m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label hostel. Show all posts
Showing posts with label hostel. Show all posts

Sunday, January 13, 2019

Amier masuk SEMESTA: Lemang To'ki Bentong

Bahagian 6 (Akhir)

Kami meninggalkan Amier di SEMESTA dengan teman-teman lain dalam tingkatan 1. Mau tak mau, rela tak rela, Amier perlu kami titipkan kepada pihak SEMESTA untuk sementara agar Amier boleh menimba ilmu akademik, ilmu berdikari, ilmu dunia dan akhirat secara menyeluruh. Dari SEMESTA, Raub, kami terus bergerak pulang. Tapi niat di hati nak menyinggah pulak di Bentong. Kat situ ada satu warung makan yang sangat popular. Nama warung tu ialah Lemang To'ki Bentong. Tapi tak bermakna ia cuma menjual lemang sahaja. Banyak makanan lain yang turut dijual. Aku tak pasti apa. Tapi antara yang menjadi kegilaan ramai adalah ayam bakar/goleknya. Ada char kue tiau juga. Dan masa aku kat sana, aku juga ada ternampak orang order masakan panas macam masakan ala Thai. Aku rasa menu dia memang banyak. Tapi aku tak pulak menelitinya satu per satu.

Di warung Lemang To'ki Bentong.
Seekor kucing datang menghampir.
Kucing ni pun nak makan lemang jugak nampak gayanya.
Tapi dia nak jalan-jalan dulu. Balik nanti baru makan lemang.
Kami kat situ nak singgah makan lemang aje dengan rendang. Aku nak mintak rendang daging. Tapi dah habis. Rendang ayam pun okay jugak. Mintaklah dua set kat kaunter tu. Satu set cuma ada lima potong lemang aje kalau tak silap. Tapi rendang ayam dia agak banyak jugak dia letak. Aku sebenarnya tak berapa lapar. Cuma haus aje. Jadi aku order lah air carrot sebab air tembikai tak ada. 

Suasana kat warung ni memang best. Agak lapang. Terletak kat sebelah sungai pulak tu. Siapa yang duduk kat tepi sungai bolehlah mendengar alir air menghempas ke batu. Dan yang paling unik, ada helipad pulak tu! Kalau sesiapa yang nak datang sini naik helikopter, silakan. Memang kat warung ni ada tersadai sebuah helikopter warna biru. Tak taulah siapa yang punya.

Selepas habis makan, barulah kami sambung perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Berbekalkan dua batang lemang yang kami beli di warung Lemang To'ki Bentong.

T A M A T

Suasana dalam warung.
Gerai char kue tiau.
Ini helikopter boss kot.
Mmmm... sedapnya lemang ni.
Banyak jugak pengunjung yang datang ke sini. Mereka parkir di tepi jalan aje.


Amier masuk SEMESTA: Amier jaga diri baik-baik ya?

Bahagian 5

Di Pekan Raub, kami makan nasi keduli di Restoran Ratu Rasa. Lepas makan, kami terus pulang ke sekolah. Solat dulu di surau SEMESTA yang agar besar. Ramai pelajar SEMESTA yang baru pulang dari kelas singgah di surau untuk menunaikan fardhu zuhur. Salah seorang pelajar menjadi imam. Dan aku ikut di belakangnya sebagai makmum. 

Surau SEMESTA.
Besar jugak.
Duduknya di atas bukit.
Tempat pelajar singgah sebelum pulang ke asrama.
Dari surau, kami kembali ke asrama bersama Danish. Amier salin baju casual dulu. Seluar track dengan baju t-shirt berkolar. Kat sini kalau keluar dari kawasan asrama kena pakai baju t-shirt berkolar. Kena tuck in pulak tu. Nampak gayanya Amier kenalah biasakan diri dengan peraturan sekolah ini. Setakat ni semua dah in order. Jadi kami cakap dengan Amier, "Mama dan Papa balik dulu okay ya?" Amier buat isyarat macam orang berfikir. Maknanya kalau boleh dia nak kami stay lebih lama sikit. Mungkin sejam dua lagi kot. Tapi kami perlu bergerak jauh ke Kuala Lumpur. Kami pesan kat Danish suruh tengok-tengokkan Amier. Dan suruh Amier bertegur sapa dengan teman-teman sebaya yang duduk kat katil bersebelahan. Kalau dah ada geng, takdalah rasa terpinggir atau homesick sangat. Isteriku turut memberikan kata-kata nasihat, cara membawa diri bila duduk di asrama, dan di sekolah ini. Amier nampak gayanya menerima nasihat dengan positif.

