Acara kemuncak percutian di Hulu Langat hujung minggu baru lalu adalah acara berkumpul dan bertukar-tukar hadiah. Setiap keluarga diminta untuk menyediakan hadiah apa saja yang bernilai tidak kurang dari RM20.00. Kemudian cabutan undi dibuat. Dari situ barulah diketahui hadiah yang dibawa perlu ditukarkan dengan siapa.
Macam-macam hadiah yang dibawa peserta. Ada set minuman, ada bekas plastik, ada laptop, ada lori balak, ada anak badak air dan ada juga yang tak sempat berbelanja lalu hanya memberi wang RM20.00. Bukan nilai atau jenis hadiah yang menjadi ukuran, tetapi acara sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara rakan-rakan, sahabat handai, jiran-jiran dan seluruh penduduk Kampung Pisang. Suasana ketika pertukaran hadiah memang agak mengecohkan dengan gelak ketawa ahli keluarga. Kami beroleh RM20.00 dari Izham (yang dah pun dipakai buat beli durian di Hulu Langat). Dan hadiah yang kami bawa diberikan pula kepada Hanim. Selain dari pertukaran hadiah, anak-anak turut mendapat buah tangan masing-masing. Malah setiap keluarga turut mendapat alatan membersihkan diri seperti pemotong kuku, gunting kecil, alat pengorek telinga dan hidung, sumbangan Raffi & Ema. Acara diakhiri dengan satu mesyuarat mengenai aktiviti kebajikan kepada pihak sekolah dan kepada rakan-rakan yang memerlukan bantuan moral dan material. Sejurus tamat acara, masing-masing ke gelanggang karaoke untuk melalak sampai pagi. Anybody wants to rock?! Let's rock & roll!!!
Arb: Aku nak menang 2 hadiah kali ni. |
Masa untuk mengundi. Unit SPR sedang memantau. |
Habuan untuk anak-anak. |
Mencari apa-apa yang patut untuk dibuat bisnes. |
Nama Izham terpilih ketika mencabut undi tukar hadiah. |
RM20.00 diterima dari keluarga Izham. |
Acara membuka hadiah. |
Wang besar! Wang besar! |
Fesyen dandanan terbaru yang menjadi kegilaan muda-mudi zaman sekarang. |
Pemenang-pemenang acara tukar hadiah. |
Izham bercerita sejarah macam mana kakinya boleh tercedera. Bermula dari zaman dinosaur. |
No comments:
Post a Comment