m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label house. Show all posts
Showing posts with label house. Show all posts

Tuesday, June 25, 2019

Bila sang monyet datang bertandang

25 Mei 2019 - Okay! Kita beralih sebentar dari kisah Syawal, walaupun Syawal masih berbaki seminggu. Ini kisah masa bulan puasa baru lalu. Sedang kami anak-beranak duduk belepak-lepak di dalam bilik sambil bersembang dan menonton tv, tiba-tiba terdengar bunyi hiruk-pikuk di luar jendela. Isteri aku bagai telah tahu angkara siapakah itu. Lantas menyuruhku menyelak kain langsir di jendela. Dan bagai telah dijangka, terlihat oleh kami kelibat seekor monyet Afrika dari dataran Safari sedang berlegar-legar dengan penuh menumpu dan minat di luar kamar kami.

Bagaikan marah atau teruja dengan refleksi bayang-bayangannya sendiri di kaca jendela, monyet itu bersikap sangat agresif menghentak-hentak kaca jendela berkali-kali. Nasib baiklah kaca jendela kami itu dari jenis "bullet proof" (kononnya lah). Tak puas dengan itu, monyet tadi siap bergayut pada wayar kabel pendingin hawa yang berada di luar. Wayar elektrik itu siap ditarik-tarik. Bergayut lagi di situ. Dan yang paling mengerikan, monyet itu siap menggigit-gigit lagi wayar itu. Berkali-kali juga aku menasihati sang monyet untuk tidak menggigit wayar itu. Khuatir monyet itu akan terkena karan yang boleh mengundang maut kepada dirinya sendiri.

Setelah puas aku memujuk dan merayu, barulah monyet itu beredar, dan bergayut pada dahan-dahan pohon berdekatan. Aku berasa hairan kenapa monyet itu sungguh-sungguh mahu menngganyang wayar air-cond bilikku. Lalu aku mengambil keputusan untuk mencuba menggigit wayar itu agar aku dapat mengalami sendiri apa yang dialami oleh monyet tadi. Tatkala aku menggigit wayar elektrik itu dengan gigitan yang pertama, terasa olehku sedikit renjatan elektrik di lidah dan gusiku. Renjatan yang kuat ini kemudiannya bertukar menjadi suatu perasa yang sangat istimewa - perasa pisang dari benua Tropikana. Oooohhh... patutlah monyet tu suka! Rupanya wayar elektrik tu ada perasa pisang yang sangat sedap!!!

Mengikut kata isteriku, monyet yang sama ini memang selalu berkunjung ke jendela bilik kami, dan melakukan aksi yang sama sejak dulu lagi. Cuma inilah kali pertama aku dapat menyaksikannya sendiri dengan mata kepala aku. Sungguh mengujakan!

Sang monyet hadir dan sedang mengganyang wayar elektrik.
Berlegar-legar di atas kompresor air-cond.
Berpaut pada wayar.
Bermain dengan wayar elektrik lagi.
Apalah sedap sangat wayar tu sampai digigitnya berulang kali?
Buat apa lagi tu?
Merenung ke kaca jendela. Memerhatikan wajah sendiri.
Reaksi yang mengerikan. Mungkin marah pada diri sendiri.


Saturday, March 10, 2018

Adik mengantuuuukkk...

3 Mac 2018 - Pada sebelah siangnya, Sabriena dah puas main air. Berenang-renang dalam kolam renang mininya. Muat untuk seorang budak aje. Malam tu pulak setelah solat maghrib, kami anak-beranak berempat keluar rumah untuk menjemput Wanie dari asrama di Kajang. Sampai Kajang kira-kira jam 9 malam. Seorang guru sedang menemani Wanie agar Wanie tidak keseorangan. Kami terus menghala ke Medan Selera untuk santapan malam. Kira-kira lebih setengah jam kami di sana.

Di Kajang, wife aku sempat menelefon Syahmie. Nak pastikan sama ada Syahmie boleh balik malam tu jugak. Itu pun kalau majlis makan-makan dengan mentornya dah selesailah. Syahmie kata dia ada game futsal. Tapi setelah berunding, Syahmie bersetuju untuk pulang bersama kami. Jadi kami pun terus meredah malam, mengharung lebuh raya menghala ke Dengkil. Syahmie sedang menanti kami di tepi gelanggang futsal. Dan kami terus pulang ke rumah.

Dalam kereta, Sabriena yang memang tersangat letih sejak petang, telah tidur nyenyak. Bila sampai rumah, kami kejutkan Sabriena.

"Adik, bangun. Dah sampai rumah".

Setelah dikejut beberapa kali, barulah Sabriena terjaga. Dalam keadaan terhoyong hayang, dia cuba melangkah masuk ke rumah. Tapi terkandas di muka pintu. Terbaring dan terlena kembali. Terpaksa aku kejutkan dia lagi. Sabriena terlalu mengantuk. Tak larat nak berjalan menaiki tangga untuk ke bilik. Pada malam tu, Sabriena tidur di bilik bawah saja. Meneman Bibik.


