m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label farm in the city. Show all posts
Showing posts with label farm in the city. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Farm In The City: Selamat tinggal semua haiwan

Bahagian 3

Dan kami kini berada di kandang arnab dan guinea pig. Walaupun nama dia guinea pig, tapi dia bukan dari keturunan khinzir. Haiwan-haiwan kecil ni memanglah sangat comel dan mesra pengunjung. Seperti yang aku kisahkan sebelum ni, Sabriena memang sangat teruja dengan kehadiran haiwan-haiwan kecil ni mengelilingi kereta sorong yang dinaikinya.

Membagi makan tikus belanda dan arnab jinak.
"Mintak tumpang pergi Zoo Negara", kata arnab kepada Sabriena.
Saleh dan guinea pig yang lapar.
Guinea pig yang ini sangatlah mesra alam.
Dari kandang arnab dan guinea pig, kami terus ke kolam ikan. Banyak sungguh ikan koi yang berenang-renang dengan gembiranya. Sekali nanti aku jaring dan goreng kunyit, barulah dioarang dah tak gembira lagi agaknya. He he he... Ikan koi ni kami bagi dia makan pelet ikan. Memang suka betul diorang dengan pelet tu. Tak taulah kenapa. Lidah ikan dan lidah manusia memang tak sama gamaknya.

Banyak sungguh ikan koi di perairan ini.
Membagi ikan koi makan pelet ikan.
Wanie jugak tak ketinggalan memberi makan ikan koi.
Sesudah tu, kami ke kandang yang lain pulak. Kat sini ada landak Afrika yang sangat besar dan mengerikan. Landak tu diberitakan telah memakai gel rambut dalam kuantiti yang sangat banyak, sampaikan rambutnya boleh dicacakkan secara bergaya dengan selambanya. Duri landak ni kalau buat korek telinga aku rasa macam best jugak rasanya. Selain dari landak, ada jugak iguana merah yang first time aku nengok. Cantiklah iguana merah tu. Kalau orang pompuan pakai buat hiasan kepala, mesti nampak lawa. Keh keh keh. Dan aku jugak ternampak sekor kura-kura yang aku pun tak tau masih hidup atau dah mati. Cuma nampak kulit dia aje dari luar. Kepala dia disembunyikan kat dalam. Memang pemalu betul kura-kura ni.

Landak yang ganas!
Iguana yang cuba menyamar menjadi pokok.
Jenuh aku bagi salam. Kura-kura ni tetap enggan keluar dari cengkerangnya.
Iguana merah yang cantik dan unik.
Iguana ni nak lari bila aku cuba mendekatinya. Dia ingat aku nak tangkap dia buat sate!
Kami jugak pergi ke sangkar rama-rama. Tapi rama-ramanya aku rasa banyak yang terlepas kandang kot. Populasi rama-rama kat kandang tu sangatlah sedikit. Dan yang terakhir sekali, kami pergi pulak ke kandang binatang pelbagai. Kat situ ada skunk. Skunk - binatang yang terkenal dengan kentut dan kencingnya yang sangat busuk. Lebih busuk dari najis orang yang cirit-birit sebab salah makan. Masa kami pergi nengok skunk tu, ada jugak terbau busuk. Tapi hidung kami masih boleh tahanlah. Takut nak pergi lebih dekat atau memegangnya. Nanti dia bagi satu hembusan aroma power, pasti tak boleh tidur sepanjang malam. Yang hebatnya, ada dipelihara sekor skunk albino.

Di sangkar rama-rama yang tak banyak rama-rama.
Masih di sangkar rama-rama. Ini adalah tempat rama-rama mandi gamaknya.
Skunk albino yang busuk.
Selain dari skunk, ada jugak dibela ferret. Masa kami pergi jengah kat kandang ferret, binatang tu tengah tidur sangat lena. Siap berdengkur lagi. Masa kami pegang pun dia tak terjaga. Ada juga arnab besar dan prairie dog. Tapi prairie dog ni bukannya dari keluarga anjing. Tapi kalau jadi anak angkat anjing tak taulah pulak aku. Dan jugak ada satu haiwan yang tak kurang hebatnya, iaitulah musang raccoon albino. Nampak gayanya tempat ni suka bebenor pelihara haiwan jenis albino. Ada gagak, skunk, dan raccon albino. Itu kira spesis yang susah nak carilah tu.

Saleh sedang memegang seekor ferret yang sedang tidur.
Arnab gergasi yang lebih besar dari anak gajah.
Prairie dog - binatang ni memang sangat suka berdiri beramai-ramai.
Saleh dengan seekor burung nuri.
Burung macaw yang berwarna warni. Sungguh cantik!
Raccoon albino. Jarang dan sukar ditemui.
Bila dah penat jalan, kami rehatlah sekejap kat cafe yang ada kat situ. Kami pun hulurkanlah satu kupon makanan untuk satu famili. Ingatkan boleh tukar kupon tu dengan makanan. Rupanya nak pesan makanan masih kena bayar, cuma ada diskaun sikitlah makanan yang dipesan tu. Dan bila makanan sampai, kami pun makanlah dengan lahapnya. Rasa sedap sungguh. Bukannya makanan tu sedap, tapi makan berebut-rebut tu yang sedap. Macam piranha lagaknya.

