m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

Rombongan ke Ulu Tiram: Santai-santai sebelum pulang

Bahagian 5 (Akhir)

Kami bersembang panjang kat rumah Makcik Doyah. Sambil makan-makan, sambil minum-minum, sambil lepak-lepak merehatkan badan yang keletihan. Sementara yang lain sibuk bersembang, aku sibuk melayan serbuk asam limau kasturi yang sangat sedap bukan kepalang. Aku ingatkan Kak Bainah buat sendiri. Rupanya dia beli entah kat mana entah. Setelah lebih kurang sejam kat situ, barulah kami mintak diri untuk pulang.

Di rumah Makcik Doyah. Bersembang dengan Kak bainah dan Kak Mutingah.
Serbuk asam limau kasturi yang luar biasa sedapnya.
Membincangkan pasal isu hangat dan hangit.
Kak Bainah membuka cerita.
Semua orang memberi sepenuh tumpuan kepada kisah Kak Bainah.
Dengan Makcik Doyah.
Masih dengan Makcik Doyah.
Jom kita pulang.
Meninggalkan Ulu Tiram.
Malam hari kat rumah Pian, ada masak barbeque. Sementara kaum ibu keluar membeli-belah kat shopping mall, Abang Zai dan Pian memulakan aktiviti membakar ayam di atas grille. Ya, malam tu kami makan ayam bakar! Aku sekadar memberi peransang dan motivasi kepada Abang Zai dan Pian untuk meneruskan aktiviti memanggang ayam dengan penuh bersemangat dan berdedikasi. Abang Zahid pun turut memberi sokongan terhadap kegiatan yang sihat ini.

Setelah masak, kami pun makanlah dengan penuh kesedapan dan gembiranya. Memang sedap sungguh ayam bakar barbeque buatan sendiri ini. Ada sedikit lauk pauk siang hari yang nampak gayanya masih elok lagi. Jadi aku pun makanlah lauk siang tadi penuh berselera. Bila malam semakin larut, aku dan yang lain-lain pun masuk tidurlah dengan selamatnya.

Abang Zai sedang panggang ayam.
Ayam barbeque yang hebat.
Memastikan tiada ayam yang masih hidup di atas grille.
Arif dalam kereta sorong yang ditambat.
Abang Zai menggunakan batang serai yang sangat besar.
Sudah hampir masak.
Bersembang dua biras yang paling akrab.
Tetiba Pian terperasan ada sekor ayam masih hidup dan bergerak-gerak.
Pian pun terus mencucuk ayam tadi dengan penyepit besi sampai mati.
Pagi hari kami bangun awal. Sangat awal. Perut aku sakit memulas-mulas. Bagaikan buah pulasan. Adakah ini kerana membedal lauk siang semalam? Aku pun tak tau. Yang aku tahu, Abang Zahid pun mengalami masalah yang sama. Aku terpaksa ambil nombor giliran kat belakang Abang Zahid sebelum dapat masuk kat dalam tandas. Aku ulang masuk ke tandas lagi sebelum bertolak ke Kuala Lumpur pagi tu. Malah masa kat R&R pun aku terpaksa pergi melabur sekali lagi. Bukan aku saja yang kena masuk bank, Syahmie dan Amier pun turut ikut jejak langkah aku jugak. Lepas semua orang dah settle-kan urusan masing-masing kat tandas, barulah kami sambung perjalanan ke KL dengan lebih selesa. Kami sampai Ampang kira-kira time tengah hari. Syukur. Kami telah selamat tiba.

TAMAT.

Di R&R. Masa ni aku dah beres berurusan di bank.
Sarapan pagi.
Amier makan nasi lemak.
Masa untuk bergerak.
KL here we come!

Saturday, September 28, 2013

Rombongan ke Ulu Tiram: Melepas rindu sambil bersilat

Bahagian 3

Dari mula kami datang sampai ke saat-saat kami nak pulang, Pakcik Bakar memang menjadi tumpuan bagi kami semua. Bertukar-tukar orang mengambil giliran untuk bergambar dengan Pakcik Bakar. Pakcik Bakar berasa happy dan agak terharu dengan sambutan yang bukan kepalang dari peminat-peminatnya dari seluruh benua.

Nana dan Arif.
Abang Karim bersama Pakcik Bakar.
Nicha dan Syakira masih belum puas bergambar dengan Pakcik Bakar.
Kawan i-pad forever and ever.
Syahmie sedang menikmati bubur.
Masih dengan i-pad.
Sedap sungguh bubur manis ni.
Kak Uda, Nana dan Arif dengan Pakcik Bakar.
Ya, memang akulah yang paling banyak ambil gambar Pakcik Bakar. Dan aku pun tak nak terlepas peluang bergambar bersama Pakcik Bakar. Dengan pakcik-pakcik lain aku tak bergambar pulak. Harap-harap mereka yang lain tak kecil hatilah ya? Posing dengan Pakcik Bakar memakan masa agak lama jugak. Tapi semua orang puas hati setelah bergambar. Sebab boleh masuk blog aku. He he he...

Aku pun bergambar dengan Pakcik Bakar jugak.
Aku tak kisah dengan kamera lain. Janji aku nengok kamera aku sendiri.
Aku dan Pakcik Bakar.
Pakcik Bakar dah penat bergambar kot?
Abang Karim enter frame.
Rocker di belakang tabir.
Abang Karim khusyuk bernasyid kat belakang.
Tiga serangkai.
Ali dan atuk saudaranya.
Spek mata Ali dan Atuk Bakar sama style.
Kak Uda dan Arif.
Kek pengantin yang banyak bunga.
Setelah puas beramah mesra dengan Pakcik Bakar, kami jumpa Pakcik Mon pulak. Pakcik Mon memang tak banyak cakap sangat. Masa kami menghampiri beliau, Pakcik Mon tengah nak gulung rokok daun. Syakira menengok gelagat Pakcik Mon dengan penuh minat. Orang-orang tua kat kampung-kampung memang ada kalanya lebih suka hisap rokok tradisional dari rokok moden.

