m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label beriyani. Show all posts
Showing posts with label beriyani. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Sambut hari jadi Ayah di Ruz Aladdin

25 April 2015 - Ingat lagi tak kisah sambutan hari jadi ayahku yang ke-85 tempoh hari? Pada keesokan harinya, adikku balik ke rumah dan membelanja kami semua makan nasi beriyani kat Restoran Ruz Aladdin yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah kami. Ayah aku memang peminat setia nasi beriyani kambing kat restoran tu. Aku pulak masa tu tak berapa lapar. Dan selera aku bukanlah ke arah nasi beriyani. Jadi aku order-lah makanan western. Kalau tak silap aku, aku pesan t-bone kot.

Ayahku sedang membelek bungkusan berisi tapai pulut.
Baru nak jamah tapai, dah ada gangguan pulak.
Nasi beriyani dah sampai. Adikku mencedokkan sedikit untuk ayahku.
Tak sabar ayahku nak memulakan menjamah makanan kegemarannya.
Layan i-phone dulu sebelum tibanya pesanan.
Makanan masih belum sampai.
Amier bergendang dulu lagu Joget Menjamu Selera.
Wanie heppi pasal dapat makan sedap malam ni.
Laksa Johor adikku dah sampai. Pesanan Wanie masih dalam proses pembuatan.
Ibu dan ayahku sedang makan dengan sangat berselera sekali.
Chicken chop Wanie dah pun sampai. Masa untuk makan.
Teruskan makan.
Masing-masing masih sibuk dengan urusan menjamu selera.
Sabriena makan fish and chips.
Semua orang dah dapat makanan yang dipesan.
Amier pun makan ayam jugak.
Ibuku berkongsi lauk dengan maid.
Sebelum tu aku dah pekena tapai pulut dulu. Mak aku pulak order nasi putih makan dengan ikan masak gulai asam pedas dan siput sedut. Masakannya boleh tahan. Cuma siput sedut tu dah tak berapa fresh. Aku nengok ayahku makan nasi beriyani dengan sangat konsentrasi dan berselera sekali. Makan slow-slow sampai habis.

Enak sungguh kambing beriyani ini.
Ada sedikit lagi di dalam pinggan untuk dihabiskan.
Sabriena happy pasal dapat makan.
Masa untuk main pulak.
Menanti ayahku selesai makan.
Ada dua perkara yang bagi aku sangat bertuah terjadi pada malam itu. Pertama, Wanie terserempak dengan kawan baiknya masa kat SK Ampang - Diana. Mereka sempat berpelukan dan bersalaman. Tetapi tak sempat bersembang-sembang, pasal masa tu kami baru sampai. Sedangkan Diana dah nak bergerak pulang. 

Perkara kedua, aku terserempak dengan pensyarah aku masa kat UTM dulu, Prof Dr Bashri Sulaiman dan Prof Dr Shuhana Shamsuddin. Mereka ni husband and wife. Mengajar aku masa aku tahun 5 - Senibina dan Perancang Bandar. Seronok sangat aku dapat berjumpa dengan mereka. Sempat jugak berborak-borak ringkas dengan mereka. Tak taulah pulak yang mereka sekarang dah duduk tak jauh dari rumah aku. Aku ambil nombor kontek, dan kami bersurai dengan perasaan gembira. Yang lagi best, mereka masih ingat nama aku. Walaupun aku tak popular masa kat UTM. He he he. Begitulah kisah meraikan birthday ayah aku yang sangat diingati.

Bersama Prof Dr Bashri dan Prof Dr Shuhana.
Gembira sungguh aku dapat bertemu mereka.
Ada orang buat lawak antarabangsa. Wanie tak dapat menahan gelak.
Wanie dah selesai gelak.
Wajah seiras anak saudara dengan ibu saudara.
Sama tak wajah kami?
Wanie dengan senyuman trademark-nya.

Thursday, September 18, 2014

Di Ruz Aladdin makan malam dengan lampu ajaib

14 Jun 2014 - Malam tu kami tanya ayah, "Nak makan kat mana?" Tanpa banyak berfikir, ayah kami menjawab, "Nasi beriyani kat sebelah Flamingo". Kat sebelah Hotel Flamingo memang cuma ada satu aje kedai nasi beriyani yang popular dan agak besar. Nama kedai tu ialah Restoran Ruz Aladdin. Kami memang biasa makan kat sana. Nasi beriyani kambing dia agak sedap jugak.

Menunggu makanan.
Satu, dua, tiga. Makanan pun sampai!
Pinggan besar. Makanan pun banyak.
Kami ke sana selepas solat maghrib. Semua orang kat rumah tu pergi, melainkan mak aku aje yang stay kat rumah, pasal badan dia tak berapa sihat. Tambahan pulak lagi, mak aku masih belum boleh berjalan. Jadi kami pun ke sanalah dengan perasaan suka hati. Kami perasan tempat tu dah semakin membesar. Menu makanan pun dah semakin berkembang. Walaupun pada asalnya kami datang nak makan nasi beriyani kambing, tetapi bila ternampak masakan asam pedas, terus terliur aku dibuatnya. Tak sanggup aku menengok ikan merah masak asam pedas dia, jugak siput sedut masak lemak kuning. Pergh! Tapi akhirnya aku kembali ke pangkal jalan. Aku tetap order nasi beriyani jugak. Satu pinggan isi kandungannya agak banyak jugak. Kali ni aku makan tak berapa nak habis. Selalunya kalau makan tengah hari memang boleh habis satu pinggan. Makan malam, selera ada kurang sikit.

Makan dan terus makan.
Sudah makan, senang hati.
Kembar seiras - makcik & anak saudara.
Ayah dan adikku.
Adik dan ayahku.
Aku pun tak berapa sure makan malam tu sempena apa. Tapi kalau ikutkan tarikhnya, macam sempena Hari Bapa kot? Dan yang belanja makan tu ialah adik akulah. Tatkala aku dan yang lain sibuk makan nasi beriyani, anak-anak kami pula sibuk makan western food. Ya! Kat restoran ni memang ada jual western food jugak. Tetapi ada cara dia yang tersendiri untuk mendapatkan makanan western. Mula-mula ambil lampu ajaib Aladdin. Lepas tu gosok sampai berkilat. Nanti akan keluar asap yang akan bertukar menjadi Genie. Dan cakap kat dia, "Saya nak makanan western". Tu aje. Tapi korang jangan pulak try kaedah ni. Sah-sah korang tak akan dapat makanan western. Dapat dosa adalah!

Bersama ayahku.
Amier dah mengantuk sangat.
Amier terus tidur sambil duduk tegak.
Bersama mama.
Kami makan dengan bersemangat sekali. Sampai kat hujung-hujung tu, perut kami pun dah mula penuh dan mengenyang. Semakin payah rasanya nak menghabiskan makanan yang ada kat dalam pinggan. Jolok jugak segala makanan yang masih tersisa sampai macam nak muntah. Akhirnya kami beralah. Terpaksalah tapau aje saki-baki makanan yang masih ada di dalam pinggan. Sewaktu kami semua dah selesai makan, ayah aku masih menjamah makanannya secara perlahan-lahan. Dan kami semua pun baliklah dulu bila badan dah semakin penat kerana banyak sangat makan. Adikku menemani ayahku makan sampai habis. Kepada adikku, kami ucapkan banyak-banyak terima kasih. Semoga murah dan berkat rezki, dan dijauhkan dari segala penyakit. Amin.

Di dalam suasana speed of light!
Menikmati lenchikang.
Kenyang dan puas.