m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, July 31, 2015

2 Syawal 2015 - Beraya di rumah baru Kang Sutris

18 Julai 2015 - Setelah beraya di rumah Makcik Mini, kami terus bergegas ke rumah Kang Sutris. Katanya Kang Sutris ada rumah baru. Dan lokasinya tak jauh dari rumah Allahyarham Datukku dulu. Maka kami pun memandulah dengan berhati-hati sambil mata menengok-nengok setiap rumah yang ada kat sepanjang jalan Kampung Baru, Asam Jawa. Kami nak cari rumah yang paling baru sekali di kampung ni. Itulah rumah Kang Sutris. Setelah puas mencari, akhirnya kami terserempak dengan sebuah rumah yang kelihatannya seperti sangat baru dibina. Masih bau kedai lagi. Atap dan dinding pun masih tersimpan kemas dalam plastik lagi. Malah tag harga pada tiang rumah pun masih tak ditanggalkan lagi. Aku konfiden, sudah tentu ini rumah baru Kang Sutris yang diuar-uarkan selama ini.

Bersantai di bahagian luar rumah yang sangat berangin dan nyaman.
Masih di luar rumah.
Pakcik Tahar dan Kang Sutris sedang sibuk berbincang pasal penjumpaan serpihan pesawat MH370 di Pulau Reunion.
Kini mereka berbincang pasal menyerapkan awang impot di dalam skuad bola sepak Harimau Malaya.
Lalu aku masuk ke pekarangan rumah, sambil memberi salam. Di anjung rumah, kelihatan Kang Sutris sedang duduk santai sambil bersembang-sembang dengan seorang teman. Kami bersalaman. Dan aku terus masuk ke dalam rumah. Masa tu isteri Kang Sutris, Mbak Mira masih tak ada kat rumah lagi. Jadi kami anak beranak duduk ajelah kat ruang tamu dalam rumah, sedangkan Kang Sutris sendiri masih di anjung menghirup udara luar. Lalu kami pun layan dirilah dengan memakan segala macam kuih-muih yang terhidang di atas meja. Krup krap krup krap. Begitulah bunyi kami mengunyah kerepek. Setelah seketika kami di situ, barulah Mbak Mira sampai. Kami dihidangkan air buat penghilang dahaga. Tak lama sesudah itu, rombongan mak ayah aku serta Pakcik Tahar turut sampai di rumah itu. Maka semakin meriahlah suasana di rumah baru Kang Sutris.

Sepupuku, Zura sedang mendengar Mbak Mira bercerita pasal kebakaran di bangunan Bukit Aman.
Dan Mbak Mira menyatakan pendapatnya mengenai rombakan kabinet oleh PM.
Salah seorang cucu Kang Sutris.
Bergambar dengan buah-buahan tempatan.
Nampak gayanya semua orang lebih suka duduk bersembang sambil makan kuih-muih di luar rumah. Pasal di luar angin meniup agak kuat dan sangat nyaman, berbanding kat dalam rumah yang cuma mengharapkan kedinginan angin dari kipas siling yang tak pun sebegitu dingin sebenarnya. Sementara yang lain berborak-borak, aku anak beranak bersiar-siar kat laman rumah sambil bergambar dengan pepohon sawit dengan pelepahnya yang melambai-lambai bila ditiup sang bayu. Alamak bersasteralah pulak. He he he..

Bergambar di laman rumah.
Bergambar dengan pepohon sawit.
Pokok sawit beratur di sepanjang jalan ke rumah Kang Sutris.
Cerianya kami bila berada dalam suasana kampung macam ni.
Perut dah kenyang. Semua orang berasa happy.
Sabriena dengan background pepohon pisang.
Sabriena sedang membuat cak!
Sabriena sedang membuat posing comelnya.
Masih dengan backdrop pokok pisang dan langit.
Amier dan Sabriena dengan pokok pisang.
Dua beradik dengan pokok pisang.
Pokok pisang dengan dua beradik.
Bergambar dengan buah kelapa.
Ketika kami sedang bergambar, tetiba aku ternampak timbunan kupiah dilonggokkan di dalam bakul. Kupiah ni agak istimewa sikit pasal ia diperbuat daripada  tempurung kelapa. Lalu aku pun mencubalah memakai satu. Cuba punya cuba, akhirnya jumpalah jugak satu yang ngam dengan kepala aku. Aku pun test pakai. Wah! Cantik jugak bila aku pakai. Ketika aku sedang bergaya dengan kupiah baru aku tu, tetiba Sabriena pun nak jugak satu kupiah untuk dirinya. Aku pun pilihlah satu design yang sesuai dengan Sabriena. Bila dah dapat satu, Sabriena pun pakailah kupiah tu dengan gembiranya. Sebelum kami pergi meninggalkan rumah Kang Sutris, tetiba Amier pulak yang mengadu kat aku, dia pun nak satu kupiah. Dan terpaksalah aku memilih satu lagi design yang sesuai untuk Amier. Dan Amier pun bergaya sakanlah dengan kupiah barunya sempena hari raya ini. Kepada sesiapa yang nak tempah atau beli kupiah tempurung kelapa ini, konteklah aku melalui akaun FB aku. Aku telah menjadi ejen penjual kupiah tempurung yang dijangka akan menjadi trend hangat pada penghujung tahun ini. Kupiah ni sesuai dipakai di majlis-majlis keraian. Tetapi jangan sekali-kali dipakai untuk ke surau atau ke masjid. Takut-takut makmum lain tak khusyuk solat!

