m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label azlimi. Show all posts
Showing posts with label azlimi. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Pernikahan Azlimi dan Hana: Selamat tinggal pengantin

Bahagian 9 (Akhir)

Macam drama berepisodlah pulak entry aku yang ini. Sampai masuk bahagian ke-9. Tapi jangan worry, lepas ni dah tak ada sambungannya lagi. Tapi biasanya, kalau episod yang akhirlah yang paling penting untuk semua orang tahu apakah kesudahan dan kesimpulan dari cerita yang bersambung-sambung tu. Jadi, jangan lupa baca episod ni sampai habis, tau!

Pakcik Ja'i bersalaman dengan keluargaku sebelum berangkat pulang.
Setelah semua acara selesai dilaksanakan dengan penuh harmoni, maka pembesar-pembesar negeri pun mengumumkanlah perhimpunan akan bersurai. Parlimen akan dibubarkan. Semua hadirin hadirat boleh balik nengok tv, goyang kaki, mandi, tidur, baca surat khabar, atau buat apa-apa sekali pun yang diharuskan syarak. Maka secara automatik, semua yang hadir tadi bangun dari tempat duduk dan bersalam-salaman sesama ahli keluarga dan tetamu yang lain, memaklumkan bahawa mereka ingin pulang. Pengantin dan ibu bapa pengantin pulak berdiri di luar untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih kerana sudi hadir pada majlis besar pada malam itu.

Bersama sepupu-sepapat.
Ini bukan women in red. Tapi ini men in red.
Cuba teka, siapakah di sebalik tudung warna beige tu? Itulah Makcik Mini!
Kami pulak sempat berbual-bual dengan saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Selepas berbual, barulah kami melangkah untuk balik. Tapi untuk melangkah pergi tidaklah semudah seperti yang kami jangka. Perjalanan dari dalam dewan untuk ke luar dewan sangatlah mencabar. Kaki dan lutut ibu dan ayahku siap terketar-ketar kerana terpaksa mengharungi laluan yang sangat penuh dengan onak dan duri. Penuh halangan. Penuh hambatan. Penuh rintangan. Namun kami gagahi juga untuk sampai ke destinasi. Manusia punyalah ramai untuk bertemu dengan pengantin, bagi mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Dan di hujung barisan, telah menanti seorang "amil" bagi mengutip zakat dan sedekah yang dihulurkan olah para tetamu.

Ibu dan anak.
Bergaya sebelum pulang.
Berlatar belakangkan pelamin.
Tetamu berpusu-pusu nak masuk dewan. Eh, silap! Nak keluar dewan.
Mak dan ayah aku pun nak balik jugak nampak gayanya.
Adik-beradik Azlimi sedang mengucapkan selamat tinggal kepada tetamu.
Oleh kerana mak dan ayah aku dah tersangat penat dan lenguh kena beratur lama, maka aku bawaklah mereka berdua untuk potong queue, dan biarkan mereka berehat di atas kerusi di meja reception. Tunggu punya tunggu, dan beratur punya beratur, akhirnya dapat jugalah kami bertemu dengan para pengantin dan para ibu bapa pengantin. Setelah bersalaman dan menghulurkan apa-apa yang patut, barulah kami berangkat pulang ke rumah. Kepada Azlimi dan Hana, kami ucapkan tahniah. Dan semoga penyatuan ini penuh dengan keberkatan, rahmat dan redha dari Allah. Kepada ibu dan bapa pengantin, khususnya Pakcik Rizali dan Makcik Norizan, tahniah kerana dapat menantu yang pertama. Kepada adik beradik Azlimi, selamat dapat ipar. Kepada semua yang terlibat, mohon ampun dan maaf jika ada corat-coret merapu meraban dalam blog yang 9 episod ni mengguris hati nubari kalian. Apa-apa pun, semoga berbahagia dunia dan akhirat. Amin.

TAMMAT!

Sementara menanti giliran untuk bersalaman dengan pengantin.
Pakcik Ja'i dan anaknya Talha.
Masa untuk pulang.
Sepupuku yang ini pun nak pulang jugak.
Makcik Kamisah.
Menanti kereta tiba.
Ramai sungguh tetamu yang nak balik. Tak ada pulak tetamu yang nak overnight kat dewan.
"Terima kasih. Datang lagi. Errr... salam tangan kosong aje ke???" kata Wati.
Pintu gerbang perkahwinan.
Selamat tinggal Dewan Perdana Felda.

