m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label flat. Show all posts
Showing posts with label flat. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Kenduri tahlil di flat

Setelah kurang seminggu Allahyarham Ayahanda Haji Atan pulang ke Rahmatullah, kami mengadakan kenduri tahlil di Flat Sri Sabah - lokasi yang sangat sinonim dengan Allahyarham. Allahyarham Ayahanda memang lama menetap di sini, dan penduduk-penduduk di sini, semuanya telah mengenali Allahyarham Ayahanda sebagai orang yang paling tua dan dihormati. Majlis bermula selepas solat isyak berjemaah di surau. Bacaan surah Yasiiiiin dan tahlil diketuai oleh Pak Haji Yaakob dan seorang lagi ustaz/imam muda yang turut menetap di kawasan itu.

Para jemaah menikmati juadah.
Faiisal pula menikmati shisha kecil sampai terbatuk-batuk dia.
Fai dan para jemaah yang lain turut meramaikan majlis.
Terasa kesedapan memakan nasi beriyani ketika perut tengah kosong.
Giliran ahli keluarga pulak beratur mendapatkan makanan.
Para jemaah dijemput makan setelah majlis tahlil selesai. Para jemaah agak ramai memenuhi ruang koridor. Tikar panjang dibentangkan. Jiran-jiran bersebelahan semuanya telah faham akan amalan kebiasaan orang-orang di flat sekiranya majlis seumpama itu diadakan. Para jemaah dijamu dengan nasi beriyani lauk ayam dan kambing. Juadah tu, aku yang pergi ambil dari restoran kat Kepong. Faridz dan Abang Zahid turut menemani aku ke Kepong ketika waktu maghrib.

Fai dan Faridz.
Koas bertugas mengawal kelancaran lalu lintas di koridor flat.
Amin dan Faiisal - gembira pasal dapat makan.
Mengambil air untuk diminum.
Abang Zahid dengan keratan akhbar yang menceritakan tentang kehebatan pasukan EPL Liverpool.
Sesudah makan.
Merenung highway yang terletak tak jauh dari situ.
Membungkus makanan untuk diagih-agihkan.
Mukamil sedang bersantai.
Anak-anak muda sedang menuju tangga kejayaan.
Di atas tangga kejayaan ada pandangan yang menyeronokkan.
Tiga cawan sedang bergambar dengan Faridz dan Fai.
Sesudah siap makan, kami duduk sebentar di situ, sambil duduk bersembang sesama kami. Dan sambil mengemas-ngemas rumah, dan membungkus makanan lebih untuk diagih-agihkan kepada semua keluarga dan jiran-jiran bersebelahan. Kami masih di flat sampai agak lewat malam. Aku dan keluarga pulang ke rumah setelah jam melewati waktu pukul 12 malam.

Hani di balik pintu gril.
Abang Haji Khalid memberikan sedikit tazkirah.
Intan di balik jeriji besi.
Yaya dan Nana membungkus Lala-uk..
Sri turut membantu dalam proses pembungkusan makanan.
Ika dan Kak Piah memastikan makanan cukup untuk diagihkan kepada seluruh penduduk kampung.
Proses pembungkusan sedang giat dijalankan.
Zuan dan Kois bercerita kisah lama - ketika zaman Portugis dulu.
Abang Zai dan Abang Zahid berbincang tentang pembangunan di Perak.
Amin sedang membelakangi piring Astro.
Abby merenung jauh sambil mencabut janggut terlebih.
Akid sedang mempamerkan lengannya yang besar macam body builder.
Amier hairan kenapa mukanya kelihatan kehairanan.
Masih belum selesai membungkus. Huda terpaksa membantu juga.
Amier sedang menengok kuman bakteria yang tiba-tiba hinggap di pintu.
Faiisal dalam aksi yang mencurigakan.
"Tidurlah wahai anakku, sayang. Lepas ni, papa pulak nak tidur..."