Mama dan Amier setelah salin pakaian.
Almari telah siap dikemas.
Aku pun nak bergambar dengan Amier jugak.
Lepas ni kita keluar.
Sebelum beredar, kami bergambar dulu dengan Amier dan Danish. Kali ni kat luar asrama pulak. Masa aku peluk Amier kat asrama tadi, aku tak terucap apa-apa, pasal rasa sayu semacam aje. Tak taulah pulak apa yang terbuku di hati Amier. Kami cuma mengharapkan semuanya baik-baik sahaja. Biar dia mudah menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Mudah membuat kawan. Dan pesanku agar Amier sering berdamping dengan Al-Quran dan surau. Aku tau, sekiranya kami ibu dan ayah ada berasa kerisauan, ini semua boleh terubat dengan doa yang bersungguh-sungguh. Itu yang akan kami lakukan dari jauh. Kami beredar dari pekarangan SEMESTA dengan beribu tanda tanya dan harapan untuk Amier.

Bersambung...

Bergambar di luar blok asrama dengan Danish.
Nampak okay aje Amier.
Semoga Amier serasi di sini.
Abang dan adik angkat.
Sebahagian blok asrama lelaki.
Besar jugak compound dia.

Friday, January 11, 2019

Amier masuk SEMESTA: Nasi kebuli @ nasi keduli

Bahagian 4

Urusan di asrama telah pun beres. Sekarang masa untuk bersiar-siar di pekan Raub. Dan pemandu pelancong kami adalah Danish. Kami telah pun ditunjukkan oleh Danish lokasi stesen bas, kedai-kedai dan beberapa tempat lagi. Kini tiba masa untuk makan pulak. Aku tanya Danish, mana tempat makan yang spesel kat Raub ni? Danish tak dapat menjawab. Aku seboleh mungkin nak cari tempat makan yang bercirikan Pahang. Ada masakan kampung atau traditional. Ada ulam-ulaman. Ada gulai kampung. Ada ikan patin yang memang terkenal di Pahang. Sewaktu sedang meronda-ronda, aku ternampak sebuah restoran di celah-celah deretan bangunan lama yang kelihatannya agak lengang. Tetapi tertulis pada papan tandanya perkataan tradisional. Mungkin tempat makan yang ini menyajikan makanan setempat. Jadi kami pun masuk ke kedai ini untuk melihat apakah juadah yang tersedia untuk kami. 

Amier dan Danish makan dengan penuh berselera.
Amier ambil lauk ikan patin masak gulai tempoyak dan ayam goreng.
Inilah rupa nasi keduli atau nasi kebuli.
Amier dan Danish terus mencedok nasi putih ke dalam pinggan dan mengambil lauk-pauk pilihan. Aku dan isteri memilih menu lain. 

Isteriku bertanya kepada tuan kedai yang dikenali sebagai Mak Long, "Nasi keduli tu nasi apa?" 

"Itu nasi makanan diraja. Diadun dengan tujuh macam rempah ratus, serta lauk-pauk iringan seperti ayam goreng berempah, sambal hitam bilis, serunding ikan, dan jelatah sayuran. Nak cuba ke satu set? Kami bleh sediakan. Sedap rasanya," pujuk Mak Long agar kami mencuba.

"Baiklah Mak Long. Kalau begitu kata Mak Long, biarlah kami mencuba masakan diraja ini. Mohon bagi dua set," jawab isteriku.

Menikmati juadah.
Restoran Ratu Rasa.
Iklan masakan nasi diraja.
Tak lama menanti, nasi keduli atau juga dikenali sebagai nasi kebuli akhirnya tiba di hadapan kami. Dan kami pun mulalah operasi merasa makanan. Oh, by the way, nama restoran yang kami pergi ni ialah Restoran Ratu Rasa, Raub, Pahang. Lokasinya mungkin kurang strategik, sebab tulah tak ramai orang yang datang berkunjung. 

