m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 3, 2011

Ardy+Zila: Bertandang ramai-ramai biar meriah

Pada hari Ahad 3hb April 2011, kami bagi pihak pengantin perempuan (Zila) pergi bertandang ke tempat pengantin lelaki (Ardy) di Taman Jaya Cheras. Kalau tak salah aku ada tak kurang 15 buah kereta yang datang bertandang. Ramai jugak tu. Kami berarak sejurus azan zuhur di surau berdekatan sambil beselawat yang dipimpin oleh Atuk Atan. Kesian jugak kat warga tua termasuk mak dan ayah aku serta mentua-mentua aku kerana jarak dari tempat letak kereta ke rumah pengantin tu agak jauh. Termengah dan sakit kaki jugaklah. Patutnya aku bawak diaorang naik kereta. Tapi tersilap, pasal aku ingat dekat je.

Lalu lintas di situ dikawal selia oleh kumpulan Rela yang dengan rela telah merelakan diri mereka dipancar mentari terik untuk kesenangan tetamu yang datang. Siang tu masing-masing berpakaian cantik dan rombongan yang ramai tentu saja menambah meriahkan lagi suasana keraian ini.

















No comments:

Post a Comment