m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Aqiqah Baby Arif: Serba biru

Bahagian 1

30 Mac 2013 - Hampir tujuh bulan lalu Baby Arif melalui saat-saat dipotong jambulnya di khalayak ramai. Tapi Baby Arif tak kisah pun. Potong jambul ke, cukur rambut sampai botak ke, Baby Arif tetap nampak comel dan hensem. Sebab tulah dia tak kisah. Masa tu buat aqiqah kambing sekalilah. Siap ada kambing bakar tergolek lagi. Pergh! Kegemaran semua orang.

Baby Arif sedang lena di dalam buaian berhias.
Ibu-ibu sedang berzanji dan bermarhaban di ruang tamu.
Melayan anak-anak.
Set air kelapa satu! Siapa yang order tadi?
Tema kenduri tu adalah warna biru. Kenapa biru? Aku tak pulak pernah menanya tuan punya acara. Tapi kalau ikut aku punya teori (dengan mengambil kira Teorem Pythagoras dan Teori Einstein), biru melambangkan baby laki-laki. Kalau perempuan mestilah warna pink. Tambahan pula, ayah Baby Arif, Pian kekadang kerja kat laut biru, dan mak Baby Arif pulak suka tengok langit biru (kot). Sebab tulah colour biru dipilih tanpa ragu.

Bersama anakanda Sofia.
Orang tua bercerita, Sabriena nak jugak masuk campur.
Tatkala ibu-ibu berzanji dan bermarhaban di dalam rumah, chef-chef terkemuka di luar rumah sedang giat memasak dan menyediakan juadah istimewa bagi dijamu kepada tetamu yang bakal memenuhi ruang rumah sebentar nanti. Saiful mengetuai deligasi membakar otak-otak yang diimport khas dari Muar Johor. Otak-otak ini memanglah sangat spesel. Ia diperbuat daripada otak ikan, otak udang dan otak lembu yang genius dan mempunyai IQ yang tinggi sahaja. Sesiapa yang memakannya akan pasti terkena tempias tahap genius haiwan-haiwan itu.

Operasi membakar otak-otak yang cerdik, diketuai oleh Chef Saiful. Pengkritik makanan Chef Karim sedang mencuba masakan.
"Cara-cara nak tau sama ada otak-otak tu dah masak atau belum - bukak pembalut dan makan isinya", Chef Saiful.
Amier mencuba makanan bersalut cokelat.
Inilah kambing golek yang dijumpai tergolek di dalam gaung tepi bukit.
Geng kambing golek.
Abang Anjang membuat pesanan - order lagi lima ekor kambing golek.
Berbual bersama tetamu.
Turut disajikan kepada tetamu adalah nasi beriyani. Bukan nasi beriyana, ya? Nasi ini ditempah dari kedai mamak yang tersohor di daerah Kepong. Mamak-mamak yang bekerja di sini semuanya adalah yang asli dan original tahap mamak mereka. Malah ada di antara mereka yang pernah memegang jawatan Mamak Bendahara ketika pada zaman Melayu Melaka dahulu. Sebab tulah, bila menjamah aje nasi beriyani yang disajikan, kita akan terasa betapa mamaknya makanan itu. Dan di situlah terletak kesedapan yang bukan kepalang terhadap nasi beriyani ini.

Juadah super hebat yang disediakan.
Kak Leha terpegun dengan keenakan otak-otak yang telah disediakan oleh chef selebriti - Chef Saiful.
Amier sedang menikmati biskut panjang bersalut cokelat.
Sedapnya biskut cokelat ni. Tapi kena makan sorang-sorang barulah lagi sedap.
Sabriena dan neneknya.
Sabriena di dalam dakapan ibuku.
Adam buat magik. Tadi pinggan kosong, sekarang ada empat biskut dan satu marshmellow. Semua saya punya!
Mak Anjang menemu bual Amier.
Seluruh rumah telah dihias cantik. Serba kebiruan. Masa aku mula-mula masuk ke dalam rumah, aku ingat aku dah terjun ke dalam laut biru. Tapi pakaian dan tubuhku tak pulak basah. Maka barulah aku tersedar bahawa sebenarnya aku masih berada di darat. Dan daratan itu adalah rumah Kak Long dan Abang Zai yang menjadi hos majlis yang sangat meriah ini. Ibu-ibu geng marhaban juga berpakaian seragam yang cantik. Turut dihias adalah buaian untuk menempatkan Baby Arif nanti. Semuanya memang cantik. 

