m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, April 23, 2011

Selamat hari jadi Syahmie - 12 tahun

Hari Jumaat lalu pada 22 April 2011, ialah hari jadi anak sulung aku Muhammad Syahmie yang ke-12. Balik dari pejabat petang tu, aku suami isteri bawak balik 3 ekor ayam yang dah dikerat 8 dan dimasukkan dalam baldi untuk dimakan seisi keluarga. Ayam-ayam tu berasal dari Amerika. Merujuk kepada loghat dia aku rasa ayam-ayam tu berasal dari negeri Kentucky. Jadi malam tu kami semua makan 3 ekor ayam yang dikerat lapan yang berasal dari Kentucky, Amerika yang telah digoreng.

Ibu aku pulak masak kek cokelat bersulam buah peach kat atas dia. Rasa dia memang hebat dan sangat sedap. Selepas menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi yang baru dicipta oleh Datuk Ramli MS khas untuk Syahmie, api yang membakar lilin pun dipadam oleh pihak bomba setelah aku mendail 999 meminta mereka memadamkan api tersebut. Jamuan malam tu memang ringkas dan dihadiri oleh kami anak beranak aje. Tapi suasana cukup meriah dan Amier sempat menghadiahkan kepada abangnya sebingkis kad ucapan hari jadi yang dilakar sendiri. Kepada Syahmie, papa doakan agar Syahmie sentiasa dalam redha & rahmat Allah dan membesar sebagai da'ii yang menyebarkan syiar Islam ke seluruh alam.








No comments:

Post a Comment