Wednesday, April 3, 2013

Pernikahan Azlimi dan Hana: Potong kek & berucap

Bahagian 8

Dah bahagian 8 rupanya! Itulah kata-kata yang barangkali bermain-main di fikiran para pembaca yang budiman sekelian. Dalam bahagian ini, penulis ingin menceritakan sedikit sebanyak aturcara-aturcara sampingan yang telah dijalankan di dalam majlis resepsi pada malam itu. Salah satu aturcara yang diadakan ialah adegan "Mari menonton video lamaran Azlimi kepada Hana". 

Wah! Semua orang sudah semestinya teruja nak menengok apakah caranya Azlimi membuat proposal kepada Hana. Siap berdrama lagi kedua pengantin tu. Walaupun singkat, dalam drama tu ada adegan romantik, suspen, thriller, komedi, mistik, aksi stunt, dan untuk memenuhi permintaan penonton ramai, juga diselitkan elemen hantu (sebab trend filem sekarang memang kena ada hantu, barulah boleh laris). Best jugak. Sampaikan ada yang menangis-nangis ketika menonton babak sedih. Tak kurang jugak yang ketawa terbahak-bahak sampai tergolek-golek atas lantai ketika menonton babak lucu. Dan ketika dipertontonkan babak hantu, setengah dari tetamu dalam dewan terus menyorok bawah meja ketakutan. Lagi setengah, terus lagi keluar dewan, pasal tak sanggup menanggung suspen ketika hantu datang mengejar mangsa. Apa-apa pun, slot video tu memang menghiburkan penonton.

Hadirin sedang menonton cerita bertajuk "The Proposal" lakonan Azlimi dan Hana.
Azfar memberi ucapan yang berkobar-kobar mengenai semangat kesukanan bola sepak negara.
Setelah habis menonton video, tibalah giliran Azfar, adik Azlimi untuk naik ke atas pentas. Pada mulanya kami ingatkan Azfar nak menyanyi lagu asli atau lagu keroncong (sesuailah dengan penampilannya yang segak berbaju Melayu). Rupa-rupanya, setelah Azfar berdiri di belakang rostrum, Azfar terus berucap,

"Saya, selaku ketua kampung di Mukim Felda ini, ingin menyeru kepada semua penduduk kampung, agar menjaga kebersihan ladang-ladang, dan kebun-kebun tanaman kita, supaya nyamuk aedes tidak mudah membiak. Bla bla bla.... " 

Panjang lagi ucapan Azfar sebenarnya. Berkajang-kajang nota yang ditulisnya. Setelah berucap panjang lebar, barulah Azfar ceritakan sedikit pasal pengalaman manisnya keitka bersama abangnya, Azlimi. Dan permulaan bicaranya adalah sebegini, "Ketika itu, saya dalam darjah satu. Masih muda. Masih mentah. Masih naif, untuk mengenali hakikat dunia ini yang sebenarnya. Bla bla bla..." Ucapan Azfar telah mendapat tepukan gemuruh dari para penonton sekelian. Siap dapat standing ovation lagi. Dan sebagai penutup, Azfar siap berkempen, "Undilah saya dalam PRU ke-13 nanti!!!"

"Tuan-tuan jangan lupa untuk pangkah nama saya masa hari mengundi nanti!"
Selepas Azfar siap memberi ucapan, tibalah giliran adik Hana pulak untuk berucap, menceritakan pengalaman manisnya bersama Hana. Kalau tadi, Azfar membuat flash back pasal riwayat hidupnya ketika dalam darjah satu, adik Hana tak mau kalah jugak. Ucapannya bermula sedemikian, "Pada zaman dinosaur dulu, ketika itu saya masih di dalam perut bonda... bla bla bla.... Kak Hana telah membelikan saya sebuah anak patung berbentuk T-Rex. Dan saya sangatlah teruja..." Ucapan panjang lebar dan sangat dramatik oleh adik Hana itu jugak mendapat standing ovation. Sampaikan guard yang jaga kat luar dewan, serta pekerja-pekerja di bahagian dapur, semuanya berdiri kerana teruja dengan ucapan yang telah diberikan. Punyalah lama semua orang berdiri dan bertepuk tangan. Semuanya berhenti bertepuk dan mulai duduk setelah ayam jantan berkokok, menandakan dah masuk waktu subuh. Barulah masing-masing mula sedar bahawa kaki dan lutut masing-masing sudah mulai terasa sakit-sakit pasal berdiri terlalu lama.

