m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label azfar. Show all posts
Showing posts with label azfar. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Lepas kahwin barulah makan

Bahagian7 (Akhir)

Bersapa sudah. Bernikah pun sudah. Bersentuhan sudah. Bergambar juga sudah. Yang belum hanyalah menjamu selera bersama keluarga besar. Selepas solat asar berjemaah, kami dijemput oleh pihak pengantin perempuan untuk ke suatu ruang di sisi masjid, untuk menjamu selera seadanya. Kami dijamu dengan makanan ringan seperti bihun, mi dan kuih muih. Maka kami pun makanlah makanan yang dihidangkan di atas meja makan. Memang cukup berselera sekali.

Pakcik Udin dah selesai makan. Pakcik Tahar sedang sibuk makan. Kedua-dua pakcik ni ialah pakcik aku dan Pa.
Pakcik Udin dah siap lap mulut.
Isteriku bersama kakak Pa -Wati.
Pakcik Rizali sedang mendengar cerita ayah Wani.
Cerita ayah Wani mengingatkan Pakcik Rizali kisah di zaman Jepun dahulu.
Pakcik Rizali sangat teruja menerima menantu yang kedua.
Kesempatan ini turut kami gunakan untuk lebih mengenali kaum kerabat pengantin perempuan dengan berborak sakan secara mesra. "Awak ni siapa?" "Saya ni ayah pengantin perempuan. Awak ni pulak siapa?" "Saya ni ayah pengantin lelaki". "Ooooohhh... kita ni besanlah ya?" "Yalah. Tak sangka kan?"

Ayah Wani.
Sedang asyik bersembang sambil makan minum.
Berdebat mengenai nasib Neymar yang ditujah pertahanan Colombia.
Sembang pasal badminton pulak.
"Van Persie punya tandukan masa lawan Spain tu memang paling hebat. Macam kerbau tanduk batang kelapa".
"Tapi gigitan Suarez lagi kaw. Saling tak tumpah macam gigitan Dracula!"
Keluarga sepupuku - Hisham.
Dua orang sepupu lagi - Hakim Yang Arif dan Anis Yang Manis.
"Jom kita sembang pasal team Costa Rica pulak. Siapa yang setuju?"
Selepas makan secara ala kadar, kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Besoknya pengantin nak bersanding pulak. Kena cukup rest. Mak ayah pengantin jugak akan jadi sibuk menyambut tetamu. Memang semua orang kena cukup rehat. Besok adalah hari yang memenatkan untuk kaum keluarga pengantin. Kami ucapkan selamat tinggal dan tahniah kepada pasukan kegemaran kami - German pasal menang bola sepak Piala Dunia!

Sekian.

Dah puas bersembang. Masa untuk makan pulak.
Inilah masjid Taman Melawati yang bersejarah.

Tuesday, July 15, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Bersama keluarga besar

Bahagian 6

Pa dan Wani - bernikah sudah, bersentuhan pun sudah. Kini kedua pengantin baru berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga untuk bergambar bersama-sama. Keluarga yang sederhana kecil kini telah menjadi sederhana besar. Itulah antara hikmah berumah tangga, menyatukan dua keluarga yang dulunya asing, hingga menjadi tidak asing lagi. Asal jangan menyatukan makhluk asing UFO ke dalam keluarga, sudah.

Pengantin bersama keluarga besar pengantin lelaki.
Bersama ayah ibu dan adik-beradik Pa.
Adik bongsu Pa, Naema tak dapat hadir pasal tengah pulun untuk exam besar esok harinya.
Keluarga Pakcik Rizali bersama dua orang menantu.
Semua orang berwajah ceria.
Masa ambil gambar ni, dah sudah solat asar berjemah.
Tak taulah kenapa semua orang tunjuk kat cameraman. Cameraman ada buat salah ke?
Merenung jauh ke masa hadapan.
Bergilir-gilir dan pelbagai posing diaksikan oleh pengantin dan ahli keluarga. Formal style, free style, paid style, no style, dan macam-macam style lagi. Pada hari besar, sebesar hari ini memang sangat wajar semua ahli keluarga dan sahabat handai mengambil kesempatan merakamkan album lagu-lagu pop, errrrr... maksud aku merakamkan detik-detik manis sebagai kenangan indah bersama pengantin baru. Pengantin serta keluarga pengantin patut diraikan. Dan foto demi foto pun diambil buat kenangan berpanjangan.

Lepas dah puas ambil gambar, barulah kami akan makan juadah yang disediakan.

Bersambung...

Sepupu-sepupu Pa tumpang ambil gambar bersama-sama.
Ini keluarga Wani pulak.
Memancarkan wajah-wajah yang tersenyum.
Free style. Nak buat style macam gini tak perlu kena bayar satu sen pun.
Masih lagi dengan free style.
Tetiba ada sesuatu yang berlaku di sudut sana.
Nengok tu! Diorang tuduh cameraman lagi. Hu hu hu...
Semua orang menuding jari ke arah cameraman. Ini yang buat cameraman tak senang duduk nih.
Besan bergambar dengan pengantin.
Pengantin bersama kedua orang tua.
Kedua orang tua bergambar bersama pengantin.
Masih bergambar.
Dan terus bergambar lagi.

Monday, July 14, 2014

Pernikahan Azfar-Wani: Sentuhan listrik

Bahagian 5

Kini Pa dan Wani telah sah bergelar suami isteri. Semua hadirin dan hadirat dan ahli keluarga serta teman-teman sangat-sangat gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya telah berlangsung dengan selamat. Rata-rata melemparkan senyuman berterusan yang menceria dan menyerikan sekitaran masjid pada petang itu.