Syahmie terlalu haus. Dia nak minum empat gelas air teh o ais sekali gus.
Lega dapat minum air setelah penat berjalan.
Sijil penghargaan kerana telah berjaya melawat tempat ini.
Sabriena jugak kehausan. Lega dapat minum susu kegemarannya.
Sedang santai kejap kat kafeteria.
Semua orang gembira dapat makan dan minum.
Sebelum balik, kami singgah sekejap kat kedai gambar. Kami dapat kupon jugak sebenarnya. Kami ingatkan boleh tukar kupon tu dengan gambar yang dicuci. Sebenarnya, sepanjang kami berjalan-jalan dalam Farm In The City tu, ada sorang paparazi sibuk mengekori kami, dan mengambil gambar kami. Lepas tu barulah kami diberi kupon gambar tu. Kami pun nengoklah semua gambar kami yang telah ditangkap oleh paparazi tadi. Banyak jugak. Lalu orang kat kaunter gambar tu tanya kami, nak gambar yang mana? Lalu kami pun memilih satu gambar. Dan dia pun print-lah. Lepas tu dia kata pulak kat kami, "Ini gambar pun kalu ada cantek jugak kalu kasi print". Dan kami pun bersetuju untuk membenarkan dia mem-print satu lagi gambar kami. Lepas dah print tu, kami pun ambillah kedua-dua keping gambar tadi dan berhasrat untuk berlalu dari situ. Mamat yang kat kaunter tu dok jeling-jeling kat kami. Lalu aku bertanya, "Apasal? Kena bayar ke?" "Oooohhhh... itu suda masti. Suda print kalu, masti baya kalu". "Berapa ringgit?" tanyaku. "Cincai kira, dua pulo ringgi pun okay satu keping gamba". Terkejut kami mendengarkan nilai harga yang diletakkan untuk satu keping gambar bersaiz 6R. Adus! Penipu betul mamat tu. Dahlah tak letak tanda harga kat kaunter. Kalau kami tak nak bayar pun sebenarnya okay jugak. Tapi pasal menengokkan muka dia yang macam nak menangis, kami pun bayar jugaklah.

Sempena kunjungan kami ke sana, kami telah dihadiahkan dengan sijil lawatan yang kira okay jugaklah, buat penyejuk hati yang tadinya tengah panas. Anyway, secara keseluruhannya, tempat ni memang best, cuma korang janganlah sampai kena tipu dek orang-orang kat situ yang bermulut dan berwajah manis.

Di kaunter gambar.
Syahmie dan Sabriena menunggu gambar siap di-print.
Di pintu keluar.
Memperagakan sijil masing-nmasing. Lepas ni terus balik.

Monday, February 18, 2013

Farm In The City: Seronok bagi makan haiwan

Bahagian 2

Masih di Farm In The City, Seri Kembangan. Aku berkesempatan memegang buah betik ranum dalam genggaman. Dan seperti yang dijangka, beberapa ekor burung 'turaco' daang mendekatiku tanpa segan silu, sambil mematuk-matuk buah betik yang kuhulurkan. Penjaga zoo tu kata, kalau pegang betik tu kena pegang kuat-kuat. Kalau tak nanti burung tu akan terus bawak lari betik tu jauh-jauh. Aku sangat teruja bila burung turaco hijau datang jinak kepadaku. Dan aku lebih teruja bila burung turaco biru pulak datang menjamah buah betik manis di tanganku. Dan aku terus menunggu agar burung turaco yang berwarna merah, kuning, purple, pink, oren dan rainbow pulak datang. Tunggu punya tunggu, burung-burung yang colour lain-lain tu semua tak datang. Kecewa aku.

Melayan burung turaco hijau.
Burung turaco ni memang suka sangat makan betik.
Burung ni tak pulak patuk tangan aku.
Memanggil burung turaco untuk datang dekat.
Ya! Ini dia turaco biru yang lagi hebat!
Burung turaco ni dah jadi friend aku dalam Facebook.
Dari tempat burung, kami beralih pulak ke tempat haiwan ladang seperti kambing dan rusa. Kami disambut oleh seekor kambing bersaiz seladang yang pandai berdiri. Kami sangat kagum dengan kambing itu. Kerana dia boleh berjalan di atas dua kaki dalam jangka masa yang lama dan jarak yang jauh, sambil makan sayur. Dan kekadang, dia berjalan di atas dua kaki depannya sambil memakan rumput di tanah. Itu takpa lagi. Ada kalanya pulak dia akan berjalan hanya dengan menggunakan ekornya yang kontot sambil kaki depannya membuat juggling, dan kaki belakangnya pulak menimbang bola sepak. Ish ish ish... memang dahsyat sungguh! Cuma yang suspennya ialah, kambing ni dia kalau bab makan, memang tak sabar sikit. Dia akan ikut aje sesiapa yang ada memegang sayur atau roti di tangannya. Naik rimaslah pulak aku dibuatnya.

