m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label rawang. Show all posts
Showing posts with label rawang. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Bila kambing mengembek di rumah Wadi

15 Mac 2014 - Kami sekeluarga mendapat undangan dari sepupuku, Wadi yang menetap di Rawang. Wadi jemput kami datang ke rumahnya pasal ada kenduri aqiqah untuk anaknya yang baru dilahirkan tak seberapa lama dulu. Pada hari yang sama, kami ada beberapa urusan lain. Tak silap aku, kami kena ambil Wanie dari sekolah asramanya di Kajang. Jadi kami sampai Rawang sangatlah lewat. Tapi kami dah bagi tau kat Wadi suruh simpankan sedikit kambing golek untuk kami jamah bila sampai di rumahnya nanti.

Sabriena main buaian di taman permainan kanak-kanak berdekatan.
Aku tolak buaian Sabriena.
Sebenarnya Amier yang bersungguh-sungguh nak main kat taman permainan ini.
Kami beredar apabila hujan turun.
Ibuku yang memang sakit kaki untuk sekian lama, dan masih belum boleh berjalan telah memutuskan untuk mengikut kami dan pergi ke rumah Wadi. Maknanya, ibuku dah semakin sihat tubuh badannya. Dia dah boleh duduk lama atas kerusi roda. Kalau dulu memang dia kena kerap baring di atas katil. Di rumah Wadi, kami terdengar kambing mengembek lantang, seakan-akan memanggil-manggil nama kami. Kami yang dah memang kelaparan terus menerkam segala makanan yang ada di situ. Aku terkam kambing yang sedang mengembek tu dulu. Pergh! Terketar seluruh tubuh aku kerana kesedapan menikmati keenakan kambing golek tadi. Banyak jugak aku makan, pasal aku memang duduk betul-betul kat sebelah makanan. Lagi pun kebanyakan tetamu dah pulang. Kira aku boleh conquer lah kambing tu sorang-sorang. Puas aku makan kambing. Malah jiwa aku jugak sudah bagaikan jiwa seekor kambing. Bukan saja kambing goleknya hebat, kuih-muih yang disajikan juga sangat hebat. Kami memang sangat enjoy makan kenduri kat situ.

Kami pulang kira-kira jam 6 lebih petang. Masa tu cuaca tengah hujan. Kepada Wadi sekeluarga, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Tambahlah anak dan buatlah kambing golek lagi. He he he...

Ayahku sangat enjoy makan kambing golek.
Aku rasa inilah kali pertama ibuku keluar rumah untuk pergi jemputan dengan menaiki kerusi roda.


Monday, December 9, 2013

Suatu perkahwinan di Rawang

24 Mac 2013 - Pada tarikh ini salah sorang daripada sepupu mak aku mengahwinkan anaknya di sebuah dewan di Daerah Rawang. Kalau tak salah aku yang kahwin ni ialah cucu kepada Allahyarham Tok Hussin. Aku memang tak berapa kenal sangat makcik dan pakcik aku sebelah sini. Jadi aku cuma datang sekadar memenuhi jemputan dan supaya lebih mengenali saudara-mara yang jarang-jarang aku jumpa. Turut hadir pada majlis tu ialah Pakcik Rizali sekeluarga. Yang lain-lain pun mungkin hadir jugak, cuma kami tak berpeluang terserempak dengan mereka, pasal kami datang pun agak lewat jugak. Tak ada banyak benda yang boleh aku kisahkan. Tengok ajelah gambar-gambar yang dipaparkan buat kenangan.

Bersama Sabriena yang masa ni baru berusia 11 bulan.
Ibuku sedang bersedia untuk menikmati juadah.
Wanie sedang makan dadih strawberi perasa durian.
Keluarga Pakcik Rizali.
Syahmie selepas makan tengah hari.
Amier makan dengan sangat comot.
Rehat-rehat selepas makan.
Bersama Sabriena.
Sabriena dengan papa.
Ibuku bersama sepupu-sepupunya.
Bersembang sebelum beredar.
Cuba mencamkan kembali saat-saat zaman persekolahan dulu.
Masa untuk beredar dan pulang.
Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan gambarnya aje pun jadilah...
Bersama keluarga Pakcik Rizali.
Syahmie telah ditugaskan menjadi pemukul rebana ubi pada majlis tersebut.
Tapi pihak tuan rumah terlupa nak bagi Syahmie kayu pemukul rebana tersebut.
Syahmie, Wanie dan Amier di sebuah arca pokok kayu.
Ini adalah kayu pokok durian Musang King yang diimpot dari Jamaica.
Pokok kayu ini melambangkan tanduk kerbau.
Syahmie di sebalik batang kayu.
Sabriena bersama mama.
Amier sedang mencari spider.
Syahmie dan Amier.
Dewan majlis perkahwinan.
Sabriena suka makan sudu sebab rasa dia macam ayam goreng.
Papa, Sabriena dan 'ayam goreng'.
Bersama isteriku tersayang.
Amier makan nasi dan kuih-muih.
Sabriena dan puting kegemarannya.
Juadah laris dijamah para tetamu.
Sabriena di dalam kereta.
Di taman sebelah dewan.
Di balik kayu-kayu arca.
Menanti saat untuk pulang.
Dalam dewan makan.
Pengantin cuma dapat kami lihat sejenak sebelum kami berangkat pulang.
Siput ini salah satu calon untuk menjadi pengapit pengantin pasal pergerakannya yang sangat perlahan. Tapi akhirnya tak terpilih.