Tewas di muka pintu rumah.

Sempat mimpi pergi Australia sekejap.

Tuesday, January 31, 2017

Happy birthday Yana 2016

4 Ogos 2016 - Hari ini hari jadi Yana, anak saudaraku. Dalam suasana yang sederhana, dalam kesibukan kerja, pulang lewat dari pejabat, sebiji kek kami beli dari Secret Recipe yang letaknya sangat hampir dengan pejabat isteriku. Tiada makanan istimewa. Sekadar sebiji kek. Kami berkumpul di pinggir katil ibuku. Kek dikeluarkan dari kotak. Api dinyalakan pada sumbu lilin. Dan beramai-ramai kami menyanyi:

Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Yana,
Happy birthday to youuuuuuuu.....

Yana tiup lilin. Potong kek. Bergambar. Kami semua makan kek. Menghias wajah dengan senyuman manis. Begitulah sambutan birthday Yana. Yang ke-20 tahun.

Sempat jugak kami beli kek sebelum kedai tutup.
Bergambar di sudut katil ibuku.
Kami sajalah yang kebetulan ada pada malam itu.
Sabriena memang selalu teruja dengan sambutan birthday.
Tiup lilin dengan Sabriena.
Sabriena nak tumpang sekaki.
Yana potong kek.
Kek terbelah dua.
Masa untuk menghidang kek.
Bergambar dulu sebelum dipotong kecil-kecil.
Sabriena nak enter frame.
Kek sedang diagih-agihkan Yana.
Menikmati keenakan kek birthday Yana.

Thursday, July 7, 2016

1 Syawal: Tetamu pertama tahun ini

6 Julai 2016 - Pulang dari beraya di Istana Negara, kami dikunjungi oleh tetamu yang pertama pada Syawal tahun ini. Mereka adalah keluarga jiran depan rumah kami - Hairi, Azizah dan tiga orang anak mereka. Mereka berpakaian sedondon warna peach. Segala makanan memang telah kami hidangkan di atas meja. Memang sedang menanti sebarang tetamu aje yang sudi bertandang dan beraya.

Hakimi, Haziq dan Amier berkongsi melihat telefon pintar.
Sabriena pun nak join the crowd.
Haziq dan Amier berkongsi minat yang sama.
Kawan bermain dan kawan bergaduh.
Sebagai tetamu yang pertama, kami telah memberi hadiah istimewa buat mereka berupa ketupat pulut dan lontong yang dipadankan dengan rendang ayam dan daging serta lodeh. He he he... Tu ajelah hadiah istimewa yang kami ada. Kami berbual-bual sedikit. Aku tumpang makan dan minum sama. Mereka pun nak balik kampung selepas ni. Jadi kunjungan mereka taklah terlalu lama. Okay. Terima kasih kerana sudi beraya dengan kami. Lain waktu kami pergi rumah awak pulak lah ya?

Azizah dan Hairi sedang menikmati juadah yang kami sediakan.
Seronok menengok tetamu makan dengan enjoy.
Sabriena memang teruja dengan kehadiran jiran kami yang ini.
Amier masih dengan Haziq sejak tadi.
Anak-anak jiran yang bertandang.
Mendukung baby yang comel.
Semua anak-anak berkumpul.

Friday, June 17, 2016

Si cilik meow!

12 Mei 2016 - Kali ni aku nak cerita kisah ringan-ringan aje. Kisah anak kucing. Kami ada dua ekor kucing yang dah lama kami bela. Satu bernama Isabel. Satu lagi bernama Tenton (tapi anak-anak kami panggil Temtem). Tenton ni adalah anak saudara kepada Isabel. Tetapi mereka selalu bergaduh. Sekarang Isabel dah fobia dengan Tenton pasal selalu kena marah dengan Tenton. Isabel membawa diri dengan mencari makan di tong-tong sampah.

Yang ini bernama Kepompong.
Kepompong sedang dibelai.
Tenton ada beberapa ekor anak. Batch awal ada dua ekor - Nofa dan Cameron. Tapi dah lama kami tak nampak Nofa. Tak taulah apa khabarnya. Batch yang kemudiannya ada tiga ekor - Kepompong, Penakut dan satu lagi belum ada nama. Yang dalam gambar ni adalah Kepompong dan Penakut. Sekarang ni yang masih ada kat rumah kami adalah Penakut sekor aje. Yang lain dah hilang entah ke mana. Tenton memang dah biasa beranak. Kalau kesemua anak dia masih hidup, aku rasa ada dekat sejuta ekor kot anak dia. Wallahu a'lam.

Kepompong dan Penakut dalam dakapan.