Kek pengantin yang sangat cantik dan enak.
Mulanya Hana malu-malu. Siap berselindung di balik kek yang tinggi.
Acara selanjutnya ialah memotong kek. Cantik sungguh kek pengantin pada malam tu. Ada lima tingkat semuanya. Menurut berita CNN, pada asalnya kek tu lebih tinggi lagi sebenarnya. Ada dalam 80 tingkat, pasal nak menyamai tingkat pada KLCC Twin Tower. Tetapi terpaksa dipendekkan pasal kek yang tinggi tu tak muat pulak nak dibawa masuk ke dalam dewan ikut pintu. Kek yang lima tingkat tu sangatlah special. Aras satu kek tu perasa cokelat. Aras dua kek tu perasa cheese cake. Aras tiga kek tu perasa Fruit cake. Aras empat kek tu perasa red velvet. Dan aras lima kek tu perasa fish cake. Memang sangat hebat.

Dan kek dipotong bersama-sama.
Mula-mula potong kek yang kat bawah. Lepas tu potong kek yang kat tingkat atas pulak.
Kedua pengantin tadi, Azlimi dan Hana, terus naik ke atas pentas sekali lagi dan memotong kek itu menggunakan pisau special yang telah diimport khas dari Arabia. Masa pengantin memotong kek. semua juru gambar profesional dan amatur telah mengerumuni pengantin untuk mengambil gambar. Bila dah potong kek tu, ada acara suap-menyuap kek ke mulut pengantin suami isteri. Mula-mula Azlimi suapkan sepotong kek ke mulut Hana. Hana makan dan telan dengan tenang. Lepas tu giliran Hana pulak suapkan kek ke mulut Azlimi. Azlimi pun makan. "Wah! Sedapnya kek ni!" teriak Azlimi dalam keterujaan. Dan Azlimi terus menyuruh Hana suapkan kesemua kek yang lima tingkat tadi ke mulut Azlimi. Habis kelima-lima biji kek tadi dimakan Azlimi dengan penuh selera. Masih tak cukup. Pihak caterer siap terpaksa order berpuluh-puluh bijik kek lagi dari Secret Recipe untuk menyempurnakan keinginan Azlimi makan kek tadi.

Menyuapkan kek ke mulut Hana.
Hana gembira menerima suapan kek dari suami tercinta.
Giliran Hana pula menyuapkan kek ke mulut Azlimi.
"Eh! Sedaplah kek ni! Nak lagi! Nak lagi! Nak lagiiiii!!!"
Pengantin dan kek.
Kedua-dua pasangan happy setelah kenyang makan kek.
Setelah Azlimi tersangat kenyang makan kek dengan sebegitu banyak, barulah datang mood untuk memberikan ucapan kepada para hadirin yang datang. Panjang lebar ucapan Azlimi. Boleh buat novel 10 volume. Bermula dari sejarah Hang Tuah, sampailah ke detik pertemuan dan percintaan di antara Azlimi dan Hana. Walaupun panjang, hadirin tak terasa bosan mendengar luahan rasa Azlimi yang memang sangat petah mengungkapkan bicara. Setelah habis berucap, para hadirin dari segenap dewan berdiri sambil berteriak lantang, "Hidup Azlimi! Hidup Hana!! Hidup pengantin!!!" Dan diiringi dengan nyanyian patriotik para hadirin, "Inilah barisan kita, Yang ikhlas berjuang, Siap sedia berkorban, Untuk ibu pertiwi!!!" Dan para hadirin terus terbuai denga alunan patriotik yang bergema mengisi ruang dewan.

Bersambung...

Masa untuk berucap pulak.
"Apa khabar semua?! Apa khabar Kuala Lumpur?! Apa khabar Malaysia?!! Tremma kasseyyy!!!"
Hana tidak berucap. Diwakilkan kepada Azlimi sahaja.
"Marilah tuan puan sekelian, kita hayati erti sebuah perkahwinan".
Keluarga Azlimi teruja mendengar ucapan Azlimi.
Ucapan Azlimi cukup memberikan impak yang mendalam ke jiwa para hadirin.

Thursday, March 28, 2013

Pernikahan Azlimi dan Hana: Makan time!!!

Bahagian 7

Akhirnya selesailah sudah acara menepung tawar. Bermakna, acara bersanding di atas pelamin juga telah selesai. Yang belum hanyalah makan, bersantap, mentekedaghah, melahap, balun, sapede, sekfan, mangan, madang, baham, eat dan sorru. Sebelum meninggalkan pelamin, kedua-dua Azlimi dan Hana membuat sembah hormat kepada tetamu istimewa sebelum melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga untu ke meja hidangan diraja.