Bersambung...

Kumpulan ibu-ibu marhaban.
Ini baru sebahagian geng marhaban. Ada lagi yang tak masuk dalam gambar.
Bukan selalu dapat berpakaian glamer secara berkumpulan.
Okay. Satu lagi pos istimewa.
Baby Arif dah bangun dari tidur.
Makan time. Semua orang happy-happy.
Kambing golek yang sedang menanti saat untuk dimakan.
Eh eh. Sabriena tumpang sekaki kat dalam buaian ni pulak.
Intan sedang mendodoi buaian kosong, dengan harapan dia boleh tidur kat dalam buaian tu kejap lagi.

Friday, August 30, 2013

Majlis cukur jambul yang sangat simple

Kalau ikut tarikh pada gambar yang aku ambil ni - 14 Januari 2011. Maksudnya dah lebih dua tahun lepas. Ini adalah majlis aqiqah cukur jambul yang dibuat oleh jiran depan rumah aku, Ikmal dan sepupunya. Majlis dibuat di Masjid Bukit Indah. Aku rasa majlis ni macam simple sangat. Tapi aku dah tak berapa ingat aturcara dia. Yang aku tahu, ada cukur jambul serba ringkas, ada tazkirah oleh ustaz mat saleh yang selalu keluar tv. Ustaz tu punya tazkirah pun best jugak. Lepas tu makan. Yang best-nya masa sepupu Ikmal menjemput para tetamu makan. Dengan tak tau apa yang patut diucapkan kepada para hadirin (first time experience), dia berkata, "Majlis dah selesai. Semua dijemput makan, errrr... nak sembang-sembang ke..." (lebih kurang macam tulah). Macam kelakarlah pulak aku rasa. Any way, terima kasih kerana menjemput, dan tahniah kerana dapat baby yang kini telah pun berusia dalam tiga tahun.

Ikmal berbaju pink kat kiri. Sepupunya berbaju biru kat kanan.
Ustaz mat saleh yang selalu keluar tv. Aku masih tak tahu nama dia siapa.

Baby siapa ni?

Baby siapalah ni yang comel dan kelakar ni? Ini gambar lama. Sekarang baby ni dah besar. Umur pun dah banyak. Dah pergi sekolah dah. Tapi siapakah baby ni sebenarnya? Pandai berenang, boleh jadi imam solat. Muka ada ala-ala mat saleh (yang pakai kupiah tu). Agak-agak siapa ya?

.......Inilah anak aku nombor tiga - Amier.

Bersedia untuk berenang kuak lentang.
Lepas iqamah boleh start solat.

Monday, May 7, 2012

Baby dah dapat nama!

Pagi tadi aku ke Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Taman Maluri untuk mendaftarkan nama bayi perempuan kami yang dilahirkan pada 26 April 2012 lalu. Trafik tak sesak. Mudah dan cepat aku sampai ke destinasi. Aku terus ke kaunter untuk mengambil nombor giliran. Tiba-tiba seorang pegawai wanita menyuruh aku terus ke kaunter tanpa perlu duduk menunggu. Rupa-rupanya itu jiran rumahku yang selalu memberi kami juadah makanan. Aku tak cam wajahnya. Kira-kira lima belas minit menunggu, surat beranak atau sijil kelahiran pun siap dicetak. Dan hari ini bayi kami secara rasmi telah diberi nama Miasarah Sabriena.

