m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label keliang. Show all posts
Showing posts with label keliang. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

6 Syawal 2012: Menjamu selera di Keliang

Masih di Kalumpang Resort. Kami stay kat sana sampai malam. Saki baki makanan masih ada. Jadi kami yang kelaparan makan ajelah apa saja yang terhidang dan masih tersisa. Makan nasi dengan kuah tomyam pun sangat sedap. Rendang ayam pun nampak gayanya masih ada lagi. Jadi aku pun ajak anak-anak aku makan bagi mengalas perut.

Isteriku sedang memasak steam-boat resipi keluarga turun temurun.
Syahmie dengan resipi ciptaannya.
Kami mungkin langkah kanan. Kakak iparku, Kak Ogie tiba-tiba mengajak kami untuk makan di restoran steam-boat-nya di Keliang, yang terletak kira-kira 2 kilometer dari Kalumpang Resort. Lalu kami pun ke sanalah. Turut ke sana ialah Kak Ogie sendiri, Zuan anak-beranak dan Kak Piah. Yang lain masih di Kalumpang.

Isteriku sedang mengajar Wanie cara-cara nak masak lauk hari raya.
Masa untuk makan. Semua orang sedang concentrate.
Sesampainya di Keliang, aku dah tau dah apa yang patut dibuat. Aku ambil hirisan ayam secukup rasa, ambil udang, sotong dan daging. Lalu aku serakkan pada kuali gril yang tengah panas membara. Seronok aku masak-memasak kat situ. Aku tak berapa teruja sangat dengan merebus makanan, tapi memang aku sangat excited bila melihat lauk-pauk mentah menjadi masak garing dilingkung haba dari kuali gril.

Syahmie menikmati juadah dengan penuh khusyuk.
Kak Ogie - tauke restoran dan anaknya, Nurin.
Satu-satu aku makan. Ayamnya sangat hebat. Sotongnya sangat enak. Dagingnya sangat menyengat. Memang cukup kenyang jadinya aku. Aku ambil lagi selambak bahan-bahan gril tadi. Masak lagi, dan makan lagi. Sampailah aku tak larat nak memasukkan apa-apa lagi ke dalam tembolokku. Orang lain pun aku nengok makan sangat bersungguh-sungguh jugak. Semua nampak puas dan penuh kelegaan.

Wanie dan Kak Piah.
Seri dan Zuan turut gembira dapat makan steam-boat kat tempat ni.
Kat Keliang pun ada juga mesin karaoke. Kami minta budak yang jaga peralatan tu untuk set-kan mesin karaoke tu, dan kami pun bergilir-gilir menyanyi. Tapi tak lama sangat kami kat situ, pasal hari dah lewat malam. Kami terus kembali ke Kalumpang Resort. Terima kasih banyak-banyak kami ucapkan kepada Kak Ogie dan suaminya Encik Hasni kerana pelawaan ini.

Mendendangkan lagu berjudul "Mari Makan Steam-Boat".
Amier sedang berduet dengan mamanya.
Lagu pilihan malam itu.
Kak Ogie dan Seri.

Tuesday, June 19, 2012

Makan-makan di Keliang: Macam-macam jenis santai

Sabtu lepas kami ke Keliang makan steambot dan grill kat kedai makan yang diusahakan oleh kakak iparku dan suaminya. Lepas makan, kami pun kenyang. Dan bila dah kenyang, buatlah aktiviti-aktiviti sampingan, mana yang sempat. Sebelum bertolak dari rumah untuk ke Keliang, aku sempat mencapai sebatang joran teleskopik dengan kekili serta satu beg pouch yang berisi mata kail. Biasanya kalau aku nak pergi tempat yang ada potensi memancing, aku akan bawak lebih dari ini. Joran mesti sampai lima enam batang. Beg galas berisi macam-macam khazanah pancing mesti dimasukkan ke dalam boot kereta. Dan tak ketinggalan, umpan pelbagai rupa, jenis dan rasa mesti ada juga. Tapi kali ni aku bersikap ringkas, sebab tak pasti ada peluang untuk memancing atau tidak.