Memberi makan kambing berdiri.
Ada kalanya bila kambing ni berdiri, ada setinggi zirafah.
Dua ekor anak rusa yang cantik dan juga jinak turut dibela di sini. Bulu rusa agak kasar sikit. Tapi rusa-rusa ni memang sangat suka kalau orang pegang dan gosok-gosok kepala dia. Dan dia jugak akan makan sayur yang dihulurkan kepadanya. Ada rusa bintik dari spesis 'axis deer' sangatlah cantik. Rusa yang itu pun sangat jinak jugak dan hebat. Tapi, kalau dibuat sate mestilah lagi hebatkan?

Rusa yang baik bersama Saleh.
Mulanya aku ingat rusa ni kena panau, rupanya memang coraknya berbintik macam tu.
Saleh melayan kambing berdiri.
Syahmie dan anak rusa.
Bersama rusa bintik yang comel.
Sama-sama malu.
Rusa yang berbintik tu namanya rusa Axis.
Dalam kawasan kandang yang sama, ada juga dibela beberapa ekor binatang yang macam kangaroo. Tapi dia lagi kecil sedikit. Nama binatang ni ialah wallaby. Asal dari Australia jugak. Kami nak pegang wallaby ni, tapi orang yang jaga kandang tu kata, tak boleh, sebab dalam kantung poketnya ada anak. Takut dia jadi garang. Pernah satu ketika, ada pengunjung yang datang dekat dan pegang wallaby ini dan anaknya. Lalu wallaby ni berteriak, "Penyeluk saku! Penyeluk saku!! Penyeluk saku!!!" Dan polis pun datang dan mendapati itu hanyalah panggilan palsu aje.

Syahmie bersama wallaby di belakang tabir.
Sebelah kandang rusa ni pulak ada kandang itik dan angsa. Kami tak masuk kat dalam. Tapi dari luar kandang, kami boleh nampak macam-macam jenis itik ada dibela. Ada itik serati. Ada itik biasa. Ada itik Donald Duck. Dan ada jugak itik gantung. Dan angsa pun ada macam-macam jenis jugak. Ada angsa kelabu. Ada angsa putih. Ada angsa leher panjang. Ada angsa leher pendek. Dan Toyota Unser pun ada dibela di sini. Memang menakjubkan sekali. 

Amier melihat angsa dan itik.
Amier suka nengok angsa. Hari-hari Amier nengok angsa.
Wallaby sedang makan.
Sebelum kami beredar ke kandang yang seterusnya, kami sempat bergambar bersama Encik Scarecrow. Kami cuba tegur. Tapi dia tak jawab pun. Mungkin dia terlalu penat berdiri tengah panas lama-lama. Atau pun memang Mr Scarecrow ni jenis yang penyombong kot. Tak taulah kami. Oleh kerana dia malas nak layan kami, kami pun berlalulah dari situ sambil mengumpat dia.

Bergambar bersama Encik Scarecrow.
Kandang yang selanjutnya ini agak kelakar sedikit. Dalam kandang ni ada banyak arnab dan guinea pig a.k.a. tikus belanda (adik beradik ayam belanda dan durian belanda jugak). Bila kami masuk aje dalam kandang ni, bersusun guinea pig ikut kami. Nampak sangat comel pulak. Bulu guinea pig ni agak kusut masai sikit. Mungkin sebab dia pakai syampu biasa aje kot. Patutnya dia kena pakai syampu Pantene, barulah bulu lembut selembut bayi. Kami bagilah arnab dan guiea pig ni makan sayur jugak. Ada yang terlebih jinak, boleh diangkat-angkat. Yang tak berapa jinak tu, tak bagi kita angkat dia. Mesti dia lari jauh.

Syahmie melihat kumpulan arnab dan guinea pig makan.
Binatang-binatang ni nampak serabut bulunya.
Melayan arnab dan tikus belanda.
Dalam banyak-banyak haiwan yang kami dah lihat tadi, haiwan guinea pig dan arnab nilah yang paling disukai Sabriena. Dia punyalah excited sampai menjerit-jerit kegembiraan. Tak senang duduk dia dalam kereta sorong tu. Happy aje aku nengok riak wajah dia. Binatang tu pun nampak gayanya macam suka kat Sabriena jugak. Malah ada sekor arnab siap tumpang duduk kat kereta sorong yang dinaiki Sabriena. Best, best, memang best...

Bersambung...

Sabriena sangat suka pada arnab.
Tikus belanda ni walaupn comot, tetapi tetap maintain comel.
Sabreina gembira dapat berkenalan dengan teman-teman baru.
Sabriena dikerumuni peminat.
Binatang-binatang ni bau dia busuk sikit.
Syahmie, Sabriena dan haiwan.
Sabriena sedang asyik menengok haiwan.