Pasangan suami isteri yang baru - Pa dan Wani.
Membaca doa dan memegang kepala isteri.
Mengeluarkan cincin untuk disarungkan.
Kini tibalah acara yang sering dinanti-nantikan oleh cameraman, adegan membatalkan air sembahyang. Semua juru kamera yang profesional, semi-profesional dan amatur beratur kat depan pengantin baru untuk merakamkan gambar bersejarah dan detik manis ini di dalam kamera masing-masing. Yang tak bawak kamera, terpaksa menggunakan telefon pintar masing-masing bagi turut mengambil gambar pengantin membatalkan air sembahyang. Yang tak ada telefon pintar, terpaksa pula menggunakan telefon masjid yang besar tu. Dan kalau tak ada jugak, mereka akan gunkan public phone bagi tujuan yang sama.

Menyarungkan cincin ke jari manis isteri.
Masih menyarungkan cincin.
Okay, ngam. Tapi kena lama-lama sikit posing macam ni pasal juru kamera yang suruh.
Seronoknya Wani dapat hadiah cincin dari suami.
Best pulak pegang tangan isteri lama-lama cenggini.
Juru kamera masih tak puas nak ambil gambar.
Wani mencium tangan suami.
Alamak! Bau belacanlah pulak.
Pa mengucup dahi isteri.
Tudung ni bau Soflan-lah.
Semua juru kamera telah bersedia. Mata masing-masing membedek ke arah pengantin melalui kamera yang dipegang. Lama mereka berbuat begitu. Tetapi Pa dan Wani masih tak melakukan apa-apa. Tak ada cincin yang disarungkan, mahu pun gelang tangan atau rantai leher untuk tujuan membatalkan air sembahyang. Dekat dua jam para juru gambar menunggu. Lantas salah sorang juru gambar profesional yang telah hilang sabar bangun dan bersuara, "Errr... bila pengantin nak batalkan air sembahyang?" Dengan selamba Pa menjawab, "Dah sudah dah. Dari tadi dah batal air sembahyang." "Tak nampak apa-apa action pun?" kata juru gambar tadi. "Memanglah tak nampak apa-apa. Tapi tadi ada 'bau' tak?" Barulah semua hadirin teringat, memang kira-kira dua jam lepas mereka ada terbau macam tempoyak masam. Eeeeeeeee..... baru mereka tersedar. "Macam tu ke pengantin batalkan air sembahyang?" Pa sekadar tersenyum dan ketawa kecil, "He he he..."

Wani ketawa mengekek pasal Pa buat lawak jenaka antarabangsa.
Semua ahli keluarga tak lepaskan peluang mengambil gambar pasangan pengantin baru dengan handphone masing-masing.
Duduk bersama berpegangan tangan.
Wani dan Pa. Bahagianya bersama.
Okay, kami masih senyum.
Smile for the cameras.
Senyum lama-lama lenguh jugak otot rahang.
Juru gambar tadi terus bersuara, "Okaylah. Lain kali kita jangan namakan dia upacara membatalkan air sembahyang. Kita panggil acara sarung cincin, atau acara pakaikan gelang, atau rantai. Atau kalau nak umum lagi, kita panggil aje acara pakaikan barang kemas kat badan isteri. Setuju?" Para hadirin menjawab dengan serentak, "Yaaaa... Setuju sangat!" Dan Pa pun mengeluarkan cincin emas berlian dari saku baju Melayunya. Masih berkilat bagaikan bintang. Macam bagai baru lepas di-polish dan di-wax. Cincin yang sangat berkilau itu disarungkan ke jari manis tangan kanan Wani yang penuh bercorak dengan inai. Maka kelam kabutlah para juru gambar memetik camera demi merakamkan detik manis dan istimewa ini. Wani tersenyum menerima hadiah cincin dari suami tercinta. Pa tersenyum melihat isteri tercintanya tersenyum. Barulah nampak para juru gambar berasa puas hati setelah berjaya mengambil gambar upacara tadi.

Menerima arahan selanjutnya dari juru gambar.
Masih duduk berdampingan.
Sekarang - formation of  heart and love shape.
Perfect heart.
Juru kamera kata dah boleh wrap. Pengantin lega.
Suami mengucup dahi isteri. Posing lumrah sejurus sempurna diijab kabulkan. Kekadang bukannya pengantin yang nak sangat, tapi cameraman yang lebih-lebih suruh buat itu dan ini. Pa kemudiannya bersalaman dengan ayah ibunya, dan dengan ayah dan ibu mentuanya. Ketika berpelukan dengan ayah Wani, sempat ayah Wani membisikkan sesuatu ke telinga Pa. Tak taulah apa yang dibisikkan. Barangkali suruh jaga anak kesayangannya betul-betul, dan menyayanginya sepenuh hati, serta membimbingnya agar sama-sama boleh ke syurga Allah suatu hari nanti. Itulah yang mungkin dibisikkan beliau.

Bersambung...

Pa berpelukan dengan ayah mentuanya.
Wani memeluk ayah kesayangannya.
Ayah memberi kucupan kepada Wani.
Berpelukan dengan ibu.
Ibu membisikkan nasihat ke telinga Wani.
Ibu mengucup dahi Wani.
Memakaikan gelang tangan emas pulak.
Lepas tu gelang tangan perak pulak.
Dan gelang tangan suasa.
Serta gelang tangan besi.
Dan akhir sekali menyarungkan gelang getah di tangan isteri.