Cuti Raya Cina baru lalu, aku ambil kesempatan pergi memancing kat Kelang. Dah lama aku nak pergi memancing. Tapi tak berpeluang, pasal sibuk dengan macam-macam hal. Bila dah dapat peluang tu, memang aku tak lepaskan. Awal-awal lagi aku dah beli ikan sardin a.k.a. ikan selayang kat pasar borong Selayang untuk dijadikan umpan memancing gelama. Kalau ikut pengalaman aku masa memancing kat Teluk Gong, Kelang, memang ikan sardinlah umpan terbaik untuk memikat gelama di muara Sungai Kelang. Tapi kali ni aku bukan nak memancing kat Teluk Gong. Jeti Teluk Gong tu dah lama roboh. Aku rasa dia masih belum buat jeti baru lagi. Jadi aku kenalah cari port baru untuk melabuhkan umpan.
|
Gerai menjual perumpun sarang yang terletak di sebelah jambatan. |
|
Perniagaan yang menguntungkan. |
Aku memang pernah mendengar satu lokasi memancing kat Laguna Park. Tapi aku tak pernah pulak pergi ke situ. Lalu aku buat research kat internet. Kat situ memang ada jeti panjang yang utuh. Dan reka bentuknya pun sesuai kalau nak bawak budak-budak memancing kat situ. Maklum ajelah, anak aku Amier tu kan kekadang suka berlari-lari sana sini. Laguna Park ni kira sesuai sangatlah untuk dia. Cuma yang tak best-nya, dalam komen kat internet tu, kat situ ikan sangat kurang. Kalau ada pun cuma duri dan buntal. Tapi aku tak peduli. Aku memang tak kisah. Rezeki, Tuhan yang tentukan. Kalau ada rezeki, adalah habuan untuk kita.
Kami keluar rumah kira-kira jam 11 pagi. Singgah kejap kat R&R Awan Besar untuk beli nasi campur buat makan tengah hari. Kami berhenti pula kat satu lokasi tepi jambatan berhampiran denga Laguna Park. Nak beli umpan tambahan. Kat situ ada jual perumpun. Perumpun atau umpun-umpun adalah sejenis cacing paya bakau. Ada beberapa jenis. Tapi jenis yang aku beli ni adalah jenis perumpun sarang yang dah dikeluarkan dari sarang dia. Nak pegang perumpun ni kena hati-hati sikit. Salah pegang, dia menggigit. Adoi!!! Aku pun belilah dalam kadar RM15. Dalam kepala otak aku dah terbayang, betapa ikan-ikan muara akan berpusu-pusu mengidamkan umpan perumpun yang bakal aku sajikan kepada mereka. Senangin, jenahak, sembilang, kurau, siakap, siakap merah, marlin, layaran, kerapu, killer whale, semua akan merayu-rayu kepada aku untuk mendapatkan secebis umpan perumpun ini. Ya! Otakku memang selalu berfikiran positif macam tu kalau pergi memancing.
|
Beredar setelah membeli perumpun bernilai RM15. |
|
Lalu kat jeti buruk ni aje dah membuatkan kami teruja. |
|
Kami singgah kejap kat tepi jambatan. Mungkin kat sini lebih syiok memancing ikan. |
Setelah membeli umpan, kami terus menghala ke Laguna Park. Itulah kali pertama aku ke sana. Ohhh... rupanya ia terletak kat belakang kawasan perumahan. Jetinya memang cantik dan teguh. Tapi aku nengok punyalah ramai orang memancing kat situ. Setiap inci ruang ada joran disandarkan pada susur tangan jeti. Alamak! Kat mana kami nak mancing ni. Kebetulan masa kami sampai tu, air tengah gerak surut. Hampir surut penuh. Jadi wife aku dan anak-anak pergi makan tengah hari dulu. Sementara aku masih mencari-cari ruang menyelit untuk aku tempatkan joran-joran aku. Akhirnya dapat juga satu ruang kecil untuk aku beroperasi sebagai nelayan.