Okay. Berbalik kepada juadah yang kami makan tadi. Rasa nasi keduli ini memang unik. Nasinya berwarna kuning. Mungkin disebabkan oleh kunyit. Antara bahan yang diletakkan ke dalam masakan ini termasuklah lada hitam, ketumbar, serai dan halia. Sesiapa yang datang ke Raub memang wajar mencuba masakan diraja ini. Tak boleh ditemui ditempat lain. Nasi ini juga boleh dikategorikan sebagai nasi kesihatan kerana rempah ratus yang terkandung di dalamnya. Namun demikian, favourite aku adalah ikan patin masak gulai tempoyak. Sempat aku merasa sedikit lauk ikan patin yang diambil oleh Amier. Memang sangat sedap rasanya. Boleh mintak pihak restoran tolong panaskan kuah kalau mahu. Makan panas-panas lagilah power! Sebelum beredar, sempat jugak kami bergambar dengan Mak Long sebagai kenangan.

Bersambung... 

Bergambar dengan Mak Long.
Pengusaha masakan diraja warisan tradisi.


Amier masuk SEMESTA: Jejak kaki di asrama

Bahagian 3

Setelah selesai segala urusan pendaftaran, kami ke kooperasi membeli keperluan seperti cadar, selimut, kain batik, buku tulis dan lain-lain lagi. Lepas tu barulah kami beramai-ramai bergerak ke asrama - tempat Amier akan menginap sepanjang tempoh pembelajaran di SEMESTA. Bilik Amier di tingkat yang paling atas. Lenguh jugak kaki nak sampai ke tingkat yang paling tinggi. Bilik asrama agak besar. Satu bilik boleh muat 10 orang pelajar. Biliknya jugak agak luas. Menempatkan 5 orang pelajar tingkatan 1, dan 5 orang pelajar yang lebih senior. 

Memasang lapik pada almari.
Amier dan Mama mula mengemas.
Memasukkan pakaian ke dalam almari.
Ini katil Amier. 
Memunggah beg.
Almari besi Amier sedikit rosak. Pintunya kemek. Lapik besi di bahagian dalam pun kemek jugak. Danish kata boleh mintak tukar petang nanti. Ketika kami sedang sibuk mengemas, penyelia asrama pun datang. Aku tanya sama ada almari Amier boleh ditukar dengan yang lebih elok. Beliau kata boleh. Lalu beberapa orang pelajar senior diarahkan untuk mendapatkan almari besi lain yang lebih sempurna sifatnya, menggantikan yang lama yang telah rosak.

Danish duduk rehat seketika. Menanti kami siap berkemas.
Banyak jugak barang yang Amier bawak.
Banyak yang perlu dikemas.
Kami tiga beranak mula mengemas. Letak lapik kertas pada almari. Susun pakaian dan perkakas sekolah. Gantung pakaian. Pasang cadar dan sarung bantal. Dan ajar Amier sedikit sebanyak selok-belok duduk di asrama. Amier turut belajar cara pakai tali leher. Bila semua urusan di asrama selesai, barulah kami ajak Danish untuk keluar ke pekan. Danish akan tunjukkan tempat-tempat penting kepada kami dan Amier. Contohnya seperti lokasi stesen bas, tempat makan, tempat buat sulam nama pada baju, dan lain-lain lagi. Lepas tu baru kami akan makan tengah hari. Aduh! Perut pun dah berkeroncong.

Bersambung...

Amier dan Danish.
Danish dan Amier.
Adik dan abang angkat.


Amier masuk SEMESTA: SM Sains Tengku Abdullah, Raub

Bahagian 2

8 Januari 2019 - Kami berangkat dari Kuala Lumpur pada hari Isnin. Hari ini hari Selasa. Hari pendaftaran Amier ke sekolah SEMESTA. Pagi tu kami bangun dari tidur dengan penuh bersemangat. Tetapi berbaur kebimbangan kerana tidak tahu bagaimana keadaan sekolah baru Amier nanti. Juga beraduk dengan kesayuan kerana Amier akan berjauhan dari kami demi menuntut ilmu. Amier sentiasa mempamerkan senyum apabila kami memandang wajahnya. Tetapi dalam diam-diam, Amier jugak kelihatan sugul kerana dia sendiri tidak pasti apakah suasana yang sedang menantinya di SEMESTA nanti. Kami berharap dan berdoa yang baik-baik sahaja.

