m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label wife. Show all posts
Showing posts with label wife. Show all posts

Saturday, June 19, 2021

Bintulu: Tengok haiwan sebelum pulang

Bahagian 5 (Akhir)

10 Ogos 2018 - Kami mengambil peluang yang jarang-jarang kami perolehi dengan cuba melawat sebanyak mungkin tempat yang ada di Bintulu. Kami telah pun ke mall dan Pantai Tanjong Batu Bintulu. Sekarang kami nak ke tempat-tempat lain pula. Antara tempat yang kami sempat lawat ialah di Taman Tumbina Bintulu. Ia adalah taman yang menempatkan tumbuhan dan binatang dari pelbagai jenis. Kawasannya terlalu luas untuk kami jelajahi seluruhnya. Jadi kami cuma pusing-pusing di kawasan berdekatan saja. Antara lokasi yang sempat kami lawat ialah kolam ikan dan beberapa kandang haiwan.

Di Taman Tumbina Bintulu.

TUMbuhan + BINAtang = TUMBINA.

Galeri ikan. Kami tak masuk sebab dah tutup rasanya.

Tapi kami singgah di jambatan kayu ini.

Ini adalah Jambatan Belian Angus.

Design dia macam jambatan gantung.

Dalam kolam ni ada banyak ikan.

Antaranya ialah ikan lumba-lumba, ikan layaran, dan ikan paus biru bersalut tepung.

Dah selesai melihat ikan.

Sekarang nak tengok haiwan lain pula.

Ini kawasan harimau.

Peta mini zoo.

Dari peta ini nampak betapa besarnya kawasan taman ini.

Kami dah nak beredar, ternampak pula papan tanda ini.

Jumpa lagi Taman Tumbina Bintulu.

Akhirnya petang semakin larut. Cahaya yang menerangi bumi semakin mengurang. Jadi kami perlu bersiap-siap untuk ke airport secepat mungkin. Kereta sewa kami juga perlu dipulangkan di airport nanti. Kami sampai awal. Isteriku sempat duduk di kerusi urut berbayar. Dan seterusnya kami menunggu, sehingga pesawat sampai. Penerbangan ke Kuala Lumpur terasakan lebih santai dan cepat. Maklumlah, terbang pada waktu malam. Akhirnya kami sampai juga di Kuala Lumpur, dan tiba di rumah dengan selamat. Oleh-oleh yang kami bawa dari Bintulu, kami agih-agihkan kepada ahli keluarga di rumah. Esok, akan kami agih-agihkan pula kepada adik-beradik yang lain serta jiran-jiran. Insya Allah, kalau ada rezeki, kami akan ke Sarawak lagi. Tungguuuu...

T A M A T

Duduk berurut seketika.

Dah kena naik pesawat.

Ini bukan kapalterbang kami.

Ini pesawat yang kami perlu naik.

Simpan barang di compartment atas.

Dah dapat tempat duduk.

Dah sampai Kuala Lumpur.

Tebaloi - kuih tradisi Sarawak.

Mengenai kuih Tebaloi.

Keropok Amplang.

Antara bahan-bahannya ialah ikan tenggiri.

Sabriena gembira dapat pakai t-shirt Sarawak.


Friday, June 18, 2021

Bintulu: Pergi shopping dan pantai

Bahagian 4

10 Ogos 2018 - Puas hati kami dapat menyinggah di pasar Tamu Bintulu dan melihat budaya Sarawak yang memang menakjubkan. Hari ini hari Jumaat. Pada tengah harinya, aku mencari masjid yang paling hampir dengan hotel tempat penginapan kami. Masjid memang tak terlalu banyak di situ, tetapi akhirnya aku berjaya menemukan sebuah masjid yang sederhana besarnya di tengah bandar Bintulu. Nasib baik aku sampai awal. Bolehlah mendapatkan tempat parkir kereta yang tak jauh dari masjid. Aku terus masuk ke dalam. Jemaah belum terlalu ramai. Yang sangat aku kagum ketika melihat ahli jemaah yang berkunjung ke masjid, rata-rata memakai baju melayu atau berpakaian kemas untuk menyembah Yang Esa. Tak seperti di Kuala Lumpur, pakai t- shirt pendek berseluar ketat pun kira jadi. Di sini, soal pakaian memang dijaga rapi. Amalan baik dan mulia ini telah dijadikan budaya masyarakat di sini.

Inilah masjid Bintulu yang terletak di tengah-tengah bandar.

Ramai juga jemaah yang berkunjung ke masjid ini untuk bersolat Jumaat..

Di pintu masuk utama hotel.

Bergambar sebelum meninggalkan hotel.

Sambil berjalan sambil posing.

Rantai kunci yang menarik.