|
Wajah hadapan Laguna Park - Pier One. |
|
Jeti yang cantik yang menjadi kegilaan kaki pancing. |
|
Jeti ni cukup luas untuk menampung puluhan pengunjung. |
Aku bawak joran sampai enam set. Setiap satu dari jenis heavy duty, dengan tali utama 100 paun, dan tali perambut 300 paun. Mata kail sebesar sauh kapal kargo. Siap dengan tali pinggang penahan joran. Ya! Pada hari ini, aku akan mendaratkan killer whale, ikan lumba-lumba, keratang, layaran dan marlin biru bersaiz gadang. Begitu bersemangat sekali aku. Oleh kerana ruang yang aku perolehi agak sempit, maka aku cuma dapat labuhkan 4 batang joran aje. Lagi dua tu kira reseve, kot-kot joran aku patah ditarik ikan berskala besar, barulah akan aku pakai joran yang spare tu.
|
Perumpun sarang yang menggigit. |
|
Ikan selayang dari pasar borong Selayang. |
|
Baru memulakan pancingan. |
|
Waktu ni air masih bergerak surut lagi. |
Aku gunakan kedua-dua jenis umpan yang aku bawak - ikan sardin dan perumpun dengan harapan yang tinggi mencecah langit. Kira-kira jam 1 tengah hari, barulah air mula bergerak pasang. Air dari laut masuk ke sungai dengan begitu laju sekali. Umpanku laju dihanyutkan arus walaupun ketika itu aku menggunakan batu pemberat sebesar kereta Volkswagon Beetle. Argh! Keadaan macam tak menyebelahi kami. Nampaknya ikan-ikan yang berlegar-legar dalam benak aku tak pula sudi menjamah umpan yang kuhulurkan. Lalu kami pindah tempat mengikut arus air laut.
|
Inilah empat batang joranku yang duduk diam tercegat dan tak mahu diusik ikan. |
|
Syahmie jarang memancing, tapi dia memang minat memancing. |
|
Sementara aku memancing, isteri aku turut membuat penggambaran cerita kisah seorang pemancing untuk dihantar ke rancangan National Geography. |
|
Buatlah apa-apa yang patut sementara menanti ikan tersangkut di mata kail. |
Dalam pada tu, tekak kami dah menjadi semakin kekeringan pasal panas pun mula membara. Aku suruh Syahmie jagakan kesemua empat batang joran kami, sementara aku dan isteri membeli air dan jajan apa yang ada. Amier dan Salleh yang kebetulan ikut serta, masih khusyuk bermain game di i-pad. Dan mereka langsung tak mengendahkan soal pancing-memancing ikan ni.
|
Kami pindah port bila air laut mula masuk ke sungai. |
|
Ikan masih tak makan umpan. Jom sambung main gadget. |
|
Biarkan ajelah joran ni duduk diam-diam kat sini. |
|
Amier dan Salleh dapat kawan baru. |
Setelah berjam-jam memancing tanpa hasil, wife aku menanya, bila nak balik? Secara spontan aku cakap pukul 4 petang. Kami belum solat zuhur lagi. Pakcik yang jaga tandas kat situ kata ada surau yang terletak tak jauh dari situ. Kami kena ke sana sebelum asar. Walaupun kami tak dapat ikan, aku nengok ada jugak sekelompok pemancing yang berada di sebelahku kerap menaikkan gelama pisang. Setting perambut dan mata kailnya sedikit berbeza dari cara setting aku. Umpannya tetap sama. Sebelum kami menggulung tali dan berlalu, tiba-tiba ada brader kat sebelah Syahmie kata joran Syahmie telah bergetar, tanda ikan menggetu umpan. Brader tu suruh Syahmie tarik. Tapi Syahmie macam buat dirt aje, pasal masa Syahmie nengok, tak pulak bergetar hujung joran tu. Akhirnya aku capai joran Syahmie, menyentap dan menggulung tali. Bila dah separuh jalan gulung, aku nampak ada anak gelama terkapai-kapai di hujung tali. Aku suruh Syahmie gulung tali sampai habis. Ya. Memang seekor anak gelama yang hingusan. Dan nilai anak gelama tu kira-kira RM15 sekor. Itulah gelama yang paling mahal yang aku pernah pancing.
