m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 3, 2011

Ardy+Zila: Silat selamat datang

Setelah pengantin selamat didudukkan diperkarangan rumah ibu bapa pengantin lelaki, persembahan silat selamat datang pun dipersembahkan kepada pengantin. Mula-mula beberapa orang pesilat cilik mempamerkan aksi hebat mereka menumbangkan lawan secara bergilir-gilir. Orang ramai semua teruja dengan kehebatan pesilat-pesilat ini. Kemudian persembahan pesilat secara solo pula dipertontonkan kepada pengantin. Pesilat solo nombor satu beraksi dengan santai. Pesilat solo nombor 2 seperti nak gaduh sehinggakan pengantin lelaki hampir menghunuskan keris tapi tak jadi kerana pesilat tadi dah bersalaman mintak maaf. Pesilat solo nombor 3 dengan aksinya yang unik. Memang hebat dan menghiburkan.



Mari gaduh.

Ah, tak jadilah. Sorry ya, bang.

No comments:

Post a Comment