Bukan benda baru, pengapit lelaki dan pengapit perempuan main jeling-jeling ketika di pelamin. Aku mula perasan masa malam berinai pada hari Jumaat 25 Mac 2011 di rumah Kak Long. Azlan, nama pengapit lelakinya sering membuat keletah yang melucukan. Elin, nama pengapit perempuannya tak kering gusi melihat gelagat Azlan. Aku nengok aje Elin nengok Azlan. Tapi tak terdetik apa-apa andaian pada malam tu. Hinggalah pada hari bersanding Ardy & Zila pada hari Ahadnya. Nampaknya macam ada sesuatu. Aku cuma tulis muqadimahnya saja. Cerita selanjutnya biarlah Elin & Azlan yang sudahkan... (bersambung)
No comments:
Post a Comment