diri kena ada. Pokok jati pun kena ada jugak. Selain dari tu, konfiden kena tinggi.
Afiq: Macam mana nak dapat semua tu, bang?
Syahmie: Kena makan telur setengah masak dua bijik sebelum berangkat ke Gemencheh. Kena pumping seratus kali. Mandi pagi kena pakai air limau nipis. Lepas mandi dan pakai baju, pergi tengok cermin, dan cakap pada cermin tu, "Kau sapa? Ada apa hal? Apa tengok-tengok?" Lepas tu boleh straight naik kereta dan pergi interview.
Afiq: Waaahhh... Hebat sungguh! Terima kasih, bang. Nanti saya akan try petua yang abang bagi. Terima kasih banyak pasal bagi saya tips untuk interview tu.

Syahmie sedang memberi motivasi kepada Afiq dan Din Sakun sekali gus.
Sessi motivasi dah selesai. Tapi Afiq terus mengagumi Syahmie. Tak berkelip matanya menengok Syahmie.
Semua itu telah berlaku agak lama dulu. Maknanya by now, Afiq telah pun menjalani interview dengan jayanya. Harap-harap nanti dapatlah anak Din Sakun belajar sama sekolah dengan anak aku kat Gemencheh, dan menjadi kawan baik masa kat MRSM nanti. Kami doakan yang terbaik untuk semua.

Aku dan kawan baikku - Din Sakun.

Thursday, December 27, 2012

Kenalan baruku orang Nigeria

Beberapa minggu lepas aku turun ke gelanggang Titiwangsa untuk bermain tenis dengan kengkawanku. Sedang kami memanaskan badan di gelanggang, tiba-tiba muncul seorang warga Negro yang membawa bersamanya beg tenis, duduk di tepi gelanggang. Mula-mula kami mengabaikannya. Kemudian Abang Haji Nordin yang agak kehairanan menanyakan warga Negro itu, "Which court did you book?" "I didn't book any court. This is the first time I come here." Mendengarkan jawapan yang diberikan, kami pun mengajaknya bermain tenis bersama kami. Setelah agak puas bermain, barulah aku mendekati warga Negro itu dan bertanya, "What's your name?" "Eke", jawabnya ringkas. "You're from which country?" "Nigeria". Tepat agakanku. Lantas aku menyuruhnya masuk ke gelanggang dan bermain tenis bersama kami.

Foong dan Eke di gelanggang.
Eke, bukanlah pemain yang hebat. Tapi pukulannya agak mengelirukan jugak, terutamanya pukulan servis - underspin dan melencong. Aku yang partner dengan Syed Hakim kalah kepadanya yang berpasangan dengan Foong. Kami tak banyak berbual dengan warga Nigeria itu. Setelah tamat waktu tempahan gelanggang, Eke mintak diri dan berlalu. Aku rasa kawan-kawanku yang lain juga sependapat dengan aku. Mungkin Eke bukanlah seorang warga Nigeria yang kaki penipu a.k.a. Mr Conman. Tapi sekadar berhati-hati, kerana reputasi warga Nigeria memang tak begitu baik di pandangan masyarakat Malaysia. Aku harap Eke bukan salah seorang dari kelompok yang jahat itu. Apa-apa pun, kami telah memperlihatkan kesantunan budi bicara warga Malaysia terhadap seorang pelancong asing yang kami sama sekali tak mengenalinya. Inilah cara orang Malaysia melayan tetamu-tetamunya.

Syed dan Abang Aziz tumpas kepada Eke dan Foong.
Syed Hakim dah lama tak turun gelanggang.

Hari jadi dan Encik Badut

Pada beberapa minggu sudah, kami mendapat jemputan dari seorang kawan ofis wife aku, Ana, ajak ke rumah dia bagi meraikan majlis hari jadi anak dia. Maka pada hari yang telah ditetapkan tu, kami pun pergilah ke sana, kat kawasan Putrajaya. Kami sampai tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. Tetapi para tetamu yang lain telah ramai memenuhi ruang majlis.

Tema majlis hari jadi - Spiderman!
Sampai-sampai aje, kami terus makan.
Kami terus dijemput duduk dan makan segala jenis makanan yang terhidang. Memang banyak betul menu makanan yang disajikan kepada para tetamu. Dari masakan Melayu kepada masakan western. Semua ada. Yang aku sempat ambil termasuklah roti jala, sosej, pulut durian, kuih-muih, buah-buahan dan makanan saduran cokelat menggunakan chocolate fountain. Ada jugak tapai ubi yang aku plan nak makan, tapi terlupa nak ambil sampailah kami beredar dari rumah kawan kami tu.