Selepas solat Jumaat, aku ke hotel semula untuk berkemas pulang. Segala pakaian kami masukkan ke dalam beg. Kami terus check out. Lepas ni nak berjalan-jalan dan membeli-belah di bandar serta melawat tempat-tempat menarik di Bintulu. Kami mencari mana-mana pusat membeli-belah yang berdekatan dan mempunyai tempat meletak kereta yang banyak. Aku pun dah tak ingat nama mall yang kami pergi tu. Kami main masuk aje. Terlihat berapa buah kedai yang menjual barangan cenderahati yang menarik minat kami. Kami membeli beberapa perkara seperti beg pakaian corak tradisional Sarawak, beli t-shirt, key chain, serta beberapa jenis makanan tradisi Sarawak. Di mall ini juga kami makan tengah hari. Kami makan di restoran Marrybrown. Makan ayam goreng aje. Setelah selesai membeli-belah, barulah kami ke destinasi yang selanjutnya - ke pantai!

Kalau tak silap aku, malam semalam kami sempat singgah di sebuah kedai menjual kek lapis Sarawak yang menjual segala macam variasi kek lapis dengan rasa yang enak. Sayangnya aku tak ada gambar untuk aku kongsikan kepada kalian.

Jom makan kat Marrybrown.

Wow! Barangan souvenir yang menarik.

Di bahagian bumbung mall.

Kami ke Pantai Tanjong Batu Bintulu. Pantainya sangat bersih dan nyaman. Susah nak jumpa sampah-sarap bersepah di atas pantai. Budaya menjaga kebersihan ini telah sebati dalam masyarakat di sini. Sewaktu kami di Kucing suatu ketika dulu pun kami dapati bandarayanya memang terjaga kemas dan rapi. Bersih dari segala sampah-sarap. Pengunjung di situ tak ramai. Jadi kami berasakan seolah-olah pantai itu kamilah yang punya! Kami berjalan di sepanjang pantai. Mencari sudut-sudut menarik untuk bergambar. Cuma kami berdua sahaja.

Sesekali terlintas dalam benakku, "Kalau aku bawak joran kan best! Boleh menduga ikan di perairan Bintulu. Ikannya sudah pasti dari gred yang terbaik. Maklumlah, pantai yang menghadap laut yang luas." Puas kami bergambar di segenap sudut pantai. Bila penat, kami berehatlah dulu sebelum menyambung perjalanan meneroka pantai yang bersih. 

Oh, sebelum aku terlupa, aku nak berkisah sedikit tentang kehidupan malam di Bintulu. Pada dasarnya, warga Bintulu lebih gemar berehat di rumah pada waktu malam. Tak banyak aktiviti berlaku pada waktu malam. Mungkin itulah yang lebih wajar dilakukan oleh kita semua. Jadikan malam waktu untuk berehat secukupnya, agar kita memiliki tenaga yang cukup untuk bekerja pada hari esoknya. Dan malam juga merupakan waktu untuk diluangkan bersama keluarga.

Sebelum malam menjelang, kami masih sempat lagi melawat ke beberapa tempat yang lain. Tunggu di episod yang selanjutnya.

Bersambung...

Sekarang kita ke Pantai Tanjong Batu Bintulu.

Cuba tengok pantainya. Bersih kan?

Pantai yang bersih dan lengang.

Agak panas juga pada ketika ini.

Lantainya sedikit seperti cermin.

Boleh nampak ombaknya yang agak besar.

"Lihatlah Bintulu!!"

Di belakang aku merupakan tempat bermukimnya ikan-ikan terbaik dan terenak di dunia.

Meraikan kemenangan.

Pantai yang reflektif.

Pasir yang sesuai untuk membuat istana pasir.

Lama juga kami berada di pantai.

Terlihat silau mentari.

Jom menapak lagi di sepanjang pantai.

Ini kawasan bebatuan pula. Nampak seperti air sedang surut.

Berehat di atas batu besar.

Kalau laut pasang, mungkin batu-batu ini ditenggelami air.

Masih di kawasan berbatu.

Masih belum puas beriadah di pantai.

Banyak lubang ketam di pantai.

Tak nampak pula orang memancing di sini. Tetapi di pantai lain aku memang nampak orang memancing.

Cangkerang siput pun macam tak banyak di sini.

Pantainya terlalu bersih.

Mungkin lebih sesuai untuk aktiviti mandi laut.

Kita ke kawasan berumput pula.

Juru gambar diambil pula gambarnya.

Masih di kawasan berumput.

Mencari belalang Sarawak.

Rumput di Sarawak dan rumput di Semenanjung tak ada bezanya.

Sebab kita warga yang sama.

Kawasan ini terlindung sedikit dari ombak besar.

Mungkin orang ramai akan berkunjung pada hujung minggu.

Pada hari ini, Jumaat, memang tak ramai orang.

Lepas ni kita beredar ke tempat lain pula.