m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label boss. Show all posts
Showing posts with label boss. Show all posts

Wednesday, February 5, 2020

Happy Birthday Boss!

11 Oktober 2019 - Kira-kira 56  tahun dahulu, pada tarikh ini, lahirlah seorang bayi comel di sebuah pekan di Melaka. Bayi itu menjadi sumber kegembiraan pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi. Bayi itu telah diberi nama Jalid. Kini bayi itu telah dewasa. Telah menjadi seorang arkitek yang berjaya. Dan telah membuka sebuah firma arkitek bersama rakan kongsinya.

Hebat tak intro aku? Hahaha... Sehari sebelum tarikh hari jadi bossku, En Jalid, kami ada satu perbincangan kecil di bilik mesyuarat di pejabat kami. Bossku yang seorang lagi, Puan Amna juga ada di situ. Selepas habis berbincang, tiba-tiba Puan Amna membawa masuk sebiji kek hari jadi dan disuakan kepada En Jalid. Macam satu kejutan jugalah buat birthday boy. Setelah mengucapkan terima kasih, kek terus dipotong halus. Dan kami memakan kek itu dengan gembiranya. Sedap jugak rasanya. Puan Amna juga telah menghadiahi En Jalid dua buah buku bertajuk Tamadun Melayu dan Tamadun Islam.

En Jalid merenung kek hari jadi dengan penuh pertanyaan.
Pertanyaannya adalah: "Patutkah aku makan sendiri, atau berkongsi dengan yang lain?"
En Jalid meminta pandangan yang lain.
Puan Amna mencuba mencari jawapannya dalam buku.
"Jawapannya ada di muka surat 36," kata Puan Amna.
En Jalid menyelak muka surat 36.
En Jalid berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Lantas kek terus dipotong.
Dan diagih-agihkan kepada semua yang hadir.
Kek red velvet diletakkan di dalam piring kecil.
Berhati-hati.
En Jalid kini sedang cuba mengutarakan soalan yang kedua: "Patutkan aku bawa balik baki kek ini atau kutinggalkan saja di ofis?"

Pada hari berikutnya, En Jalid pula yang telah bermurah hati membelanja kami makan pizza dan ayam KFC bersama staf ofis yang lain. Kek hari jadi telah dibeli oleh salah seorang staf untuk meraikan En Jalid. Kami beramai-ramai menyanyikan ladu Happy Birthday buat En Jalid. Nyanyian kami telah diiringi oleh orkestra muzik yang dipimpin oleh Datuk Ramli MS, serta suara latar oleh Kumpulan Koir Nasional. Sangat meriah nyanyian itu, dan sangat merdu. En Jalid tidak berucap apa-apa selain menjemput kami semua untuk makan sampai puas dan kenyang. Oleh kerana kami semua merupakan staf yang sangat patuh kepada pemimpin,  dan komited kepada kerja, maka kami pun terus berasak-asak mendapatkan makanan dan melunaskan segala arahan dari En Jalid dengan hati dan mulut terbuka. Buuuurrrrppppp!!!! Ahhhhhh..... Alhamdulillah... Begitulah kisahnya.

En Jalid sedang memastikan semuanya in order.
Berdebar-debar menanti saat untuk memotong kek.
Kegembiraan terpancar di wajah.
Seronok dapat meraikan majlis hari jadi bersama staf-staf yang disayangi.
Bergambar bersama staf. Ada sebahagian tidak ada di sini.
Semua staf dah tak sabar-sabar nak menjamah makanan.
Muhaimin yang berbaju hijau memuji organiser majlis ini.
Munif, Gina dan Dora masuk dalam frame gambar.
Sebingkis gaya bebas sebelum memulakan jamuan.


Sunday, June 19, 2016

Selamat pengantin baru, Anaf

4 Jun 2016 - Kira-kira pada awal bulan Jun tahun ini, kami telah ke rumah Ar Nurakmal Goh - former classmate aku, boss dan superior aku, serta kawan aku. Nurakmal dan suaminya, Abang Jalal mengahwinkan anak mereka buat pertama kalinya - Anaf. Kami tiba di kawasan majlis yang terletak di Bangi kira-kira jam 2 petang lebih. 

Masa tu Amier dah terlalu letih pasal baru lepas menghadiri satu lagi majlis perkahwinan di Kg Cheras Baru. Perkahwinan anak saudara kami, Koas. Oleh kerana terlalu letih, Amier agak moody sikit pada petang tu. Letih jugak aku memujuk nak suruh dia masuk kat khemah majlis, nak suruh dia duduk dan makan.

Prof Dr Ahmad Bashri, Prof Dr Shuhana dan P. Ravi, dan lain-lain.
Anaf bersama pasangannya.
Pengantin yang sepadan.
Heppi nya Anaf!
Sampai-sampai aje di tempat majlis, aku terus ternampak kelibat dua orang bekas pensyarahku - Prof Dr Ahmad Bashri dan Prof Dr Shuhana. Serta kawan rapatku ketika di UTM dan sekolah rendah - P.Ravi. Lalu aku mengambil gambar mereka buat kenangan. Happy dapat berjumpa dengan kawan dan cikgu yang pernah mengajar aku.

Bersama Ar Nurakmal.
Orang kuat Tasik Chini - En Zamri, Adika dan Che Ku Daik.
Syahmie menjamah cendol yang lazat.
Sabriena makan aiskerim.
Sesudah makan.
Oleh kerana kami dah agak kenyang pasal baru balik dari kenduri kahwin anak saudara kami, maka kami cuma makan dessert ajelah dan minum air. Aku terus mencari tuan rumah, Nurakmal dan Abang Jalal. Tak banyak aku bersembang dengan kenalan aku di situ. Bukan saja Amier yang letih, aku pun letih jugak sebenarnya. Lepas bertegur sapa dan bergambar sakan, aku pun bersalaman dengan tuan rumah, ucap tahniah kepada Anaf, dan beredar dari tempat majlis.

Tahniah kepada Abang Jalal dan Nurakmal kerana menerima menantu. Tahniah juga kepada Anaf kerana telah bergelar suami. Jadilah suami yang mithali. Kami doakan kalian terus mendapat barokah dan rahmat dari Allah Ta'ala. Dan semoga berbahagia dan hidup aman harmoni sampai ke Jannah. Ameen.

Sabriena masih makan aiskerim.
Adika enjoy makan kat sini.
Prof Dr Ahmad Bashri dan Prof Dr Shuhana dah nak beredar pulang.
Abang Jalal sedang tunjuk arah ke tempat makan.
Sibuk betul bapak pengantin, Abang Jalal.
Syahmie dengan aiskerim idamannya - ais kerim kon.
Wanie dah bersedia untuk pulang.
Pakcik aiskerim bekerja keras pada petang itu.
Sedang mencedok aiskerim dari peti sejuk.
Laku betul aiskerim pada kali ini. Pakcik kayo, pakcik kayoooo!!!
Sebelum pulang.
Bila dah nak balik, barulah Amier punya mood semakin baik jugak.

Tuesday, July 22, 2014

Faiz resign

18 Julai 2014 - Hari ni merupakan hari last bagi Faiz, boss wife aku bekerja di ofis. Dia berhenti dari ofis tu sebab nak berniaga sendiri bersama suaminya. Dengar khabarnya akan terlibat dalam perniagaan macam resort. Semoga usahanya selepas ni beroleh kejayaan. Amin.