Amier menunaikan solat subuh di Hotel Raub.
Amier lengkap beruniform.
Wajahnya ceria macam tak sabar-sabar nak belajar di SEMESTA.
Selepas check-out dari Hotel Raub, kami terus bergerak ke SEMESTA. Tak sempat sarapan pun. Sesampainya di sana, para ibu bapa dah agak ramai. Tapi taklah terlalu ramai. Kami parkir kereta di satu sudut. Terus berjalan kaki ke dewan. Seorang pelajar senior berpakaian blaser menyambut kami. Katanya, "Kami amalkan konsep abang dan adik angkat. Ini abang angkat anak pakcik," sambil tangannya menuding ke arah seorang pelajar beruniform. Nama abang angkat Amier itu Danish Syafiq. Panggilannya, Danish. Aku cuba angkat Danish. Agakku beratnya dalam 50 kilo. Kecil orangnya. Tapi dah tingkatan 4.

Susah betul soalan ni. Macam jawab soalan STPM.
Aku masih terkial-kial dengan kertas soalan.
Pengetua, Cikgu Ali Alias sedang berucap.
Bersama Danish Syafiq - abang angkat Amier.
Badannya kecil, tapi main ragbi.
Amier bersama Mama.
Para pelajar dan ibu bapa sedang mendaftar.
Agak bersesak sedikit.
Danish terus memandu kami ke arah dewan pendaftaran. Dan menjelaskan apa yang perlu kami lakukan untuk menyempurnakan pendaftaran ini. Macam-macam borang aku kena isi. Sampai lenguh jari-jariku. Tengkukku turut berasa sengal. Susahnya mengisi borang macam menjawab kertas SPM. Aku kayuh pelan-pelan. Akhirnya semua ruang kosong berjaya aku isi dengan betul. Boleh dapat markah penuh 100 peratus. Boleh dapat A+. Bayaran yuran asrama turut dibuat. RM750 jumlahnya. Terkejut ungka aku dibuatnya. Mana pulak nak cekau duit ni nak bayar macam-macam. Aku terpaksa kata kat guru yang bertugas, sesetengah yuran aku kena bayar secara ansuran. Nasib baik itu dibenarkan.

Pelajar tingkatan 4 - Danish Syafiq.
Pemalu jugak budaknya.
Ibu bapa masih mendaftar.
Baju uniform khas pelajar-pelajar tingkatan 4.
SEMESTA - sekolah berprestasi tinggi.
Skrin memaparkan gambaran hidup di SEMESTA.
Lambang SEMESTA.
Setelah selesai semua urusan pendaftaran, semua pelajar baru tingkatan 1 dijemput naik ke atas pentas untuk membacakan ikrar. Amier bersama teman-teman seangkatannya bergegas menaiki pentas. Ikrar dibaca beramai-ramai. Pelajar perempuan nampaknya cuma satu pertiga dari seuruh tingkatan 1. Dan dalam ramai-ramai pelajar baru, ada seorang yang aku kenal wajahnya. Firdaus! Teman Amier ketika di tadika Kidz Cabin dulu, Sempat aku menegur dan bersalaman dengan ayah Firdaus. Tak sangka boleh berjumpa di sini. Setelah ikrar dibaca, dan urusan pendaftaran selesai, barulah kami beramai-ramai bergerak ke asrama pula.

Bersambung...

Pelajar-pelajar tingkatan 1 berbaris di atas pentas.
Mengangkat tangan kanan dan melafazkan ikrar.
Panjang jugak ikrar yang dilafazkan.
Penuh bersemangat.
Tak taulah apa yang terpendam dalam hati anak-anak ini.
Diharapkan mereka ini semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Amier berwajah tenang.
Pengacara majlis.
Guru-guru yang mengendalikan pendaftaran Amier.