Sunday, October 7, 2012

Kenduri di flat: Borak pasal kes serius

Berbalik kita pasal kenduri tahlil dan doa selamat kat flat Sri Sabah beberapa ketika dulu. Makan sudah, sembang pun sudah. Kini tiba pulak time untuk berkemas segala kecomotan yang berlaku selepas habis kenduri. Aku yang telah diberi amanah oleh pihak atasan untuk memantau anak-anak buah membersihkan kawasan rumah terus menjalankan tugas tanpa lengah. "Kau, kau, kau, pergi sana, cuci periuk. Kau, kau dan kau, pergi sebelah situ, kemas meja. Yang lain, ikut aku," aku memberikan arahan tegas kepada anak-anak buahku. Tiba-tiba salah seorang anak buah bertanya. "Pak Usu, kami yang kena ikut Pak Usu ni nak kena buat apa?" Jawabku, "Kita pergi kedai mamak makan roti telur sorang sekeping. Lepas tu pekena teh halia panas kurang manis. Jom!"

Nana sedang pulun untuk peperiksaan PMR tak lama lagi.
Nicha dan Syakira. Ada persamaan di antara kedua-dua karaktor ni.
Syakira nengok Nicha buat muka.
Tiba-tiba seekor kumbang tanduk yang berterbangan jadi mabuk dan masuk ke dalam mata Taufik.
Adrian kepanasan, Syura keriangan.
Syura, Syakira dan Suraya.
Ardi dan Zila sedang mengawasi Popia.
Abang Karim dan Abang Zai.
Ayah kepada Ardi menceritakan pengalamannya mengerjakan haji kepada Ayah Atan.
Merehatkan diri setelah terlalu keletihan.
Ibu kepada Ardi bersama Kak Uda. Kali ni Kak Uda tengah tak makan pulak.
Elin dan tunangnya, Fai @ Fye datang agak lewat ke rumah Atuk Atan. Terus kami suruh mereka makan saki baki makanan yang tinggal. Mereka tak mengeluh walau pun kena makan nasi dengan lauk yang sangat terhad. Kami bagi peluang mereka habiskan makanan dalam pinggan dan dalam mulut dulu, sebelum kami bertindak menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan.

Fai yang baru sampai, terus disuruh makan.
Fye sedang enjoy dengan apa yang dimakannya.
Elin dan Fai.
Setelah seketika lamanya, semua kerja siap dibereskan. Tikar siap digulung. Periuk siap dicuci. Meja siap dikemas. Makanan lebih siap dibungkus. Dan yang terlalu keletihan, juga telah beredar dari situ dan balik ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah sekelompok anak-anak muda berkumpul dan bercerita tentang hal yang aku pun tak pernah terjangka sebegitu serius topiknya.

Mereka bercerita tentang segala pelbagai jenis konspirasi tersirat dan tersurat di dunia ini. Sesekali menyentuh hal-hal keagamaan. Ali membuka segala cerita dari pengetahuannya mengenai hal-hal yang tak terjangka. Antara topik yang sempat aku dengar termasuklah perkara-perkara berikut: kisah perancangan letupan bangunan World Trade Centre, New York pada 9/11.  Kisah konspirasi kumpulan Free Mason. Penglibatan artis-artis dunia dalam Free Mason. Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Lady Gaga, Michael Jackson dan Whitney Houston. Kisah kematian Jacko dan Whitney yang ada kaitan dengan plan Free Mason. Turut keluar ialah cerita "Women in Red". Salah satu video muzik kumpulan Dewa yang memaparkan ideologi Free Mason secara terang-terangan. Juga dikisahkan soal penciptaan watak Osama Bin Laden. Berat sungguh topik malam tu. 

Tiba-tiba terlintas dalam kepala hotak aku pasal kisah-kisah kabur ciptaan politikus Malaysia. Benarkah? Konspirasikah? Siapa fitnah siapa? Siapa mangsa dan siapa pemangsa? Hal-hal macam tu dah lama aku buat tak layan. Dah terlalu menyampah! Nak muntah!! Uweeeekkkkk!!!!! 

Akhirnya aku tinggalkan anak-anak buahku dengan kisah berat mereka. Yang tahu kebenaran hanya Allah. Kita yang serba bodoh dan daif ni buat ajelah apa yang disuruh Pencipta kita, melalui Rasulnya (s.a.w.). Okay, blog yang selanjutnya, kita cakap pasal benda-benda ringan, ya?

Topik panas dan berat mula dibualkan oleh anak-anak muda ini. Tak taulah siapa yang memulakan topik.
Nampak macam happy go lucky aje, tapi masing-masing tengah memikirkan masalah besar dunia.
Topik berat ini mungkin akan disambung lagi jika mereka berhimpun lagi di lain masa...