m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Kenduri Herwan di Tanjung Karang

30 Julai 2017 - Lebih empat tahun lalu, kami mendapat undangan untuk hadir ke satu kenduri di sekitar Tanjung Karang (kalau tak silap aku). Aku memang totally tak ingat kenduri apa. Mungkin aqiqah kot. Dan jemputan itu datang dari seorang rakan sekerja, sepejabat isteriku - Herwan namanya. Kalau tak silap aku juga, ini adalah kampung isteri Herwan. Memanglah agak jauh dari rumah kami. Tapi melawat kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah bendang memang suatu pengalaman  yang menyeronokkan. Jadi kami pun memenuhi jemputan itu dengan perasaan yang sangat teruja.

Isteriku bersama rakan sepejabatnya.

Sedang minum-minum setelah selesai makan tengah hari.

Wow! Garangnya muka Wanie... Hehehe...

Wanie pakai baju uniform. Maknanya lepas ni nak balik ke asrama.

Sabriena sedang makan kuih.

Herwan memastikan para tetamu mendapat layanan yang terbaik.

Rakan sepejabat.

Antara yang hadir pada majlis ini.

Amier nak makan kuih karipap.

Karipap sudah di tangan.

Dan Amier pun menggigitnya.

Ada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang telah dijemput oleh Herwan selain daripada kami. Apabila tiba di sana, kami terus saja dijemput untuk makan. Dan kami pun berbuat demikian tanpa menolak. Memang waktu itu kami tengah lapar sebab dah tengah hari. Aku menyegerakan makanku sebab nak  berlegar-legar sambil mengambil gambar di situ. 

Pemandangan sawah yang sedang menghijau pada ketika itu memang sangat cantik dan menarik. Tetapi aku lebih tertarik kepada tali air dan parit-parit kecil yang aku pasti dihuni oleh banyak ikan kampung seperti keli, haruan, sepat dan puyu. Nasib baiklah kami pergi kenduri. Kalau tak, sudah pasti aku akan bawa joranku yang paling panjang, dengan kekili yang berisi tali dengan ketahanan 100 paun serta mata kail sebesar sauh kapal Titanic. Manalah tahu aku berpeluang untuk memancing ikan haruan gadang sebesar paus biru bersalut tepung KFC?

Sesudah makan-makan dan bersembang, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan rumah mentua Herwan. Harapanku, satu hari nanti kami akan dapat datang lagi ke sana. Cuma kali ini untuk beriadah sambil memancing ikan-ikan parit. Terima kasih, Herwan!

Sabriena dah sudah makan. Sekarang masa untuk bersiar-siar.

Jom kita jalan-jalan.

Bersiar-siar di laman rumah.

Posing dulu.

Amier ternampak seekor ikan kerapu bara sebesar ikan lumba-lumba.

Aku pun jengah ke parit air ni juga, mencari ikan.

Air di parit ini mungkin paras betis sahaja.

Sabriena pegang sate buah. Macam terung pipit bentuknya.

Anak-anak turut berkumpul di tempat kami  berdiri.

Mengelilingi pokok kelapa sawit.

Sabriena nak ambil buah sawit ini untuk dibuat umpan memancing ikan kelah.

Amier melihat ada seekor burung di dalam sangkar.

Sedang mengkaji burung spesis apakah ini.

Rasanya macam burung merbuk.

Perut Amier dah semakin bulat sebab dah terlalu kenyang.

Pekarangan rumah yang kami kunjungi.


Wednesday, May 20, 2020

2 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Zaini

6 Jun 2019 - Masih kisah beraya di kampung. Sebenarnya, sebelum kami pergi beraya di rumah Makcik Mini, kami telah terdahulu pergi beraya di rumah Kak Zaini dan Abang Muin. Mereka ini sebenarnya pangkat anak saudara ibu aku. Aku mula kenal saudara-saudara aku ini pun semasa aku dalam group whatsapp keluarga Toi (keturunan Toi ni adalah level datuk nenek kami). Ibu sekali-sekala ada berbual dalam telefon dengan Kak Zaini sampai mereka menjadi agak rapat. Akhirnya pada perayaan aidilfitri kali ini, Ibu memutuskan untuk menziarahi anak-anak saudaranya ini. Kami menurut saja.

Pakcik Tahar ikut kami beraya di rumah Abang Muin dan Kak Zaini.

Amier layan diri ambil kuih dalam balang.

Makan kuih raya juga.

Dah selesai makan. Duduk berehat di kerusi.

Kak Zaini melayan baik ibuku.

Yana juga berehat setelah makan.

Begitu juga dengan Farid dan Wanie.

Kami rehat-rehat saja membiarkan Ibu bersembang panjang dengan Kak Zaini.

Sementara itu, Pakcik Tahar duduk bersembang dengan Abang Muin.

