m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label play. Show all posts
Showing posts with label play. Show all posts

Monday, June 15, 2020

Lexis Hibiscus PD: Layan Amier dan Sabriena bermain dulu

Bahagian 4

17 September 2016 - Setelah puas beraktiviti pada siang harinya, dan setelah meluangkan sedikit masa untuk berehat di bilik yang sangat selesa, kami kembali ke lobi resort untuk bersiar-siar di pantai dan mencari makan malam di pesisiran pantai. Memang ada gerai-gerai kecil dalam kawasan resort ini. Bagi mereka yang tak mahu keluar kawasan, boleh saja menikmati makanan yang ada dijual di gerai-gerai ini.

Tetapi sebelum makan malam, kami membiarkan anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak yang ada di situ. Amier dan Sabriena nampak gayanya sangat teruja dapat bermain buaian, jongkang jongket, papan gelongsor dan lain-lain permainan standard yang ada di sini. Yang lain-lain mengawasi pergerakan mereka dan memastikan keselamatan Amier dan Sabriena ketika asyik bermain. Ramai juga aku lihat anak-anak lain yang menggunakan fasiliti tersebut. Setelah Amier dan Sabriena puas bermain, barulah kami bergerak ke satu zon lain yang dinamakan "Hibiscus Walk". Di situlah adanya pasir pantai yang cantik, dan gerai-gerai makan yang menjual beraneka jenis makanan. Jom kita ke sana!

Bersambung...


Naik buggy nak cari mainan dan makanan.
Perjalanan yang dekat.
Setiap buggy penuh dengan penumpang.
Dalam perjalanan.
Sabriena nak cuba menjadi Spiderman.
Nak try main jongkang jongket pula.
Yang ini kena main dua orang.
Amier volunteer nak main jongkang jongket dengan Sabriena.
Best pulak main benda alah ni.
Macam main dacing.
Main lama-lama boleh sakit punggung.
Tetapi dua beradik ini boleh layan pulak.
Dan sangat seronok nampaknya mereka.
Tersengih-sengih Sabriena nampak gayanya.
Kita main sampai bosan.
Lepas tu boleh naik keretapi to Busan.
Sekarang kedua-dua beradik nak jadi Spiderman.
Spiderboy dan Spidergirl.
Dah penat. Amier nak berehat sekejap.
Sabriena nak buat mountain climbing pula.
Dan sekarang layan main slide pulak.
Main slide pun seronok juga.
Amier dan Sabriena di atas slide.
Gayat pulak si Amier.
Sabriena nak menggelongsor ke bawah dulu.
Satu, dua, tiga, go!
Giliran Amier pula.
Alamak! Macam tak muatlah pulak.
Tak apalah. Gerak perlahan-lahan.
Main jongkang jongket lagi best.
Jom second round.
Tapi main sekejap aje, ya?
Sekejap lagi kita nak berjalan kat tepi pantai.
Okay! No problem.
Jom kita masuk zon Hibiscus Walk.
Experience the difference.



Tuesday, September 3, 2013

Play-play kat Kid's E World

Tarikhnya adalah sekitar bulan Ogos 2013. Masa ni tengah bulan Syawal, bulan raya puasa. Setelah diajak anak buah kami, Sri, wife aku, Ika dan budak-budak yang masih cuti sekolah pun setujulah nak pergi ke tempat permainan kanak-kanak indoor kat sekitar Mid Valley. Nama tempat tu ialah Kid's E World. Alamatnya: Tingkat 4, The Gardens Mall, Mid Valley City. Aku tak dapat join pasal ada urusan lain yang perlu dibereskan.

Amier antara yang sangat teruja dengan trip kali ini di sini.
Haikal tak kurang happy-nya.
Saleh sedang bergelut dengan blok mainan.
Sebenarnya aku nak cerita macam-macam kat sini. Pengalaman bermain dalam kawasan permainan tertutup ni. Betapa syioknya bebudak dan orang besor berlegar-legar kat sini. Tapi masalahnya aku tak ikut sekali. Jadi macam manalah aku nak kisahkan. Maka, apa kata korang nengok gambar ajelah. Gambar is worth a thousand words. Itu kata orang putih . Orang Melayu kata, sejuta kata tak dapat memaknakan sekeping gambar. Cheers!

Haikal nak panjat tali petak.
Sabriena sedang babysit Ika.
Sabriena berkerut menahan kentut.
Masih menahan...
...Dan terus menahan...
Baru lepas dan terus legaaa...
Sabriena dan mama.
Sabriena tengah happy.
Menikmati keenakan air mineral.
Alamak! Nak terkentut lagi!
Haikal sedang buat sesuatu.
Haikal dah pun buat sesuatu.
"Buat sesuatu? Buat apa? Tak nampak Haikal buat apa-apa pun?" bisik Sabriena.
Sabriena sedang menunjukkan sesuatu.
Sri dan Baby Hana.
Sabriena masih babysit Ika lagi.
Sabriena terpaksa melayan Ika menuruni gelungsur yang sebenarnya telah dikhaskan untuk budak-budak kecil sahaja.
Sabriena terpaksa mengakui, susah jugak nak melayan kerenah Ika.
Ika, Sabriena, Sri dan Baby Hana.
Baby Hana dah bangun dari tidur.
Amier sedang slide down.
Dah sampai kat bawah pun.
Berlatih menembak.
Ibu dan baby.
Siapalah agaknya yang telah mengurung mereka berdua ni dalam sangkar?
Amier puas bermain.
"Idola badminton saya ialah Dato' Lee Chong Wei".
Bermain bersama.
Merangkak macam askar.
"Tolak pelan-pelan, okay?"
Mengekspresi hari yang pelik di Kid's E World.