m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label impiana. Show all posts
Showing posts with label impiana. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Di Impiana berbuka puasa

14 Julai 2014 - Masa ni bulan puasa. Kalau bulan puasa memang ada saja orang yang belanja makan. Maka ini kisah orang belanja kami makan berbuka puasa di sebuah hotel bernama Hotel Impiana. Inilah hotel yang menjadi impian banyak masyarakat sedunia pada zaman ini.

Meratah gearbox yang diambil dari kereta Misubishi Eclipse Turbo.
Amier sekadar meratah udang harimau malaya.
Sedang enak menjamu selera.
Macam-macam makanan kami dah makan.
Seronok makan berebut-rebut macam pelarian. Penambah selera.
Ayam panggang, kambing golek, kerbau salai, badak stim, semua habis kami makan.
"Apa komen anda semua mengenai makanan ini?" "Nyomp-nyomp-nyomp".
Kami pergi ke Hotel Impiana dengan membawa dua orang anak kecil kami - Amier dan Sabriena. Kakak dan abang mereka tengah belajar di asrama. Jadi, tak dapat ikutlah. Di ruang makan, kami telah terlihat sebegitu banyak sekali makanan yang dihidangkan untuk orang-orang yang lapar kerana berpuasa. Kami mengambil tempat duduk bersama-sama dengan teman-teman sepejabat wife aku. Agak sempit, tapi kami tak kisah. Yang penting ialah makanan yang bakal kami nikmati sebentar lagi.

Amier menghirup air kelapa daging. Errr... maksud aku kelapa gading.
Inilah rupa sup gearbox dari bapak seladang Afrika.
Antara makanan yang terawal yang aku makan ialah sup gearbox. Pergh! Besar sungguh gearbox yang dimasak. Selain sup gearbox, turut dihidangkan sup steering lock, sup absorber dan yang paling sedap sekali ialah sup carburator. Sup tu memang sangat sedap dan enak pasal ia dimasak dengan menggunakan minyak diesel. Slrrruppp!!!

Chef sedang mengopek kulit durian 'musang queen'.
Pemuzik sedang menyanyikan lagu Rock You Like A Hurricane.
Lagu selanjutnya adalah Stairway to Heaven.
Sekarang baru boleh nyanyi lagu asli berjudul Sri Mersing.
Selain dari sup gearbox, ada jugak durian yang terbaik dari ladang. Puaslah kami makan durian. Duriannya pun kira yang paling kelas sekali. Banyak jugak aku makan, sampai macam nak muntah. Tapi kalau nak makan durian tak boleh dibawa masuk ke dalam dewan hidangan. Kena makan kat luar outdoor aje. Kira macam makan kat tepi jalanlah. Tak kisahlah tu. Yang penting makanannya, bukan tempat makannya.

Menikmati masakan ketam bercili.
Banyak yang dah berhenti makan.
Pusingan terakhir sebelum pergi solat maghrib.
Selain dari tu ada jugak halua telinga iaitu dendangan lagu-lagu Melayu yang dialunkan oleh kumpulan pemuzik dan penyanyi jemputan pihak hotel. Lunak jugak dendangan kumpulan pemuzik tu. Agak santai nyanyian penyanyinya. Memang sesuailah dimainkan pada malam yang sebegini.

Setelah kami puas makan, dan berborak-borak dengan kenalan yang turut hadir, kami pun beredarlah dari situ dengan perasaan yang sangat happy pasal dah kenyang. Kalau dijemput, kami akan datang makan lagi di sini. Sekian terima kasih.

Amier minum air pink.
Air ni rasanya macam sirap bandung bercampur jambu batu bercampur strawberi.
Sabriena bermulut comot sebab makan aiskerim.
"Awak nak rasa sikit?" tanya Sabriena.
"Tak bolehlah. Ini semuanya saya yang punya. My icecream".
"Mmmmmmmm... Sedapnya!"
"Saya nak minum air pink".
"Air pink akan diminum oleh saya".

Sunday, December 22, 2013

Buka puasa di Hotel Impiana

30 Julai 2013 - Kita berpuasa dalam bulan Ramadhan kira-kira dekat lima bulan dulu. Lama dah tu. Maknanya kisah ni adalah kisah lamalah. Ini kisah masa kami berbuka puasa kat Hotel Impiana suatu ketika dulu. Ada company yang belanja makan sebenarnya. Yang datang iftar pada hari tu cuma aku, wife aku, Wanie dan Amier. Makan kat Hotel Impiana sedap jugak. Tempat makan untuk berbuka puasa dia pun kira besar dan luas jugak. Sampai bertingkek-tingkek level dia.

Ada air kelapa. Ada jugak jelly kelapa. Kedua-duanya enak dimakan.
Menanti azan maghrib berkumandang.
Wanie tak sabar-sabar nak berbuka puasa.
Dah azan! Jom mulakan makan!
Amier dah makan nasi goreng. Perut dah kenyang.
Korek isi kelapa pulak.
Dessert kegemaran Amier sudah pastinya aiskerim.
Wanie makan sejenis sup.
Aiskerim perasa mint ni memang sangat hebat.
Ikan salmon mentah. Kalau lalu, cubalah makan.
Yang lebih hebat, lepas makan makanan berat, boleh makan durian pulak lagi. Macam-macam spesis durian ada disediakan. Aku dapat rasa makan durian 'udang merah'. Memang sebijik rasa udang! Cuma sayangnya masa tu aku dah agak kenyang. Maklumlah, makan nasi berlauk banyak sangat. Jadi time nak makan durian tu aku macam dah tak berapa larat. Kalau aku tau kat hotel tu ada durian, sudah tentu aku makan nasi sikit aje. Baru aku boleh tibai makan durian sampai sepuluh biji. Durian yang disajikan pulak tu bukan durian yang biasa-biasa. Tapi durian yang datang dari Eropah dan Alaska pun ada. Yang datang dari planet Uranus pun ada!

Penutup makan.
Ada dendangan lagu kat ruang bawah hotel.
Dessert durian - inilah yang paling hebat sekali.
Wanie dan Amier di warung buah-buahan tempatan.
Bergambar ibu dan anak.
Banyak lagi makanan yang sedap-sedap. Tapi selera dah tertutup pasal dah terlalu kenyang sangat.
Wanie sangat gembira dapat makan macam-macam kat hotel.
Di ruang bawah ada jugak sebuah kumpulan muzik mainkan irama tradisional buat halwa telinga. Berhibur sambil makan-makan. Sebelum balik, wife aku sempat berborak-borak dengan kawan-kawan ofis dia. Aku dan anak-anak sambung makan benda yang ringan-ringan. Sampai macam nak muntah pun ada jugak. Tapi kami memang puas makan berbuka pada malam tu. Terima kasih kepada sesiapa yang membelanja kami makan.

Semangat raya perlu dipersembahkan.
Dah kenyang makan. Kini masa untuk pulang.
Amier nak tahan teksi ke?