Sabriena releks aje dipangku Azleen.
Makanan kegemaran ramai - pulut dengan kuah durian.
Majlis yang disambut agak sederhana tu dimeriahkan lagi dengan adanya seorang badut yang mengendalikan acara sampingan untuk anak-anak. Ada game yang macam-macam, ada silap mata dan ada cerita kelakar yang dikisahkan oleh encik badut kepada anak-anak semua. Dan bebudak nampaknya sangat terhibur dengan kehadiran encik badut tu.

Anak-anak sedang main game bola beracun.
Encik Badut - walaupun mukamu tidak ku kenal, tettappey lobang hidong mu tottap menjadi pojaan hattey ku!
Sabriena dapat belon special dari Encik Badut.
Wanie makan strawberi bersalut cokelat.
Anak-anak main game musical chair.
Encik Badut pun main game musical chair sekali.
Game ni memerlukan penyertaan ibu dan anak.
Konsep hari jadi pada hari tu ialah 'Spiderman'. Atas kek ada Spiderman. Contengan pada muka pun ada wajah Spiderman. Malah ada para tetamu yang datang pakai baju Spiderman. Kami menunggu jugak kot-kot Spiderman yang betul-betul punya nak tiba kat majlis tu. Tunggu punya tunggu, Encik Spiderman tak jugak datang. Yang datang cuma spider aje.

Kek hari jadi. Encik Spiderman duduk tertenggek pasal terlalu penat melawan penjenayah.
Acara kemuncak pada majlis tu ialah acara memotong kek. Semua para tetamu dan anak-anak berkumpul di laman. Kek hari jadi telah dipasangkan lilin. Dan lagu hari jadi pun dinyanyikan. Semua tetamu berdiri tegak, bagaikan sedang menyanyikan lagu Negaraku. Beberapa lagu lain turut dinyanyikan seperti lagu Keranamu, Janji Ditepati, Satu Malaysia, dan lagu Jalur Gemilang. Semua ini dinyanyikan sebagai persediaan untuk menyambut hari pilihanraya umum yang entah bila tarikhnya.

Bersiap sedia untuk menyanyikan lagu Happy Birthday.
Menunggu rakan-rakan berkumpul di laman.
Masing-masing meletupkan mercun penghambur serbuk warna-warni.
Ruang udara dipenuhi serpihan warna-warni.
Emre dengan ibu bapanya.
Menyanyikan lagu Happy Birthday.
Nyanyi lagu Negaraku pulak.
Bergambar dengan teman-teman dan saudara-mara.
Anak-anak tak sabar menanti kek dipotong.
Encik Badut yang selalu buat majlis bertambah ceria.
Satu lagi shot. Ok. Lepas ni potong kek.
Amier menggunakan chocolate fountain.
Dessert penutup buat kami.
Encik Badut buat magic show.
Yana gembira dapat ice-cream.
Sebelum pulang, kami dibekalkan dengan pemberian berupa juadah ringan untuk kanak-kanak seperti gula-gula dan cokelat serta party pack. Isteriku sempat berborak-borak dengan kengkawan ofisnya, sementara aku melayan anak-anak dan turut melayan perut dan tekakku yang inginkan makanan yang pelbagai yang dihidangkan. Kepada Ana dan suami, kami ucapkan terima kasih. Kepada Emre, kami ucapkan selamat hari lahir. Umurnya aku tak tau pulak berapa tahun. Anyway, terima kasih daun keladi.

Isteriku berborak dengan rakan-rakannya.
Berkumpul dengan teman-teman ofis sebelum balik ke rumah time maghrib.

Wednesday, December 26, 2012

Badminton anak-beranak

Kami masih bermain badminton dari minggu ke minggu. Masa mula-mula aku buat booking court hari Rabu dulu, memang tak ramai yang boleh datang. Mungkin hari Rabu tu hari semua orang sibuk kot. Malah aku sendiri pun selalu datang lewat ke gelanggang, pasal biasanya pada hari Khamis aku ada meeting dan presentation besar jumpa client. Jadi hari Rabu tu aku akan kelam kabut menyiapkan apa-apa yang patut sebelum meeting. Tapi lama-kelamaan, menjelang tahun baru, telah semakin ramai saudara mara yang datang main badminton balik. Suasana kembali ceria macam dulu-dulu. Dan pastinya masa musim cuti sekolah ni, anak-anak aku, Syahmie dan Amier akan join sekali ke gelanggang. Wife aku pun kekadang ikut kami minum-minum selepas habis game.

