Bahagian 1
Mohon para pembaca yang budiman membacakan surah Al Fatihah dan diniatkan untuk disedekahkan kepada Allahyarham Ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Februari 2016 lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Bersama para syuhada. Sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT. Al Fatihah!
6-8 Februari 2016 - Kira-kira setahun yang lalu, kira-kira kurang sebulan sebelum Allahyarham Ayah kembali ke Rahmatullah, kami seisi rumah telah bercuti di Bagan Lalang, Sepang. Ini adalah tempat kegemaran kami ketika kami rindukan makanan laut yang enak, sambil dihembus bayu laut, yang jaraknya tak terlalu jauh dari rumah. Malah sejak zaman Allahyarhamah Kakakku lagi.
Kami check-in di Seri Bayu Resort Hotel - yang sifatnya seperti apartment dua bilik. Petang tu tak ada aktiviti khusus yang kami lakukan. Adikku telah awal-awal lagi ke restoran makanan laut terpilih untuk menempah tempat dan makanan. Kami dah tau, waktu-waktu begini memang akan ramai orang yang datang berkunjung untuk makan di sini. Dan suasana akan menjadi sangat-sangat sesak, yang sangat dahsyat. Itu memang pasti.
|
Farid terkenal dengan gelaran Bandaraya, kerana mampu menghabiskan segala sisa makanan yang tertinggal di atas meja. |
|
Isteri dan adikku jugak sedang menikmati juadah. |
|
Farid baru sudah makan ketam. |
|
Syahmie dan Yana turut enjoy. |
|
Begitu jugak Amier dan Wanie. |
|
Ibu dan Allahyarham Ayah sedang menjamah makanan. |
|
Sebahagian dari ahli keluarga yang hadir makan malam di sini. |
Nama tempat makan tu ialah Restoran Senandung Malam - Ikan Bakar Wak Sehab & Seafood. Aku rasa ini adalah antara restoran yang termahsyur di sini. Walaupun adikku dah sampai awal, namun masih tidak menjanjikan tempat untuk duduk. Masih perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja dan kerusi. Tambahan pulak kami satu kumpulan seramai 12 orang. Ramai tu! One big family (termasuk maid sekalilah). Waktu tu hujan turun renyai-renyai. Tanah agak lembab dan berlopak. Kami perlu berhati-hati ketika menolak kerusi roda ibuku dan Allahyarham Ayah.
|
Air buah tembikai jugak sangat enak. |
|
Menghulurkan gelas. |
|
Udang goreng mentega jugak sangat enak. |
Sewaktu menanti tempat, ada insiden yang agak menarik telah berlaku. Ada sekumpulan warga Afrika yang turut makan di situ. Mereka berempat kesemuanya. Dua lelaki dan dua perempuan. Setelah mereka selesai makan, mereka masih duduk lepak-lepak di meja makan. Dekat tiga hari jugaklah mereka duduk kat situ. Tak bergerak-gerak. Tak peduli orang ramai yang berdiri tercegat menanti tempat. Tak kisah langsung pasal orang lain. Mereka buat derk aje. Macam punggung dah kena Gam Gajah - tak boleh nak lekang dari kerusi. Akhirnya, datanglah satu makcik ni ke meja mereka.
"Excuse me. Do you mind if you let other people use this table and chairs? People have been waiting for so long to dine here." (Dialog ni aku buat sendiri. Tapi point yang aku nak sampaikan tetap sama).
Salah seorang warga Afrika tu (perempuan) macam terkejut ungka. Lantas beremosi. "What?!! You're asking us to leave this table?! That's racist! That is absolutely racist!! Not acceptable!!! So Donald Trump oriented!!!!"
"But you should be considerate. You've been sitting there for ages," balas makcik tu.
Argue punya argue, akhirnya puak-puak dari Afrika ni berlalulah jugak. Nasib baik mereka pergi. Kalau tak, dah tentu-tentu kena tuang dengan kuah tomyam kat kepala mereka oleh pelanggan lain yang tak berpuas hati dengan sikap pentingkan diri mereka.
|
Dah selesai makan. Puas hati. |
|
Farid dalam proses menghabiskan makanan yang masih tersisa. |
|
Amier dengan otak-otaknya. |
Setelah lama menanti, akhirnya kami dapat jugak tempat duduk yang diidam-idamkan. Adikku menempah makanan pelbagai genre. Dari ikan siakap, ketam, udang, sotong, pepahat, kuda laut, tapak sulaiman, paus biru bersalut tepung serta obor-obor. Meriah meja makan kami. Semua orang enjoy makan kat situ. Dan yang aku tengok paling asyik melayan makanan adalah Allahyarham Ayah. Walaupun dalam kepayahan mengunyah, Namun Allahyarham Ayah tetap menjamah setiap makanan yang terhidang, dengan penuh kenikmatan. Dan kami tersenyum melihatkan itu. Tersenyum kerana gembira apabila selera Allahyarham Ayah telah terbuka.
|
Allahyarham Ayah menjamah otak-otak pula. |
|
Ibuku pun puas hati jugak. Walaupun makannya tak begitu banyak. |
|
Dua sepupu yang kuat makan - Farid dan Syahmie. |
|
Masih lagi makan. |
|
Yana memperlihatkan kehalusan pembuatan otak-otak Bagan Lalang. |
|
Terjegil mata Farid dengan keenakan otak-otak Bagan Lalang. |
Masing-masing meninggalkan tempat makan dengan perut yang sangat kenyang. Sangat puas hati. Malah kalau berkesempatan, kami akan ke sini lagi. Walaupun sesak, kami akan tetap tunggu. Walaupun dihalang oleh warga Afrika yang berbadan sado, kami tetap tak akan beralah. Ini adalah tempat kenangan kami. Sekian lama.
Bersambung...
|
Restoran Senandung Malam. |
|
Sesuai dengan namanya. Dia bukak pun cuma malam hari aje. |
No comments:
Post a Comment