Beramah mesra dengan Pakcik Mon pulak.
Dengan Pakcik Mon.
Pakcik Mon membuat demonstrasi cara-cara menggulung rokok daun.
Menggulung rokok daun perlu banyak bersabar dan penuh berdedikasi.
Daun hendaklah digulung dengan penuh konsentrasi dan komited.
Tak lama kemudian, pengantin lelaki pun sampai, dengan diiringi oleh paluan kompang yang bergema ke segenap ruang angkasa. Berkerut dahi pengantin pasal panas terik, walaupun telah dipayung oleh pengapit. Pengantin nampak sangat segak dan bergaya dengan busana tradisional Melayu. Pengantin perempuan masa tu ada kat dalam rumah. Aku tak jenguk ke dalam. Jadi tak ada gambar pengantin perempuan kat sini.

Ketibaan pengantin lelaki yang sangat segak.
Pengapit mengipas dirinya sendiri pasal tak tahan panas dek terik mentari.
Pengantin lelaki masih menunggu isyarat untuk masuk menghadap.
Dan terus menunggu...
Okay. Boleh melangkah masuk.
Sukanya pengantin lelaki bila dijemput masuk.
Tersenyum manis.
Pengantin lelaki sangat happy. Sebab apa ya? Eh, sebab dia dah kahwinlah!
Pengapit pun happy jugak. Sebab apa ya? Sebab petang nanti boleh mancing ikan kat Sungai Tiram.
Nicha, Nana dan Atuk Mon.
Atuk Mon dan dua orang cucu saudaranya.
Setelah pengantin lelaki dijemput duduk di perkarangan rumah, maka persembahan silat pun disajikanlah oleh pesilat-pesilat negara dari segenap pelusuk tanah air. Bermula dengan pesilat cilik yang menunjukkan kemahirannya memecahkan kayu balak dengan menggunakan jari kelingking saja. Semua orang terpegun dan memberikan tepukan gemuruh yang sangat kuat. Diikuti pulak dengan seorang pesilat yang tak diketahui asal-usulnya. Silat yang dipamerkan oleh pesilat selanjutnya ini sangatlah pelik, tetapi benar. Aku panggil silat ni "Silat Mengendeng-ngendeng". Pesilat muda tadi mengendeng-ngendeng kat pengantin lelaki berkali-kali. Lepas tu siap mintak, "Rokok sebatang, bro". Dan terus berlalu dari situ. Pesilat terakhir ialah Abang Karim, atau pangkat Pakcik Karim kepada pengantin lelaki. Abang Karim bersilat dengan penuh bunga-bungaan. Habis semua bunga yang ada kat Ulu Tiram tu dikerjakannya sampai togel. Gabungan silat gayung, silat baldi, silat cekak, silat cekik, silat harimau, silat singa, silat anjing laut dan silat olahraga telah digabungkan menjadi satu struktur silat yang hybrid. Pergh! Sangat sesuai untuk dibuat enjin kereta dan diekspot ke luar negara.

Adik ni angkat takbir nak solat. Tapi salah tempat. Kami suruh dia bersilat ajelah. Nanti solat kat masjid.
Mamat yang buat silat ngendeng. Kalau brader ni masuk pertandingan silat olahraga, mesti menangis pihak lawan.
Abang Karim memulakan silat dengan membaca puisi. "Oh angin..."
Dan langkah silat pun bermula. Cis!
"I believe I can fly..."
Abang Karim tak puas hati dengan pengantin. Kekuda dipasak, dan bunga silat dikeluarkan. Mesti teruk nanti pengantin lelaki kena belasah.
Cis! Cis! Dan cis lagi!!
Abang Karim memohon maaf dengan pengantin sebab keterlanjuran perbuatan tadi.
Aaaahhh! Kensel. Tak jadi mintak maaf. Berentap dulu kat gelanggang.
"Cubo kau tengok kek kepalo den ado apo?"
Bunga penutup.
Okaylah. Tak jadi berentap. Kita kira kosong-kosong ajelah.
Setelah puas bersilat, sessi bergambar dengan pakcik-pakcik diteruskan semula. Pakcik Bakar kembali menjadi tumpuan ramai. Kami turut bergambar dengan Pakcik Mon, Pakcik Mael, dan Pakcik Thambi. Berbual dengan mereka, sebelum kami meninggalkan majlis perkahwinan yang sangat meriah itu.

Bersambung...

Abang Karim tunjuk good. Pakcik Mon tunjuk satu Malaysia.
Bergambar sekeluarga.
Pakcik Bakar kembali menjadi tumpuan.
Keluarga Abang Karim dan lain-lain.
Group photo dengan Pakcik Bakar.
Giliran Kak Long pulak bergambar dengan Pakcik Bakar.
Pakcik Bakar dengan tiga orang anak saudaranya.
Masih posing yang sama.
Kak Long memperkatakan sesuatu kepada Pakcik Bakar.
Tetiba Kak Long menjadi sebak.
Anak ini bercita-cita nak jadi drummer Metalica satu hari nanti.
Pemukul gendang yang sangat hebat.
Team kompang anak-anak kecil yang tak kurang hebatnya.