Pakcik Tahar turut beraya bersama kami di rumah Kak Zaini dan Abang Muin. Sementara yang tua duduk bersembang, kami melayan kuih-muih dan makanan yang dihidangkan. Sambil-sambil tu kami bermain-main dengan seekor kucing peliharaan mereka yang sangat jinak, manja dan comel. Kucing tu sampai nak ikut kami balik. Nasib baik aku tak bawa kucing tu naik kereta. Kalau aku ajak, mesti kucing tu tidak ragu-ragu akan mengikut kami balik ke Kuala Lumpur. Apa-apa pun kami mengucapkan terima kasih, dan maaf zahir batin kepada kedua mereka - Kak Zaini dan Abang Muin. Ada kesempatan, kami akan singgah lagi. Dan sudi-sudilah melawat kami di Ampang bila negara kita sudah bebas dari ancaman covid-19.


Membelek-belek gambar dalam handphone.

Amier terus makan kuih dalam balang.

Ini isteri dan anak Hasyimi.

Ini halaman luar rumah.

Ada pokok kelapa tinggi di depan rumah.

Hasyimi bersantai di luar rumah.

Menikmati angin luar yang segar.

Bersama si meow yang sangat comel dan jinak.

Dia nak ikut kami balik KL.

Kak Zaini dan Ibu sebelum kami beredar dari situ.



Tuesday, May 19, 2020

2 Syawal 2019: Di rumah Makcik Mini 2

Bahagian 2 (Akhir)

Semua tetamu berasa sangat puas hati dapat merasa menu daging salai masak lemak cili api. Inilah juadah spesel setiap kali kami berkunjung ke rumah Makcik Mini. Ditambah pula dengan jeruk tenggiri goreng. Memang terasa kesedapannya sampai ke otak! Itu belum cakap pasal teh tarik lagi. Bagai ditarik-tarik badan ini bila meneguk keenakan teh tarik menyelinap melepasi tekak. Aduh! Susah nak diceritakan secara tepat. Kena rasa sendiri baru tahu.

Ema, Hana, Wani, Makcik Mini bersama isteriku.

Bergambar di serambi dahulu sementara menanti crowd yang lebih besar tiba.

Ahli keluarga sudah bertambah besar.

Dan semakin besar.

Ada lagi yang belum masuk.

Tak apa. Kita ambil gambar siapa yang ada di sini dulu.

Ambil gambar pakai I-phone dulu.

Ibuku juga telah diajak untuk bergambar bersama-sama.

Masa ni pakcik-pakcik belum join lagi.

Sekarang bapak-bapak pun join sama.

Laksamana Amier memastikan suasana terkawal dan penjarakan sosial dipatuhi.

Aku dan Hasyimi pula enter frame.

Bersembang adik-beradik.

Membelek mesej sebentar.

Azfar, Wani dan putera mereka.

Azfar di samping Mama dan Wani.

Masih dengan posing yang sama.

Azfar mendakap kedua-dua orang wanita yang sangat disayangi.

Makcik Mini dengan ibuku.

Sesudah makan dan minum sampai kenyang, kini tibalah pula masa untuk bergambar beramai-ramai. Dulu kami jarang buat macam ni. Tapi aku rasa elok juga diabadikan saat-saat manis seperti ini di dalam foto. Lihatlah sendiri pada tahun ini (2020), dah tak boleh dan beraya macam selalu. Nasib baik jugaklah ada gambar kenangan yang diambil. Bolehlah belek-belek gambar bila tak dapat balik kampung. Ruang serambi rumah Makcik Mini ni besar juga. Muatlah kami nak berkumpul dan bergambar di situ beramai-ramai. Siap ada tempat duduk batu lagi. Memang sesuai sangat.

Sebelum berangkat pulang, kami bersalaman dan bermaafan. Terima kasih banyak kepada Makcik Mini serta keluarga kerana telah melayan kami dengan baik sekali. Kami tak pernah rasa terasing bila datang ke sini. Ini menjadikan kami tak sabar-sabar untuk berkunjung lagi ke rumah Makcik Mini pada masa-masa akan datang. Bila wabak covid-19 ini dah reda dan rantaiannya dah terputus, bolehlah kami ke sini lagi ya? Selamat berpuasa dan berhari raya dengan normal yang baru pada tahun 2020 ini.

T A M A T

Sebahagian keluarga Pakcik Rizali.

Selesa duduk di serambi.

Hisham dan Pakcik Tahar.

Ada sesuatu yang menggeletek hati mereka.

Farid merenung cicak di siling.

Mengulangkaji nota-nota kuliah.

Isteriku menunjukkan sesuatu kepada Makcik Mini.

Gambar yang sudah pasti menceriakan.

Laksamana Amier berkawal di sempadan.

Semua orang nampaknya sedang mematuhi SOP PKPB.

Sempat bergambar dalam gelap.

Bertemu lagi sebelum berangkat pulang.

Insya Allah kita akan bertemu lagi pada masa-masa akan datang.