Isteriku ikut minum-minum kat gerai berdekatan.
Ali dan Amin - dua sepupu yang bukan berjiran, tetapi seperti adik-beradik.
Ada satu minggu tu Amier ikut pergi minum. Dia nak order fish & chips. Tapi mama dia tersalah order spaghetti. Bila spaghetti sampai, Amier kata bukan dia punya pesanan. Tapi dia bedal jugak spaghetti tu. Lepas tu dia suruh mama dia order jugak fish & chips. Dan bila fish & chips sampai, itu pun dia bedal sama. Waaahhh! Banyak betul Amier makan pada malam tu! Lepas tu dia tersandar tak selesa pasal perut dia dah keras pasal terlalu kenyang. Untuk Januari tahun depan, aku mungkin kena try booking court hari lain kot. Bukan hari Rabu. Tapi bergantung jugak pada kekosongan yang ada. First come, first serve. Pokok pangkalnya, setiap minggu mesti kena ada harinya untuk kami exercise dan berkumpul ramai-ramai sesama anak-anak buah, biras dan ipar-duai.

Amin dan Syahmie.

Betul punya mamak

Cuba gostan balik ke cerita pasal makan kat kedai mamak yang salah hari tu (rujuk http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/12/salah-mamak.html) yang pernah aku ceritakan kat korang dulu. Rentetan dari kejadian itu, kami telah sekali lagi mencuba cari kedai makan mamak yang menjual roti nan yang sedap dan hebat tu. Selepas melawat Kak Long yang kurang sihat di Hospital Pakar Damansara, kami terus merayau-rayau di sekitaran Taman Tun Dr Ismail. Kali ni haluan kami lebih tersusun setelah mendapat panduan dari Abang Zai yang memang arif benar pasal lokasi kedai makan mamak yang kami maksudkan tu. Sebenarnya kedai tu terletak sangat berdekatan dengan Hospital Pakar Damansara. Jalan kaki pun boleh.

Di luar Restoran Mosin.
Sedang menikmati juadah yang hebat. Mata Wanie terus menjeling ke arah roti nan special tanpa berkelip walau untuk seketika.
Dan akhirnya kami pun berjaya menjejakkan kaki ke kedai yang bernama Restoran Mosin. Sejurus masuk ke dalam kedai, isteriku pun berkata, "Haaa... inilah dia kedai yang jual roti nan sedap tuuuuu!!!" Kami terus cari tempat duduk. Masa tu orang tak berapa ramai sangat. Jadi, servis mestilah cepat kot. Isteriku menanya seorang mamak yang ambil order, "Roti nan Maharani ada?" "Maharani tada. Mumtaz ada. Taj Mahal juga ada", jawab mamak tadi. Dan kami pun diberikan menu untuk kami memilih makanan. Kami order maggi goreng, sup kambing, roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal. 

Ini adalah roti nan Taj Mahal yang sedap, tetapi mahal sangat.
Syahmie bersama sup kambingnya yang berasa seperti sup badak air.
Tak begitu lama menunggu, akhirnya makanan pun sampai. Maggi gorengnya memang agak sedap jugak berbanding beberapa kedai mamak yang pernah aku kunjungi. Tapi sup kambingnya agak menghampakan. Pesan aku, kalau ke sini jangan order sup kiambing. Memang tak kaw langsung. (Tokey kedai mamak ni mesti marah kat aku kalau dia tau aku cakap macam tu pasal sup kambing dia). Dan yang paling lambat sampai ialah roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal. Roti nan Mumtaz ada letak sayur kat atas dia. Roti nan Taj Mahal pulak ada letak ayam tanduri kat dalam dia. Memang sangat enak kedua-dua roti nan tu. Kuah dia pun sangat sedap. Cuma tang harga dia aje yang tak berapa nak sedap. Agak mahal. Mumtaz berharga RM6.00 manakala Taj Mahal berharga RM13.00 sekeping. Aku nak sarankan kat tokey kedai suruh tukar nama roti nan tu kepada Taj Murah. Barulah harganya akan jadi murah jugak. Kalau nama Taj Mahal, sampai bila-bila pun akan sentiasa jadi mahal. Walau bagaimanapun, kami sangat puas hati makan kat situ. Semuanya sedap-sedap belaka. (Melainkan sup kambing). Jom datang ke sini dan try dia punya roti nan!

Amier makan maggi goreng dan roti nan special sekali gus.
Ini roti nan Mumtaz - aku punya favourite!

Tumfuk-tumfuk taik unta!

Sebenarnya ana bukan nak kisahkan fasal itu taik unta laa. Tapi ana mau cerita fasal itu daging unta laa. Satu hari, ana punya kakak ifar sama dia punya suami sudah balik dari bikin haji laa. Dia ada bawak itu daging unta laa, unta laa. Itu daging unta sudah bikin masak itu kicap laa. Bikin macam itu Melayu funya masakan laa. Ana pun ada cuba rasa laa. Itulah kali fertama ana rasa unta masak kicap laa. Boleh tahan jugak dia punya rasa laa. Sekali makan ada sikit-sikit macam itu rasa kijang Afrika laa. Dua kali makan ada rasa macam itu badak sumbu safari daa. Selepas ana makan itu unta, ana ada rasa ana punya badan macam ada itu bunggul laa. Itu macam unta punya bunggul laa. Bila ana feriksa sama itu tabib, itu tabib kata, itu bukan bunggul laa. Itu cuma anak funya ferut sudah buncit makan banyak sangat daa... Tak afa laa. Nanti ana mau main badminton ini malam kasi kemfis ana punya bunggul laa...