Tuesday, June 23, 2015

Selamat hari jadi Ibuk 2015

7 Mei 2015 - Ibuku menyambut hari lahirnya yang ke-81 pada tarikh ini. Kami sambut kat rumah aje. Ibuku kata dia nak makan nasi Arab. Jadi, pulang dari ofis, aku dan isteri pergilah ke restoran Arab Wadi Hadramawt kat Jalan Ampang. Kami order nasi mandy kambing dan ayam. Selain dari tu, kami juga ada order Greek salad. Bila pesanan dah ready, kami pun beredarlah dari situ. Sebelum pulang, kami singgah dulu kat kedai Baskin Robbins di Ampang Point untuk membeli sebiji kek aiskerim. Lepas tu barulah kami menghala ke rumah.

Ibu dan ayah sedang menanti waktu makan.
Ibu dan ayahku yang mula makan dulu pasal mereka dah lapar.
Amier menyerahkan sekeping kad hari jadi buatan sendiri kepada neneknya.
Ibuku melihat ke dalam kotak, hadiah yang diberikan oleh adikku kepadanya.
Membuka kotak hadiah dengan penuh waspada.
Terkejut bercampur bahagia bila mendapat tahu isi kandungannya.
Buah mangga harum manis rupanya.
Bila dah cukup masak, bolehlah dimakan beramai-ramai.
Kek hari jadi Baskin Robbins untuk ibuku.
Kek masih di dalam kotak.
Ibuku tak sabar-sabar nak nengok isi kotak kek ini pulak.
Isteriku sedang mengeluarkan kek dari dalam kotak.
Kami solat maghrib dulu. Lepas tu barulah berkumpul di ruang tamu untuk sama-sama makan nasi mandy Arab. Sebelum makan, kami pastikan dulu semua orang dah mandi supaya keenakan nasi mandy itu tidak terjejas. Memang enak sungguh rasa nasi mandy yang kami beli tu. Tetapi makan sikit aje dah kenyang perut. Malam tu adik aku ada datang kat rumah jugak dengan membawa hadiah untuk ibuku berupa buah mangga harum manis. Bila aku mencium buah mangga itu, terhidu kewangiannya yang sangat manis!

Sabriena nak menyelit di celah-celah datuk dan neneknya.
Minum air dulu sebelum makan kek.
Ada orang buat kelakar nusantara. Ibuku tertawa lebar.
Okay. Kek akan dikeluarkan pada bila-bila masa saja lagi.
Inilah kek aiskerim Baskin Robbins.
Decoration yang simple.
Gabungan kek Happy Birthday dan Happy Mother's Day.
Siap kena ikat reben lagi kek ini.
Tak sabar rasanya nak jamah kek ini.
Lampu dipadam, dan lilin dipasang.
Bersedia untuk meniup lilin.
Dan lilin pun ditiup oleh ibuku.
Sesudah makan nasi mandy Arab, kami beralih pulak kepada acara memotong kek dan menyanyikan lagu selamat hari jadi versi Inggeris. Setelah kek dipotong dadu dan diracik halus, ianya diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluarga. Sepotong kek aiskerim akhirnya tiba di hadapanku. Menanti untuk dimakan. Bila kusuap secebis kecil ke dalam mulutku, terasa keenakannya yang bukan kepalang. Semua orang enjoy makan kek aiskerim itu. Terutamanya ibuku.

Amier sangat teruja bila time tiup lilin.
Amier membantu neneknya meniup lilin.
Sabriena pun nak tiup lilin jugak.
Api pada lilin telah pun terpadam.
Ibuku memotong kek.
Kek ini terlalu keras untuk dipotong pakai pisau plastik. Kena pakai parang baru boleh potong.
Ibuku sedang memikirkan cara untuk membahagi-bahagikan secara adil dan saksama.
Agak susah memotong kek dengan pisau plastik ini.
Bergambar beramai-ramai.
Isteriku membahagi-bahagikan kek.
Sabriena tak sabar nak dapatkan sepotong kek untuk dirinya.
Sabriena nak makan biskut yang menghiasi kek itu.
Sabriena menanti saat yang sesuai untuk memulakan makan.
Kami berkesempatan mengambil gambar beramai-ramai sebelum meneruskan aktiviti memakan dessert secara berfokus dan penuh enjoy. Setelah semua ini selesai, barulah kami declare acara telahpun tamat dengan selamatnya. Kepada ibuku yagn tersayang, kuucapkan selamat hari lahir. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah. Dipanjangkan usia dengan kehidupan yang penuh barokah, dan kesihatan yang berterusan. Semoga kami dapat terus memberikan khidmat yang terbaik untuk ibu. Ameen.

Ibuku makan kek aiskerim dengat sangat enjoy.
Semua orang dalam mood happy sekarang.
Sabriena makan biskut penghias kek.
Sedapnya... I like!
Amier pun suka makan kek aiskerim ini.
Bagaikan tak cukup sepotong. Tapi kek ni kecil aje saiznya.