Sijil kelahiran Sabriena.
Wajah comel Sabriena.

Tuesday, September 27, 2011

Jambul siapa patut dicukur? (Bahagian 3)

Kaum ibu telahpun mencukur jambul baby Adrian. Kini tiba giliran kaum bapa pula. Memang inilah saat yang kami nanti-nantikan. Bermula dengan bacaan doa selamat yang dikendalikan oleh moyang Atuk Atan. Kami berselawat Nabi dan upacara menggunting rambut pun berlangsung bagaikan upacara menggunting riben jugak gamaknya.

Ayahanda kepada baby Adrian.
Moyang Atuk Atan menurunkan ilmu cara-cara memilih rambut yang terbaik untuk dipotong.
Moyang Atuk Atan menggunting jambul baby Adrian dengan sangat hati-hati. Tak mahu kulit kepalanya yang masih lembut tercedera. Aku pulak, selaku Atuk Chu yang agak brutal bercadang untuk mengeluarkan mesin cukur rambut yang baru aku beli kat kedai gunting rambut mamak berdekatan. Dan secara tiba-tiba semua orang menegah dengan menjerit, "Jangannn!!! Jangan gunakan mesin tu!!!" Aku tersentak. Lalu kubatalkan niat asalku. Dan aku sekadar memotong beberapa helai rambut baby Adrian menggunakan gunting kecil yang disediakan.

Giliran aku pulak. Gembira dapat melaksanakan suatu tugas yang berat dengan jayanya.
Pakcik Hafez nak test air kelapa sebelum potong jambul.
Beratur mengambil giliran.
Atuk punya turn.
Majlis gunting menggunting berlangsung berterusan. Ayahandanya juga turut menggunting. Sewaktu giliran kaum bapa menggunting, baby Adrian kelihatannya tidak tenang seperti sebelum ini. Barangkali kaum bapa terlalu brutal sangat. Kesian baby Adrian, menangis dan menjerit. Setelah selesai, bonda Nadia mendodoinya sehingga baby Adrian tertidur nyenyak.

Ayahanda pun nak cuba mencantas.
"Eh, rambut warna blonde ni payah nak jumpa kat Malaysia ni. Kena simpan buat kenangan ni", kata Atuk.
Rambut dah penuh dalam buah kelapa.
Bersama Kak Enon.
Sesudah upacara selesai, sesudah baby Adrian kembali ditenangkan oleh bondanya, kami para tetamu ke khemah untuk makan tengahari. Lauk hari itu sangatlah hebat. Semua makanan kegemaran aku. Ada ikan keli masak goreng cili. Ada sayur nangka muda masak lemak. Ada temboyak tumis ikan bilis. Ada daging masak kurma. Seperti dijangka, aku makan memang bertambah. Bertambah nasi, bertambah lauk dan bertambah gemuk. Dan dalam cuaca yang sebegitu panas, pekena pulak buah tembikai @ semangka @ timun cina, memanglah perghhhhhh... terhapus segala kedahagaan. Kami beransur dengan perasaan sangat puas hati. Sebelum pulang ke rumah, wife aku mintak singgah kat kedai pancing di Kepong. Wife aku hadiahkan beg untuk mengisi batang joran yang hebat. Di rumah kami berehat seketika sebelum bergerak keluar lagi untuk beraya di rumah teman dan saudara yang lain pulak.

Tamat.

"Nasib baik jambul aku tak kena potong tadi. He he he.."
Kaum ibu yang mengambil bahagian.
Pemegang mohor dah bertukar jadi pemegang dulang kelapa.
"Kalau anda ada jambul untuk dicukur, hubungilah kami di talian bebas tol 1-800-321-9876."
Hani dan Qalif meraikan sepupu mereka.
Makcik Intan dengan dua anak saudaranya.