m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label building. Show all posts
Showing posts with label building. Show all posts

Friday, January 6, 2017

Menyingkap sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

26 Jun 2016 - Kali ni aku nak berkisah pasal sejarah pulak. Pasal bangunan yang telah menjadi mercu tanda Kuala Lumpur untuk sekian lama. Tempat berlangsungnya acara menyambut Hari Kebangsaan tahun-bertahun. Tapi kenapa tetiba aku macam berminat pasal sejarah bangunan pulak ya? Pasalnya adalah..... pada suatu hari, aku kena teman Wanie ke sini untuk tugasan PT3-nya bagi mata pelajaran Sejarah. Itulah puncanya.

Wanie di hadapan menara jam.
Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam proses pemuliharaan.
Tangga spiral yang viral.
Panoramic view bangunan.
Langit biru cantik kan?
Mahkamah Persekutuan.
Batu bersurat di bangunan.
Oleh kerana aku tak nak korang berasa bosan dengan entry kali ni, maka aku akan tulis dalam bentuk point form ajelah. 10 fakta mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad:

1. Nama Bangunan Sultan Abdul Samad adalah sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

2. Nama asal bangunan ini adalah Pejabat Baru Kerajaan. Tu aje!

3. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Residen Jeneral negeri Selangor, Sir Frank Swettenham pada 4 April 1897.

4. Bangunan ini telah dibina untuk menempatkan pejabat pentadbiran bagi kerajaan British di negeri Selangor yang sebelum ini bertempat di Kelang.

5. Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.

6. Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur.

7.  Rekabentuk bangunan adalah bercirikan senibina Moorish dan Moghul.

8.  Kos pembinaan sepenuhnya ialah $152,824.

9. Tempoh masa pembinaan ialah 2 tahun 7 bulan.

10. Mulai 2007, bangunan ini dijadikan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW. 

Setelah selesai mengambil gambar, kami pun bergeraklah untuk pulang. Tapi tiba-tiba kami ditahan oleh seorang wanita Cina yang agak berumur yang mengedarkan satu pamphlet tentang kesedaran mengenai wujudnya sindiket memperdagangkan organ manusia di serata dunia. Aku rasa wanita tu bukan orang tempatan. Tapi macam dari Tanah Besar Cina aje. Selepas berinteraksi dengan beliau, kami pun beredar.
 
Kementerian Pelancongan pun ada kat sini.
Wanie di koridor yang misteri.
Wanie di depan pintu.
Jabatan Warisan Negera pun ada kat sini.
Satu lagi panoramic view.
Sebahagian bangunan dari satu sudut terpencil.
Pandangan sisi bangunan.
Muka hadapan bangunan.



Wanie di samping satu backdrop.
Dataran Merdeka.
Pandangan panorama Dataran Merdeka.
Bye-bye Bangunan Sulan Abdul Samad.

Tuesday, November 20, 2012

Bangunan hebat di pinggir bandar

Ada satu pagi tu, aku dari rumah terus menghala ke Damansara Perdana, di kawasan PJ Trade Centre. Bukannya ada meeting pun. Bukan pergi site pun. Bukan nak breakfast pun. Tapi aku nak jumpa pak guard pun. Sebab hari tu aku terlupa nak pulangkan visitors pass pun. Bila dah pulangkan visitors pass, barulah boleh ambil balik aku punya lesen menandu puuuunnnnn... Suka tak? Suka tak?

Bangunan ni bagaikan telah dikuasai oleh sejenis makhluk asing seperti tumbuh-tumbuhan.
Konkrit, besi dan kayu bergabung. Apa yang penting? Kerja sama!
Tapi sebenarnya aku bukan nak bercerita sangat pasal insiden terbawak balik pass pelawat dari bangunan kat Damansara Perdana ni. Tapi nak kisahkan pasal design bangunan dia yang hebat. Aku memang suka bebenar dengan beberapa rekabentuk bangunan kat sini. Salah satunya bangunan PJ Trade Centre ni lah. Rupa dia macam buruk, tapi sebenarnya baru. Macam tak berapa siap, tapi sebenarnya siap. Macam tak cantik, tapi sebenarnya cantik. Macam dibuat dari batu, tapi... memang dari batu pun. Gambar-gambar yang aku ambil mungkin tak fotogenik. Tapi kalau nengok live, pasti korang akan terkedu. Dan silap-silap boleh pengsan. Sebab tu unit ambulan dan Bulan Sabit Merah sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga 24 jam setiap hari kat kawasan ni. Kalau betul-betul nak tau apa yang aku maksudkan, kenalah korang pergi sendiri, okay!

Kayu tangga ni diperbuat dari batang pokok durian musang king. Kalau musim durian, akan ada buah tumbuh kat tepi tangga.
Pergh! Minat betul aku dengan handrail dia nih.
Konsep bangunan dalam taman.
Kalau kat taman dia letak pokok durian, sure aku akan datang tiap-tiap hari bila tiba musim durian.
Macam simple aje, kan? Tapi detail dia boleh tahan jugak...
Tangga batu-bata menuju ke puncak jaya...
Gabungan bangunan tinggi dan pokok rendah.