Memohon sembah hormat kepada tetamu diraja.
Berpimpin tangan untuk ke meja santapan.
Hadirin memang lapar. Pengantin jugak lapar sebenarnya.
Para tamu yang lain seluruhnya memang telah dari tadi stand-by di sisi pinggan dan lauk pauk untuk menanti signal dan isyarat dari pusat kawalan sebelum juadah boleh dinikmati. Setelah pengantin dan semua tetamu kehormat selamat duduk di meja hidangan khas, barulah lampu dewan tiba-tiba menjadi gelap. Sewaktu lampu dipadamkan, ada pulak sebahagian tetamu yang semacam frust sebab tak nampak lauk-pauk untuk dimakan kerana terlalu gelap. Dan secara tak semena-mena, masuklah sebarisan perajurit gagah berani ke dalam dewan. Masing-masing tidak membawa pedang dan tombak, apatah lagi M-16. Tetapi mereka membawa senjata yang lebih ampuh dari segala jenis senjata yang pernah wujud di muka bumi ini. Dan senjata itu adalah nasi! Para tetamu lalu bertepuk sorak kegembiraan. Riuh rendah seluruh ruang dewan, bagaikan menyambut hari kemerdekaan negara. "Horrey! Horreeyy!! Horrreeeeyyyy!!!" jerit semua hadirin tanpa tersemat rasa malu dan segan dalam diri.

Ayah dan ibu Azlimi duduk di meja keluarga.
Azfar pulak join makan semeja dengan kami.
Para pelayan khas yang pakar dalam skil mencedok nasi.
Taruh semua kasi habis...
Dan nasi pun diletakkan ke dalam pinggan oleh pelayan khas yang sangat pakar mencedok nasi. Aku yang tersangat lapar telah mengarahkan pelayan tadi untuk meletakkan kesemua nasi dalam mangkuk ke dalam pingganku. Pelayan tadi menjadi tersangat terkejut sehingga pengsan. Dan aku serta hadirin-hadirat lain semuanya terus makan dengan sangat lahap. Luar biasa tahap lahap kami seluruhnya, sehinggakan supply nasi di dapur habis licin! Pihak caterer d'Saji terpaksa masak lagi 10 tan nasi untuk menampung kekurangan bekalan akibat pemakan-pemakan nasi yang rakus yang sedang menikmati makanan di Dewan Felda Perdana.

Anak-anak sangat teruja dapat menikmati kesedapan nasi.
Wanie mencedok lauk kegemarannya - acar timun!
Walaupun para tetamu makan bagaikan piranha, tetapi kedua pengantin tetap maintain control tempo ketika bersantap. Ini adalah bagi memastikan tahap level pengantin masih berkesinambungan. Semua orang berasa hairan macam mana pengantin boleh terus cool ketika makan tanpa ada unsur-unsur gelojoh walau sedikit pun. Itulah rahsia menjadi raja sehari.

Pengantin akan memulakan makan sebentar saja lagi. Jom kita kira, satu dua tiga...ngap!!!
Makcik Razmah dan Pakcik Udin di meja khas.
Pengantin makan dengan sangat berwaspada.
Sepupuku, Izhar dan isterinya, Lin sedang menjamu selera.
Keluarga Abang Wira - sepupuku juga.
Sepupuku, Joe dengan keluarganya.
Sepupuku, Jip dengan keluarganya.
Antara makanan yang menjadi favourite aku secara peribadi ialah ikan masak sweet sour dan tapai masak ais-kerim, dan ditabur...... tahi lipas di atasnya? Sekali imbas nampak yang hitam-hitam tu macam tahi lipas. Tapi setelah aku membuat kajian dengan menggunakan mikroskop dan segala bahan-bahan kimia, serta mengkaji kedudukan DNA bahan itu, barulah aku pasti bahawa itu bukanlah seperti mana yang aku jangkakan. Ia adalah sekadar chocolate rice bagi menambah perisa dessert yang hebat itu. Aku berpeluang memakan dua mangkuk pasal Amier tak begitu berminat dengan resipi sebegitu. Acara makan-makan dan minum-minum berterusan sehinggalah semua tetamu kekenyangan dan tersandar di kerusi enak tanpa boleh bangun lagi.

Bersambung...

Tapai ais kerim yang hebat.
Farid dan Amier sesudah makan.
Wanie sangat puas hati bila dah kenyang.