Aku dengan kupiah raya pada tahun ini.
Okay tak kupiah tempurung kelapa aku ni?
Berbangga dengan kupiah spesel ini.
Sabriena pun nak satu kupiah. Lalu aku memakaikan satu ke kepala Sabriena.
Ih ih ih. Susah betul nak masukkan kat kepala Sabriena.
Nampak gayanya macam tak berapa ngam.
Cuba lagi.
Kali ni nampak okay.
Amier jugak nak try satu kupiah.
Nampaknya kupiah ini sangat sepadan dengan Amier.
Terpancar kehensemannya.
Gaya istimewa Amier dengan kupiah tempurung kelapa.

Saturday, July 25, 2015

2 Syawal 2015 - Kisah beraya di rumah Makcik Mini

18 Julai 2015 - Agak lama jugak kami beraya di rumah Wak Ros. Dari situ kami terus ke rumah Makcik Mini. Lima minit drive dah pun sampai. Dekat aje. Aku terus mencari tempat letak kereta yang strategik, biar senang ketika nak bergerak pulang nanti. Rumah Makcik Mini terletak betul-betul menghadap jalan utama yang besar. Kenderaan yang bergerak kat jalan tu kesemuanya laju-laju macam F1. Nak keluar masuk kat rumah Makcik Mini memang sangatlah mencabar. Aku sendiri pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika nak masuk ke pekarangan rumah Makcik Mini satu masa dulu. Nasib baik kesemua pemandu dan penumpang selamat.

Ayahku berehat di atas sofa empuk.
Juadah istimewa yang telah disediakan oleh Makcik Mini.
Sampai-sampai aje, kami terus ke dapur pergi menghadap makanan yang telah pun terhidang. Menu biasa apabila kami berkunjung ke rumah Makcik Mini adalah daging masak lemak cili api. Makcik Mini biasanya akan masak masakan ni dalam dua versi. Satu, versi kurang pedas - untuk kami. Dan satu lagi versi sangat pedas - untuk anak-beranak Makcik Mini. Dan kadang-kadang ada satu lagi versi - lemak cili api membakar! Kalau masak versi ni biasanya Makcik Mini akan panggil Bomba. Takut-takut cili api tu terlalu marak membakar. Pada hari tu dengar khabarnya yang masakkan untuk kami adalah sepupuku, Hisham yang telah mewarisi banyak masakan dari ibunya. Sampingan kepada daging masak lemak cili api tadi ialah ikan tenggiri jeruk goreng. Padanan ini memang sangat membuka selera. Memang akan bertambahlah kalau makan.

Wanie yang agak bosan telah menghabiskan masa dengan mengunyah kuih raya sampai habis.
Syahmie telah menjumpai satu port yang sesuai untuk dia berehat.
Pakcik Tahar dan anak-anaknya - Fazura dan Shimi.
Sabriena bermain dengan dua pupunya di dalam bilik sambil tergelak besar.
Seronoknya Sabriena bermain dengan mereka.
Sabriena dengan game gadget-nya.
Syahmie minum teh tarik. Amier sibuk dengan i-phone.
Setelah puas makan, kami pergi ke bilik Makcik Mini untuk solat zuhur. Masa tu, kat luar rumah matahari sedang memancar terik. Cuaca sangat-sangat-sangatlah panas. Syukur. Kita tak boleh komplen walau cuaca apa pun yang Allah dah sediakan untuk kita. Ada hikmah yang selalunya kita tak tahu. Aku telah membasahkan seluruh kepalaku. Biar sejuk sikit. Selepas solat, barulah aku ke ruang tamu untuk menjamu kuih-muih raya. Dan satu lagi menu istimewa Makcik Mini, yang juga telah diwarisi oleh anaknya, Hisham adalah teh tarik kaw. Kami pun terus tuang air teh ke dalam cawan masing-masing dan meminumnya dengan penuh enjoy.

Ibuku memberi satu thumb-up kepada teh tarik kaw Makcik Mini.
Tiga beradik di petang raya.
Ibuku dengan adiknya, Makcik Mini.
Wanie zoom in.
Syahmie zoom in.
Amier zoom in.
Selepas makan dan minum, kami duduklah lepak-lepak sehingga isyarat untuk beredar diberikan. Kami bersalaman dan bermaafan seperti lumrahnya. Dan destinasi selanjutnya adalah rumah Sutris. Diberitakan Sutris ada rumah baru, di lokasi baru. Itulah yang kami nak find out. Dan menziarah sambil beraya. Jom chow!

Bersama Wanie.
Bersama Syahmie.