|
Inilah ikan termahal dipancing Syahmie. |
Sementara aku dan Syahmie bersiap-siap mengemas barang untuk pulang, isteriku membawa Amier dan Salleh bermain-main di taman permainan kanak-kanak di sebelah hadapan. Setelah agak puas bermain, kami terus ke sebuah surau yang cantik, tetapi tak berapa ada jemaah dan solat zuhur di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Memang kami tak dapat hasil yang lumayan, tapi aku puas hati jugak pasal dapat pancing di Kelang. Next port, aku akan cari tempat yang lebih membuahkan hasil. Tapi kat mana ya...?
|
Bermain-main di taman sekejap. |
|
Surau ni cantik, tetapi agak sugul. |
mse air tgh tng,gelama punya time.
ReplyDeleteumpan ikan selayang tu umpan feveret gelama kt sini tp cara cangkuk umpan ikan selayang ni kena mcm satay sikit
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteklu kt tmpt temn siput sdut pebret gelame sembilang n belukang ...sepeket 3.50 je..nk pki sotg n udg syg..sdp 2 wat lauk..ap yg temn tgk dan rse dr pengalmn temn...btu ladung hidup sesuai tok gelme kot...sbb bile teknik ni temn pki byk gelme yg sambar..ladung kcik je asl blh trcmpk tli 2 sdh...klu dpt gelama saiz yg kcik pacak 1 lg pncing..jd kn gelame hdup umpn..klo nsib ad baik dpt la ikn saiz xl yg pernh temn dpt pari la dgn umpn ni..tp kte otai2 mcm2 ikn xl pn blh dgn gelama hdp...jimt kos...sbb umpn hidup mmg trbaik...
ReplyDeleteThanks bro pasal bagi tips utk pembaca.
Deleteklu kt tmpt temn siput sdut pebret gelame sembilang n belukang ...sepeket 3.50 je..nk pki sotg n udg syg..sdp 2 wat lauk..ap yg temn tgk dan rse dr pengalmn temn...btu ladung hidup sesuai tok gelme kot...sbb bile teknik ni temn pki byk gelme yg sambar..ladung kcik je asl blh trcmpk tli 2 sdh...klu dpt gelama saiz yg kcik pacak 1 lg pncing..jd kn gelame hdup umpn..klo nsib ad baik dpt la ikn saiz xl yg pernh temn dpt pari la dgn umpn ni..tp kte otai2 mcm2 ikn xl pn blh dgn gelama hdp...jimt kos...sbb umpn hidup mmg trbaik...
ReplyDeleteMancing kt Laguna park ni kena bayar brapa ya?
ReplyDeleteTak payah bayar bro. Pancing aje. Berapa batang joran pun tak kisah. Umpan kena bawak sendirilah.
Deletemain kat rumah rakit sebelah laguna tu je ada jeti .. pakai umpan umpun je... pkai apollo size 9 .mintak rumah rakit yg plg ujung skali belah kanan bwah dia ade tukun situ plg byk gelama pisang.. kalau rumah rakit plg kiri skali byk duri dan tuka.. kalau kena hari yg air cantek 12jam 3btg joran blh dapat setengah baldi gelama ..
ReplyDeleteTerima kasih kongsi maklumat. Ada kesempatan saya akan cuba.
Deleteberapa kene bayar masuk rumah rakit tu yer? apa nama rumah rakit tu?
Deleteberapa kene bayar masuk rumah rakit tu yer? apa nama rumah rakit tu?
ReplyDeletepd sapa2 yg tahu no fon along di telok nipah
ReplyDelete