Kolam tinggal yang berpotensi menjerat haruan, dan konco-konconya.
Kawasan ini diberitakan ada banyak lintah.
Sesampainya di sana, aku nampak ada satu kolam tinggal, yang taklah seluas mana. Banyak rumpai yang tumbuh di dalamnya. Menengok pada jenis airnya, aku sangat pasti ikan-ikan seperti haruan banyak bersembunyi di balik semak dan reba. Dan aku jugak pasti terdapatnya ikan-ikan jenis kelah, sebarau, siakap dan kerapu bara turut bermukim di kolam yang hebat ini. Aku ambil kesempatan membaling umpan. Tapi masalahnya aku tak bawak umpan. Jadi aku pun ambillah ayam potong untuk steamboat dan dicangkukkan pada mata kail Daicii yang sangat tajam. Lepas baling, aku biarkan aje. Umpan aku langsung tak disentuhnya, walaupun setelah menunggu berkurun abad lamanya. Mungkin ikan-ikan kat sini tak makan ayam mentah. Mungkin mereka dah biasa dengan ayam grill atau steamboat.

Isteri aku pun nak try pancing jugak, selepas habis pantang bersalin.
Dah lama joran ni aku simpan bawah katil.
Baru lepas solat asar.
Pada waktu malam, selepas solat maghrib, keluarga pihak isteriku mengadakan mesyuarat keluarga. Ipar-ipar semua tak join. Anak-anak buah pun tak join. Jadi kami duduklah bersantai sambil berborak-borak kosong sesama sendiri. Nak ulang makan pun boleh sebenarnya. Tapi aku segan pulak nak berbuat demikian, walaupun perutku dah merengek-rengek nak makan sotong grill lagi. Anak-anak lari berkejaran sesama sendiri. Hingar jadi tempat makan tu. Aku terpaksa menyuruh Amier cool down sikit. Takut-takut kebisingannya akan mengganggu ketenangan pelanggan yang datang untuk makan.

Amier kebosanan. Lalu dia melukis haiwan menggunakan I-Pad.
Faridz dan Farid. (Nama kucing tu memang Farid).
Pak Uda bersembang pasal planet-planet dengan Taufik.
Along Fahmi, Thaqif dan Yaya.
Thaqif ni dengan semua orang dia peramah.
Taufik dah kebosanan. Lalu dia sms polis, bomba dan ambulan.
Satu tarikan yang agak mengujakan kami adalah aktiviti karaoke. Yang jaga mesin karaoke tu anak buah kami juga, Saiful. Jadi kira mesin karaoke tu kamilah yang conquer. Lepas satu lagu ke satu lagu kami nyanyi, termasuklah lagu Cina, Tamil, Korea, Bangladesh, Uzbekistan, dan termasuk jugak lagu Argentina. Janji ada lagu dan ada senikata. Ada satu masa tu, aku, Abby dan Faridz bergilir-gilir menyanyi sampai pelanggan semua naik rimas dan cepat-cepat nak beralih dari tempat duduk dan beransur pulang. Itulah saja cara kami nak membalas budi baik Mak Nyah yang telah membelanja kami makan. Bila pelanggan balik awal, dia taklah makan banyak. Boleh save sikit makanan untuk hari berikutnya. Turut menyanyi ialah Nana, Syura, Along Fahmi dan beberapa orang lagi.

Sessi karaoke akan bermula tak lama lagi.
Nana mendendangkan lagu Yuna.
Amier mencuba nyanyi lagu Amy Search. Pewwiiiittt!
Suara Abby memang sedap. Masa dia nyanyi lagu Jaclyn Victor -Wajah juga sedap.
Along Fahmi juga berpotensi menjadi penyanyi hebat.
Lepas habis mesyuarat, kira-kira jam 11 malam, kami pun pulang dalam keadaan penat tapi puas. Masa tu perut telah kembali lapar. Nasib baik jugaklah kami dibekalkan dengan dua bungkus nasi ayam penyet. Kami share empat beranak. Nyomp nyomp nyomp... Mmmm.... sedap... Dah kenyang, barulah kami solat isyak dan tidur. Eh, malam ni ada bola. Nengok bola dululah sebelum tidur.

Dah sampai rumah. Mari makan nasi!