m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 3, 2011

Ardy+Zila: Pakcik Karim bersilat

Acara mempersembahkan lenggok silat berlangsung sejurus pengantin duduk di atas kerusi di laman rumah. Selepas pesilat cilik, dan dua orang pesilat dewasa mempamerkan aksi mereka, kini tiba giliran pakcik pengantin perempuan - Pakcik Karim, menggayakan aksi silat uniknya itu.

Ibu pengantin - Kak Long sebenarnya yang meminta adiknya untuk bersilat sempena majlis persandingan ini. Walaupun pada awalnya Pakcik Karim, menolak tapi demi kakak long yang tersayang, beliau tampil jugak ke hadapan dan membuka langkah jurus yang amat sukar dimengerti.

Itulah jurus kimpalan besi waja alam sejagat yang diadun dari 7 benua di bumi fana ini. Hanya jauhari mengenal manikam, hanya yang arif mengenal jurus kimpalan ini. Hadirin yang menonton terlopong-lopong mulut mereka dalam kekaguman hingga sempat lalat-lalat nakal menghinggap ke dalam mulut malah ada yang terus ditelan oleh hadirin tadi. Setelah selesai persembahan dan bersalaman, sultan sehari merasa puas dan mengurniakan kepada Pakcik Karim darjah kehormat Laksamana Bintara Kimpalan Waja.

Jurus kimpalan wrought iron
Jurus kimpalan stainless steel
Jurus kimpalan mild steel
Selesai seluruh jurus kimpalan besi waja.

No comments:

Post a Comment