m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label mamak. Show all posts
Showing posts with label mamak. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

Mi Mamak - makan sambil beramal

Pada tahun 2012 dulu, aku pernah berkisah pasal penjaja mi goreng mamak di Ampang Jaya. Masa tu Bashir (penjaja mi goreng yang kini menjadi sahabatku) bergerak dengan hanya menggunakan sebuah motorsikal tua. Kini, berkat kegigihannya, dan rezeki yang dilimpah ruahkan oleh Allah, perniagaan sambilan Bashir telah berkembang maju. Bashir kini memiliki sebuah lori niaga

Lori niaga baru milik Chef Bashir.
Alamat dan nombor kontek semua ada tertera di sini.
Harga mi goreng mamak yang disediakan oleh Bashir telah sedikit meningkat menjadi RM4.00. Masih murah. Dah rasanya masih sesedap dulu. Cuma kali ini Bashir turut menyajikan ayam goreng panas. Dan kalau ada rezeki, insya Allah, cendol juga akan turut dijual. Di gerai aku nengok Bashir masih gigih menggoreng mi. Bila azan zuhur atau asar berkumandang, gerai akan ditinggalkan seketika. Solat jemaah di surau yang berdekatan perlu didahulukan.

Sedang menyediakan mi goreng yang dipesan pelanggan.
Segala macam adunan rahsia dimasukkan ke dalam ramuan ini.
Sikit lagi mau masak.
Okay! Satu mi goreng mamak siap!!!
Ada kalanya, pada hari-hari tertentu, Bashir akan menyediakan sebuah tabung kutipan amal untuk rumah anak yatim di Kelang. Pada hari-hari tersebut, semua hasil kutipan menjual mi goreng akan dimasukkan ke dalam tabung dan jumlahnya akan didermakan ke rumah anak-anak yatim tersebut. Bashir turut berpesan kepadaku, jika ada sesiapa yang ingin mendermakan wang ringgit atau pakaian terpakai, boleh saja diberikan melalui beliau. Seeloknya pakaian terpakai itu masih dalam keadaan baik dan bersihlah. 

Kepada semua pembaca, silalah menikmati keenakan mi goreng mamak masakan Chef Bashir yang berada di lokasi Jalan 1 Ampang Jaya. Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak, deretan kedai satu tingkat, dan dewan orang ramai. Dan sambil-sambil tu, berdermalah ke rumah anak-anak yatim - Institut Taufiq Islami, Kelang. Buat masa ini waktu operasi hanya pada hari Sabtu dan Ahad.

Wassalam.

Alamat yang tertera pada lori niaga.
Resit sumbangan derma kepada Institut Taufiq Islami, Kelang.

Wednesday, December 26, 2012

Betul punya mamak

Cuba gostan balik ke cerita pasal makan kat kedai mamak yang salah hari tu (rujuk http://adisarahberkisah.blogspot.com/2012/12/salah-mamak.html) yang pernah aku ceritakan kat korang dulu. Rentetan dari kejadian itu, kami telah sekali lagi mencuba cari kedai makan mamak yang menjual roti nan yang sedap dan hebat tu. Selepas melawat Kak Long yang kurang sihat di Hospital Pakar Damansara, kami terus merayau-rayau di sekitaran Taman Tun Dr Ismail. Kali ni haluan kami lebih tersusun setelah mendapat panduan dari Abang Zai yang memang arif benar pasal lokasi kedai makan mamak yang kami maksudkan tu. Sebenarnya kedai tu terletak sangat berdekatan dengan Hospital Pakar Damansara. Jalan kaki pun boleh.

Di luar Restoran Mosin.
Sedang menikmati juadah yang hebat. Mata Wanie terus menjeling ke arah roti nan special tanpa berkelip walau untuk seketika.
Dan akhirnya kami pun berjaya menjejakkan kaki ke kedai yang bernama Restoran Mosin. Sejurus masuk ke dalam kedai, isteriku pun berkata, "Haaa... inilah dia kedai yang jual roti nan sedap tuuuuu!!!" Kami terus cari tempat duduk. Masa tu orang tak berapa ramai sangat. Jadi, servis mestilah cepat kot. Isteriku menanya seorang mamak yang ambil order, "Roti nan Maharani ada?" "Maharani tada. Mumtaz ada. Taj Mahal juga ada", jawab mamak tadi. Dan kami pun diberikan menu untuk kami memilih makanan. Kami order maggi goreng, sup kambing, roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal. 

Ini adalah roti nan Taj Mahal yang sedap, tetapi mahal sangat.
Syahmie bersama sup kambingnya yang berasa seperti sup badak air.
Tak begitu lama menunggu, akhirnya makanan pun sampai. Maggi gorengnya memang agak sedap jugak berbanding beberapa kedai mamak yang pernah aku kunjungi. Tapi sup kambingnya agak menghampakan. Pesan aku, kalau ke sini jangan order sup kiambing. Memang tak kaw langsung. (Tokey kedai mamak ni mesti marah kat aku kalau dia tau aku cakap macam tu pasal sup kambing dia). Dan yang paling lambat sampai ialah roti nan Mumtaz dan roti nan Taj Mahal. Roti nan Mumtaz ada letak sayur kat atas dia. Roti nan Taj Mahal pulak ada letak ayam tanduri kat dalam dia. Memang sangat enak kedua-dua roti nan tu. Kuah dia pun sangat sedap. Cuma tang harga dia aje yang tak berapa nak sedap. Agak mahal. Mumtaz berharga RM6.00 manakala Taj Mahal berharga RM13.00 sekeping. Aku nak sarankan kat tokey kedai suruh tukar nama roti nan tu kepada Taj Murah. Barulah harganya akan jadi murah jugak. Kalau nama Taj Mahal, sampai bila-bila pun akan sentiasa jadi mahal. Walau bagaimanapun, kami sangat puas hati makan kat situ. Semuanya sedap-sedap belaka. (Melainkan sup kambing). Jom datang ke sini dan try dia punya roti nan!

Amier makan maggi goreng dan roti nan special sekali gus.
Ini roti nan Mumtaz - aku punya favourite!