Ini masak unta kicap banyak sedap laa...

Hotel kucing

Ingat lagi tak cerita sekor kucing kami bernama Brownie dengan anak-anaknya dulu? (Rujuk http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/11/anak-anak-brownie.html)? Bila anak-anak Brownie yang tiga ekor tu meningkat dewasa, maka najis yang dihasilkannya jugak semakin dewasalah, selari dengan perkembangan fizikal anak-anak kucing tu. Asalnya kami tempatkan sarang kucing dua tingkat tu kat porch rumah. Masalahnya, bila orang atau tetamu keluar masuk rumah, pastilah akan terhidu bau yang kurang enak yang terbit dari sisa kumbah kucing-kucing tadi. Yang pasti, ibuku memang selalu komplen pasal bau busuk najis kucing yang meresap masuk ke dalam biliknya yang terletak di bahagian depan rumah.

Akhirnya isteriku mendapat satu idea. Dia mencadangkan dibuat satu rumah kucing kat belakang rumah, dekat dengan pokok nangka dan pokok pisang. Kat situ rasanya lebih sesuai diletakkan rumah kediaman kucing tersebut. Maka kami pun buatlah lakaran pelan, dan panggil kontraktor untuk menyiapkan rumah kucing yang bak hotel tu. Rumah kediaman kucing tu ada tiga tingkat semuanya. Dipagari dengan dawai kalis penceroboh untuk keselamatan kucing-kucing tu dari ancaman ular sawa atau biawak yang ada kalanya berkeliaran di belakang rumah. Bumbungnya diperbuat daripada zink kalis ribut, siap dengan penebat insulasi dan panel akustik supaya tidak bising bila hujan turun. Struktur bangunannya pulak dari kayu cengal gred A bagi memastikan ia tak dapat dijamah anai-anai yang memang banyak kat kawasan rumah kami. Bagi kegunaan turun naik kucing ke tingkat-tingkat lantai, disediakan tangga mengikut piawaian SIRIM dan Undang-undang Kecil Bangunan 1984. Aku ingat nak letak lif dan eskalator sekali. Tapi sayang, badjet aku tak mencukupi. Lantainya pulak menggunakan kemasan jubin marmar bagi menyerlahkan lagi kehebatan rumah kucing tadi. 

Dan kini, kucing-kucing kami berasa sangat selesa menetap di situ. Tak kira panas atau hujan, mereka tetap gembira dan berasa selamat. Bila anak-anak kucing tu dah meningkat dewasa, barulah akan kami lepaskan mereka ke alam semula jadi seperti kucing-kucing kami yang lain jugak.

Rumah kediaman kucing kami - Brownie dan anak-anaknya.
Ayam-ayam selalu datang menziarah dan bertanya khabar.

Hang nak pi mana!?

Anak saudara aku, Farid Mansor memang sangat popular masa dia belajar kat MRSM Merbok, Kedah dulu. Kengkawan dia selalu datang rumah ramai-ramai, bermalam dan buat lawatan kat KL. Walaupun kengkawan Farid ni duduk jauh di sebelah utara, namun mereka tetap turun ke KL nak lepak-lepak dengan Farid.

Sekarang Farid dah masuk universiti. Tapi kengkawan dari utaranya masih jugak datang turun ke KL nak jumpa Farid. Kekadang untuk tengok bola sama-sama. Kekadang sekadar nak lepak-lepak aje. Lebih sebulan lepas, ada kira-kira lapan atau sembilan kawan Farid datang KL. Mereka makan malam kat rumah kami. Semua datang dari utara. Ada yang dari Kedah, ada dari Penang, ada dari Perak, ada dari Perlis, dan yang paling jauh datang dari kutub utara. Pokok pangkalnya, semua dari sebelah utara. Kalau dah berkumpul tu, masing-masing akan speaking loghat utaralah. Termasuklah Farid sekali. Aku rasa sampai beranak pinak pun geng-geng ni akan selalu bersama. Samalah macam geng-geng sekolah menengah aku jugak (MRSM Kota Bahru).

Kawan-kawan Farid semuanya kuat makan. Sama macam Farid jugak.
Tulang ayam jugak habis dimakan. Bagaikan piranha.
Mereka ni semua rajin bertegur sapa.
Farid (tengah) sedang melayan kengkawannya.
Kawan kamcheng hingga ke anak cucu.
Kumpulan gagak hitam kot???