Sabtu lalu kami sekeluarga berangkat ke Asam Jawa, Kuala Selangor untuk menghadiri satu jemputan perkahwinan saudara kami. Majlis tu biasa-biasa aje. Ia dibuat di sebuah dewan orang ramai JKKKKKKKKKKKKK (nama pendek untuk Jawatan Kuasa Kampung Kecil Kendalian Kerabat Keluarga Kebanyakan Kelompok Kesatuan Kumpulan Kesenian Kompang Khatulistiwa). Kami makan pun lebih kurang aje pasal belum terlalu lapar sangat.
Yang agak menarik mungkin sebab ada live band yang mendendangkan lagu-lagu trash metal rock seperti lagu-lagu Cromok, AC/DC, dan jugak lagu-lagu Scorpion, Deep Purple dan Metalica. Semua tetamu terhangguk-hangguk mengiakan kata-kata penyanyi yang mengalunkan lagu.
Yang lebih menarik lagi adalah moto yang tertulis pada belakang baju penanggah - "Yok Rewang". Maknanya tetamu yang hadir tu janganlah duduk bersantai aje. Sila-silalah ringankan tulang sama-sama mengemas meja, membasuh pinggan dan menghidang lauk pauk. Macam biasa anggota Rela telah mengawal lalu lintas dengan begitu cemerlang sekali.
|
Adik beradik mak aku - pakcik & makcik aku. |
|
Nyam nyam nyam... |
|
Masih nyam nyam nyam... |
|
Rockers kampung in action. |
No comments:
Post a Comment