m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label puchong. Show all posts
Showing posts with label puchong. Show all posts

Tuesday, February 22, 2022

Malam Gala INAS Global: Selamat tinggal dan jumpa lagi

Bahagian 9 (Akhir)

31 Disember 2021 - Hari ini hari terakhir kami bermukim di sini, di Espira Kinrara. Tadi baru selesai bersarapan sampai kenyang di kafeteria dengan makanan yang enak-enak. Dan sempat juga bersiar-siar sambil bergambar di pekarangan resort yang cantik ini. Dan kami nak kembali ke bilik, rehatkan diri seketika, sebelum bersiap-siap untuk pulang. Hari ini hari Jumaat. Perlu bergegas pulang untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari nanti.

Duduk melepak di belakang bilik.

Menghadap swimming pool.

Kami tinggal di Blok Harum.

Nasib baik tak tinggal di Blok Busuk.

Di laluan hadapan bilik.

Lepas ni nanti baru nak masuk ke dalam bilik.

Blok penginapan ini setinggi dua tingkat.

Kami duduk di tingkat bawah.

Kak Timah nak tengok ke atas. Tapi silau.

Memang sangat silau bila mata bertentang dengan matahari.

Okay, bersiap untuk masuk bilik.

Ini bilik penginapan isteriku dengan dua orang kakaknya.

Bilik 701 yang bertuah.

Jom lepak kat dalam bilik!

Di bilik, aku dan Amier sempat berbaring-baring seketika. Sejukkan tubuh yang basah berpeluh setelah puas berjalan-jalan di luar kamar. Amier main gitar. Aku mendengar secara sambil. Pada masa yang sama sudah mula mengemas pakaian dan barang-barang lain untuk dibawa pulang. Tak boleh terlalu leka. Takut lewat sampai rumah nanti.

Sebelum berangkat pulang, sempat lagi kami bergambar di luar bangunan, dan di signboard resort Espira Kinrara, agar kami boleh ingat lokasi dan nama resort ini pada masa akan datang. Terima kasih kami ucapkan kepada INAS Globl HQ kerana telah menganjurkan Malam Gala seumpama ini serta meraikan kami para dealer dan agent. Walaupun dalam skala yang sederhana, namun kami sudah cukup terhibur dan berpuas hati. Insya Allah, agar dimurah dan diberkatkan rezeki kami semua serta para founder. Dan jika ada peluang dan kesempatan, kita bersua lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

T A M A T

Amier layan telefon bimbit dulu.

Menonton MyTube.

Lalu mencapai gitar lantas memetik talinya.

Dapat ilham untuk mencipta lagu yang paling sedih dalam dunia dan galaksi.

Berlatar belakangkan bangunan utama.

Kaunter pendaftaran di belakang.

Di hadapan signboard Espira Kinrara.

Tak taupun wujudnya resort yang cantik ini di sini.

Aku pula nak bergambar di sini.

Penutup blog ni biarlah gambar aku. Hehehe...


Friday, February 18, 2022

Malam Gala INAS Global: Sarapan dan bersiar-siar

Bahagian 8

31 Disember 2021 - Majlis makan malam semalam memang cukup happening. Banyak hadiah yang telah diagih-agihkan kepada para tetamu yang hadir. Dan semalam juga Kak Ogie mendapat hadiah wang tunai kerana kerusi yang diduduki Kak Ogie terselit angpau berisi wang. Semua Team Adisarah Solution telah memenangi sesuatu malam semalam.

Pagi ini kami bangun awal untuk bersarapan. Perutku memang dah lapar sejak malam semalam. Sejak selesai majlis ketika lepak-lepak dalam bilik. Pagi ini aku nak makan banyak-banyak fikirku. Kalau boleh aku nak habiskan semua makanan di kaunter dan di dapur. Biar licin tanpa ada sisa. Teruja sungguh bila aku tiba di kafeteria. Juadah yang terhidang sangatlah banyak dan pelbagai menunya. Macam-macam aku makan. Roti, telur, kuih-muih, buah-buahan, western food, dan macam-macam lagi. Walaupun nafsu aku macam nak makan semua yang dihidangkan di situ, tapi perut aku bagai sudah tak larat nak menerima lagi makanan. Kopi pun aku minum dua cawan. Itu tak termasuk air buah lagi. Pergh! Cukup  kenyang aku pada pagi itu.

Isteriku dan kakak-kakaknya juga tak makan banyak. begitu juga dengan Amier. Kami lepak seketika di kafeteria untuk borak-borak kosong sebelum beredar dari situ.

Makan breakfast dengan sangat berselera sekali.

Sambil makan, sambil berborak adik-beradik.

Aku rasa Amier makan paling sedikit. Katanya perutnya sakit.

Kami duduk sangat hampir dengan kaunter makanan dan minuman.

Ada roti canai.

Nampak macam sedap. Tapi aku tak makan roti canai pagi tu.

Semua melainkan Kak Timah dah selesai makan.

Amier dah balik bilik lebih awal.

Kami pergi ke lobi seketika. Di situ kami bergambar. Ada beberapa sudut di ruang lobi yang agak menarik dan fotogenik. Di situlah kami ber-posing dan mengambil gambar. Puas bergambar di lobi, kami bergambar pula di buggy. Nasib baik tak ada kunci, kalau tidak mungkin kami dah bawa buggy tu pergi untuk bersiar-siar di kawasan sekeliling resort yang cantik ini.

Bergambar di lobi, berdiri di samping satu arca.

Arca ini melambangkan air (agaknya lah).

Kaunter resepsi berada di belakang kami.

Lobi ini sangat terbuka sekitarannya.

Di satu sudut yang lain terdapat satu ruang tamu.

Bersantai di sini memang sangat menyamankan.

Tak ada orang lain yang melepak di sini melainkan kami.

Ada lukisan yang besar di belakang kami.

Masih dekat dengan kerusi sofa.

Duduk dulu, nak hilangkan penat.

Bergambar dekat buggy.

Tak ada driver. Kalau tak boleh jugak pergi ronda-ronda.

Kak Ogie nak drive bawak balik ke rumah. Tapi buggy ni minyak dah habis. (???)

Bergambar di tiang bangunan.

Bergambar di tiang bangunan kali kedua.

Dalam perjalanan pulang ke bilik, kami bergambar lagi. Banyak sebenarnya sudut-sudut ruang yang menarik yang wajar diambil gambarnya. Tapi sekarang aku dah tak sekreatif macam dulu. Aku dah tak ambil gambar dari sudut pelik-pelik, sebab lutut aku dah ketat dan sakit. Ambil gambar sambil berdiri dan sambil duduk ajelah. Santai-santai. Kami terus bergambar sehinggalah kami sampai ke bilik masing-masing.

Bersambung...

Bergambar di deck bersebelahan dengan air pancut.

Masa ni matahari dah mula menyilaukan.

Laluan menghala ke bilik.

Banyak pokok-pokok yang cantik dan teduh.

Gambar candid satu.

Okay. Gambar tak candid.

Lepas ni ke mana kita nak pergi?

Duduk dululah sebab dah penat.

Duduk lama sikitlah, sebab dah penat sangat ni.

Ah, terus duduk ajelah. Malas pulak nak berjalan-jalan.

Apa kata kita berkhemah aje kat sini.

Tak pun kita terus beli tapak ni buat rumah persinggahan.